Showing posts with label AES. Show all posts
Showing posts with label AES. Show all posts

Monday, 24 February 2014

PBS, AES contoh 'penangguhan' yang menipu rakyat...

Isnin, 24 Februari 2014

Kerajaan cuba menipu rakyat... 



PBS, AES contoh 'penangguhan' yang menipu rakyat

MUHAMMAD FAIZAL 
KUALA LUMPUR: Timbalan Pengarah Badan Mobilisasi Rakyat, Dewan Pemuda PAS Pusat, Zulhazmi Shariff hari ini menjelaskan pelaksanaan Sistem Pengurusan Pantaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) merupakan antara contoh pembohongan BN terhadap rakyat.

Jelas beliau, PBS mula diperkenalkan pada tahun 2011 dan mula dikuatkuasakan pada tahun 2014 bermula dengan para pelajar tingkatan tiga, yang mana mereka tidak perlu lagi menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) seperti tahun-tahun sebelum ini.

Sistem ini mempunyai pelbagai masalah sehingga menyebabkan guru-guru terbeban dengan tugasan melampau.

Selepas dibantah secara terbuka oleh para guru, barulah kerajaan mengumumkan ianya ditangguhkan.

Namun, dalam keadaan diumumkan penangguhan, pihak Jabatan Pendidikan Daerah dan sekolah masih bermesyuarat dengan guru-guru dan dimaklumkan bahawa PBS dilaksanakan seperti biasa.

"Jika benar PBS ditangguhkan, kenapa tiada suatu tempoh tertentu? Apa akan berlaku kepada para pelajar Tingkatan 3 yang akan menduduki peperiksaan hujung tahun ini?.

"Adakah mereka tertakluk dengan PBS atau kembali kepada peperiksaan PMR seperti dahulu? Adakah KPM fikirkan hal ini?" soal beliau.

Isu PBS ini katanya hampir sama dengan isu AES yang mula dilaksanakan pada 22 September 2012 untuk kononnya mengurangkan kemalangan maut di jalanraya.

Perlaksanaannya juga mempunyai pelbagai masalah dan mengundang bantahan orang ramai.

Akhirnya Peguam Negara membekukan semua prosiding AES di Mahkamah bermula 18 Disember 2012 sehingga hari ini dan menagguhkan perlaksanaan AES sehingga dimaklumkan kelak.

"Walau bagaimanapun sehingga hari ini AES masih beroperasi, saman-saman AES masih dikeluarkan dan Kerajaan masih meminta penerima saman AES membayar walaupun Peguam Negara masih belum mengumumkan penarikan balik penangguhan prosiding Mahkamah," Kata Zulhazmi.

Apa yang dirisaukan, kata Zulhazmi, tindakan pembekuan tersebut bersifat sementara untuk meredakan kemarahan rakyat.

Malah lebih malang kata beliau kerajaan cuba menipu rakyat dengan penangguhan tetapi pada dasarnya ianya masih berjalan.
Read More

Wednesday, 17 July 2013

AES: Mengapa Syarikat Dapat Lebih Berbanding Kerajaan? - RM13.55 juta diberikan kepada syarikat manakala RM3.4 juta kepada kerajaan

Rabu, 17 Julai 2013
Syarikat konsesi memperolehi 'ganjaran' jauh lebih besar daripada pihak kerajaan?
Kenyataan Media
17 Julai 2013

AES: Mengapa Syarikat Dapat Lebih Berbanding Kerajaan?

Menurut jawapan Menteri Pengangkutan, sebanyak RM20,020,500 kompaun hasil Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) berjaya dikutip. Agihan kutipan saman sehingga 15 Mei 2013 menyaksikan sebanyak RM13,550,758 diberikan kepada syarikat manakala RM3,429,910 kepada kerajaan. Ia adalah berdasarkan Formula Tiga Langkah dalam Perjanjian Konsesi.

Namun bagi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), jumlah agihan ini amat mengejutkan sama sekali. Bagaimana syarikat konsesi memperolehi 'ganjaran' jauh lebih besar daripada pihak kerajaan?

