Thursday, 7 February 2019

[Video Tu lah jangan BODOH SOMBONG sangat! Menyosal tak sudah] Oh oh oh Tudia air mani terbuang? SPRM panggil Nik Abduh hari ini! Kita ‘ceh’ kan saja & bongkak punca UMNO tersunkoq & Hadi mula tunjuk belang.

Jumaat, 8 Februari 2019
Imej mungkin mengandungi: 1 orang
Tudia air mani terbuang dah kena panggil. 9 bulan aku tunggu akhirnya dipanggil SPRM siang nanti...

Bongkak punca UMNO tewas - Mohamad

TIMBALAN Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hassan pada program Bicara Minda di Dewan Karangkraf. - Foto Roslin Mat Tahir
SHAH ALAM: Tindakan mengetepikan pandangan golongan muda ketika mentadbir kerajaan antara faktor utama kejatuhan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Timbalan Presiden yang menjalankan tugas Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata ketika mendapat mandat mentadbir kerajaan, BN bukan saja tidak mahu mendengar pandangan orang muda, malah mengetepikan teguran golongan itu.
“Tindakan itu adalah salah kerana pandangan dan teguran itu satu ilmu yang patut didukung. Tak dengar cakap orang. Dahulu dengan jawatan masing-masing, cakap orang bawahan tak nak dengar.
“Ini antara sebab kecundang. Dahulu orang bagi pandangan, kita ‘ceh’ kan saja. Kita buat tidak tahu.
“Kitalah yang arif, akhirnya kita kecundang. Sikap bodoh sombong ini tak ke mana,” katanya pada program Bicara Minda di sini, hari ini dengan tokoh wartawan Tan Sri Johan Jaafar bertindak sebagai moderator.
BH Online.

Hadi mula tunjuk belang di Jepun

PENYERANG Fagiano Okayama, Hadi Fayyadh Abdul Razak ketika beraksi pada aksi pramusim bertemu pasukan Universiti Kansai Fukushi di Osaka, minggu lalu. - Foto Sportflex Malaysia
KUALA LUMPUR: Pemain pertama negara yang beraksi secara profesional di Jepun, Hadi Fayyadh Abdul Razak mula menunjukkan taringnya pada aksi pramusim bersama pasukan divisyen dua Liga Jepun (J2), Fagiano Okayama.
Diturunkan pada aksi persahabatan bertemu pasukan Universiti Kansai Fukushi di Osaka minggu lalu, penyerang berusia 19 tahun itu berjaya meledak satu gol selain membantu mencipta satu jaringan untuk pasukannya meraih kemenangan 3-0.
Nyata cuaca sejuk sehingga mencecah -3 darjah celcius dan hujan tidak menjejaskan persembahan Hadi yang dilihat berjaya memperagakan aksi yang baik sejak sah mengikat kontrak bersama pasukan itu hujung tahun lalu.
Perkembangan positif itu jelas melegakan Pengarah Urusan Urusan Yakult (M) Sdn Bhd, Hiroshi Hamada yang bertanggungjawab membawa Hadi mengembangkan potensinya di negara Matahari Terbit itu.
BH Online.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena