Malaysia sah dikeluarkan dari senarai Statut Rom
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan penarikan balik penyertaan Malaysia ke Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa, semalam.
Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan berkata sehubungan itu, Malaysia dikeluarkan daripada senarai Negara Pihak kepada Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa.
Katanya, penarikan balik penyertaan Malaysia ke triti itu berkuat kuasa 29 April lalu.
Ketika mengumumkan keputusan itu, Dr Mahathir berkata ada pihak menjadikan keputusan Malaysia menerima statut itu sebagai isu politik untuk memberi gambaran buruk terhadap kerajaan, khususnya beliau selaku Perdana Menteri.
Mahkamah Jenayah Antarabangsa yang ditubuhkan pada 2002 dan ditadbir mengikut Statut Rom adalah mahkamah jenayah antarabangsa pertama berasaskan perjanjian, bertujuan menamatkan kekebalan terhadap pelaku jenayah paling serius yang membabitkan pembunuhan beramai-ramai, jenayah perang serta jenayah kemanusiaan dan pencerobohan.
BH Online
Otai BERSIH
Jom kenali Azih Muda, Presiden Cuepacs (Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam).
Azih sepatutnya menjadi wakil suara penjawat awam, tetapi memilih untuk menjadi suara Najib/UMNO.
Sebelum PRU, sibuk berkempen untuk Najib, puji Najib ke langit, puji bajet cukup baik, puji pengumuman khas sebelum PRU ke-14 bukti Najib prihatin, saran penjawat awam sokong Najib.
Secara kebetulannya, Azih Muda pun dilantiklah sebagai Ahli Lembaga KWAP pada tahun 2016. Secara kebetulannya, setiap tahun pun dapatlah elaun dan bonus dari KWAP. Sebab tu masa terbongkarnya Najib sakau RM4 bilion dari KWAP, dia pun zip mulut diam-diam.
Pasca PRU selepas Najib tumbang, fuhhhhh... buat PC tuduh penjawat awam diberi tekanan oleh lantikan politik kerajaan. Apabila wartawan tanya berapa aduan diterima, tiada jawapan. Apabila diminta ulas bagaimana penjawat awam ditekan, diam seribu bahasa.
Ini bukan Presiden Kesatuan penjawat awam. Ini Presiden Kelab Penyokong Najib.
1 comments:
Parasit2 melayu yang Najib letak di lubuk2 duit rakyat. PH masih lagi nak biarkan parasit2 ni merosakkan badan2 dan agensi2 yang sangat kritikal kepada kemajuan negara? kalau ya, memang lurus bendul lah PH ni!
Nick.
Cape Tiger.
Post a Comment