Dari jumlah kutipan ini juga mendapati kerajaan hanya memperolehi RM 3.4 juta iaitu hanya 15 peratus daripada jumlah yang berjaya dikutip dari rakyat manakala syarikat konsesi pula mendapat hampir 70 peratus. Ini menunjukkan sistem AES ini bukan sahaja menjerat orang ramai untuk membayar saman, malah menjadi medium syarikat kroni mengaut keuntungan luar biasa.

Menurut formula yang telah diperkenalkan, syarikat hanya layak ambil RM16 daripada setiap saman yang dijelaskan, bukan dari jumlah notis saman yang dikeluarkan. Ini bermakna syarikat hanya berhak memperolehi RM1.07 juta sahaja dari jumlah 66 ribu saman yang telah dijelaskan oleh rakyat. SAMM mendesak pihak kerajaan supaya menjelaskan dengan lebih terperinci mengapa perkiraan pelik ini terjadi. 

Sebelum saman AES diperkenalkan, semua jumlah saman yang dibayar oleh rakyat akan masuk ke poket kerajaan. Ini bermakna kerajaan mendapat hasil sepenuhnya daripada pembayaran saman tersebut. Namun setelah AES diperkenalkan, kerajaan hanya menerima 15 peratus sahaja dari jumlah bayaran saman tersebut dan selebihnya dibahagi sesama syarikat kroni. Ini sudah pastinya tidak berbaloi sama sekali untuk samada untuk kerajaan mahupun untuk rakyat yang membayar saman tersebut.

SAMM menegaskan bahawa sistem AES hanya mendera rakyat dan ia tidak mendatangkan hasil lumayan dalam mengurangkan jumlah kemalangan jalanraya, ia hanya lumayan buat pihak tertentu. Justeru SAMM menyokong sebarang gerakan memansuhkan sistem AES.

Jika maklumat ini dikongsi kepada seluruh rakyat Malaysia, ia pasti akan menimbulkan kemarahan. Maka jika ada tiang kamera AES yang tumbang lagi, janganlah pula disalahkan rakyat, tetapi fikirlah mengapa ia berlaku.

Sekian

EDY NOOR REDUAN
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Read more: http://milosuam.blogspot.com/2013/07/aes-mengapa-syarikat-dapat-lebih.html#ixzz2ZIsKuJam

Syarikat anak bekas pemimpin Umno Johor kendali saman AES
(Oleh Aedi Asri)
KUALA LUMPUR 5 November: KEADILAN membongkar hubungan mencurigakan di antara syarikat pengendali saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), Beta Tegap Sdn Bhd dengan Umno Johor dan Menteri dari MCA.
Dedah Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Chang Lih Kang, pemegang saham terbesar syarikat itu, To’Puan Rozana Redzuan adalah anak kepada bekas Ketua Bahagian Umno Parit Sulong, Allahyarham Tan Sri Datuk Redzuan Salim.
“Ibunya, Puan Sri Datin Atkah Abdullah pula adalah bekas Timbalan Ketua Wanita Umno Johor dan Ahli Jawatankuasa Wanita Umno Pusat.
“Selain itu, Rozana juga adalah sepupu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap, Datuk Abdul Hamid Abdul Rahman,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri Teja itu pada sidang media di Parlimen hari ini.
Menurut Lih Kang, pemegang saham kedua terbesar, Andreas Toh pula mendapat kontrak pada 2005 dari Kementerian Kesihatan melalui syarikat Mediharta Sdn Bhd.
“Kebetulan, kedua-dua kementerian ini di bawah menteri dari MCA. Adakah ada hubungan rahsia antara Andras Toh dengan MCA yang membolehkan beliau mendapat dua kontrak lumayan ini,” soal beliau.
Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha adalah Menteri Pengangkutan manakala Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek adalah Menteri Kesihatan pada 2005.
Turut ditunjukkan dalam sidang media itu, salinan maklumat dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Maklumat tersebut menyatakan, Rozana adalah Pengarah Beta Tegap dan memiliki saham bernilai RM5.8 juta manakala Andreas Toh bertindak sebagai pengarah dan pengurus serta memiliki saham bernilai RM4.2 juta.
Dalam sidang media sama, Ahli Parlimen Selayang, William Leong berkata, maklumat ini sekali lagi menunjukkan hubungan syarikat kroni yang mendapat kontrak dari kerajaan.
Beliau mendesak kerajaan menjelaskan kenapa syarikat swasta dan kroni dilantik mengendalikan AES.
“Sampai hari ini, kita tidak mendengar satu sebab pun kenapa sistem ini dikendali pihak swasta. Apa masalahnya dengan polis yang mengendali saman trafik sebelum ini.
“Kami juga sekali lagi meminta kerajaan agar batalkan dan nilai semula sistem pelaksanaan AES ini,” kata Bendahari Agung KEADILAN itu.
Sebelum ini, KEADILAN mendedahkan, kutipan saman jalan raya akan dikongsi antara kerajaan dengan Beta Tegap dan satu lagi syarikat pengendali, Ates Sdn Bhd.
Kedua-dua syarikat itu mensasarkan 10 juta saman dikeluarkan setahun dan bakal mendapat keuntungan sehingga RM700 juta hasil kutipan saman.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=38895
      
Posted by Keadilan Daily on Nov 5 2012. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Read More

Thursday, 4 July 2013

" Saman AES sepatutnya kepada Perbendaharaan tetapi diberikan kepada syarikat swasta," - Hanipa Maidin

Khamis, 4 Julai 2013
Syarikat pembekal AES dibayar RM13 juta


KUALA LUMPUR: Sebanyak RM13,550,758.00 telah dibayar oleh kerajaan kepada syarikat pembekal Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sehingga 15 Mei lalu sebagai fi perkhidmatan (contract service fee).

Demikian jawapan bertulis Kementerian Pengangkutan kepada pertanyaan Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin di Dewan Rakyat, semalam.
Mengulas perkara itu, Hanipa berkata, selain itu sehingga 11 Jun lalu, sebanyak 673,339 saman telah dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sejak AES dikuatkuasa pada 23 September 2012.

Tambahnya lagi, persoalan yang paling besar adalah jumlah yang besar telah dibayar oleh kerajaan kepada syarikat pembekal tanpa perlu dikongsi oleh rakyat.

"Saya melihat di sini terdapat penyalahgunaan kuasa dalam pelaksanaan AES dari segi perundangan.
"Bayaran saman yang dibayar oleh pesalah AES sepatutnya disalurkan keseluruhan kepada Perbendaharaan tetapi ini tidak sebaliknya ia turut diberikan kepada syarikat swasta," jelasnya pada sidang media di lobi parlimen, hari ini.

Tambahnya lagi, untuk mengelak dari kekeliruan, kerajaan perlu mendedahkan perjanjian yang telah dipersetujui antara pihak pembekal dengan kerajaan.
"Awal pelaksanaan kita lihat banyak wang disalurkan kepada syarikat pembekal, sebelum terlambat kita mahu perjanjian itu didedahkan, apa yang terkandung di sebalik persetujuan yang diperolehi," katanya lagi.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar memberitahu selain dari soal perjanjian, isu pelaksanaan AES turut dipertikaikan apabila ia bertentangan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

"Ada dokumen yang jelas mengatakan sebelum pelaksanaan AES, kamera tersebut perlu dibuat ujian terlebih dahulu.
"Apabila ujian terhadap kamera dibuat satu sijil pengesahan dikeluarkan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan mengikut undang-undang.

"Namun persoalannya adalah ujian dilakukan pada 21 September sedangkan kaedah serta syarat dilaksanakan pada 23 September 2012," kata beliau.

Mahfuz yang turut memberitahu, apabila kaedah pengujian kamera jelas bertentangan dengan perundangan maka kesemua saman yang telah dikeluarkan adalah tidak sah dan bayaran saman perlu dikembalikan kepada mereka yang telah membayar saman tersebut.
 
Read More

Friday, 24 May 2013

AES Hadiah Utama Dari Mukhriz Buat Rakyat Kedah.. Tahniah..

Sabtu, 25 Mei 2013
Kerajaan Negeri Kedah bersedia melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES)

ALOR SETAR: Kerajaan Negeri Kedah bersedia melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) selepas berjaya merampas semula pentadbiran dari PR pada PRU13.

Exco Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya, Datuk Tajul Urus Mat Zain menyokong pelaksanaan AES kerana mahu rakyat mematuhi undang-undang jalan raya.


Bagaimanapun, pelaksanaan itu bergantung kepada persetujuan dan perbincangan yang akan diadakan bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kelak.

“AES bukan untuk membebankan rakyat tetapi mahu membudayakan pemanduan selamat di samping mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negeri ini.

“Kalau kempen jalan raya pun tidak ada kesan, maka kita terpaksa guna kaedah ini supaya pemandu dapat mematuhi had laju di jalan raya,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Menurutnya, pelaksanaan AES bukan bertujuan memerangkap kelajuan pemandu secara tersembunyi, sebaliknya mahu pemandu lebih berhati-hati.

“Kita akan pasang AES di kawasan yang selalu berlaku kemalangan. Kita tidak menganiayai pengguna, malah akan letak papan tanda amaran tiga kilometer lebih awal dari kamera supaya pemandu dapat memperlahankan kenderaan masing-masing,” katanya.

Ditanya masa yang sesuai menguatkuasaan AES, Tajul berkata, pihaknya masih belum membuat sebarang keputusan dan perlu perbincangan lanjut.

“Kita tidak tahu lagi bila akan pasang di Kedah tetapi kemungkinan besar kita akan pasang,” katanya.

Sebelum ini, Kerajaan negeri di bawah PR yang diterajui Pas, membuat keputusan menangguhkan terlebih dahulu pelaksanaan AES kerana didakwa membebankan rakyat.

Penangguhan itu turut dipersetujui tiga negeri lain yang ditadbir PR iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.

Sungguhpun begitu, penguatkuasaan AES tetap dilaksanakan di negeri yang ditadbir BN bertujuan mengurangkan kemalangan maut disamping merakam pesalah trafik yang melanggar dua kesalahan utama iaitu memandu melebihi had laju atau melanggar lampu isyarat merah.
-sinarharian-

Sidang DUN Kedah Tangguh Kerana Mukhriz Bercuti Ke Luar Negara?
Posted by Addin Deen at 5/23/2013
Betul ke berita ni? Sidang Dun Kedah di tangguh kerana Mukhriz ke luar negara. Jikalau betul tindakan, amatlah malang buat rakyat Kedah. Belum pun sampai sebulan memerintah, dah buat laku..

Oleh: Mat Kering
Tadi MK dapat info dari seorang ADUN BN bahawa Majlis Angkat Sumpah Sidang DUN Kedah yang dijadualkan diadakan pada 3 Jun 2013 terpaksa ditangguhkan ke 23 Jun. Waktu makluman Sidang DUN dibuat ia melalui surat rasmi yang dihantar pada ADUN tapi bila dibatalkan ia cuma dimaklumkan melalui panggilan telefon dan sms. Cuihh apa punya koman kerajaan negeri dok ada..

Yang lebih mengejutkan MK, menurut ADUN BN tu ialah penangguhan dibuat kerana MB Mukhriz nak pi bercuti kat Eropah selama dua minggu. Nah aihh MB hangpa... pecacai bawahan pulun buat kerja dekat nak mampoih nak menangkan BN.. bila menang Mukhriz pi makan angin kat Eropah, orang bawah pi makan wap kat Danork guna duit sendiri. Nasib badan laaa..

Eh, Mukhriz pi luar negeri tu guna duit Tun Madey ka, duit rakyat? Jawab sat.

Tunggu berita panas selepas ni... MBAS akan roboh gerai peniaga di Taman Pelangi... baru menang tiga minggu dah tunjuk samseng dekat orang Melayu. Notis dah keluar, MB dok makan angin luar negeri... peniaga tunggu masa saja gerai nak kena roboh. ~kedah la
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena