Showing posts with label PBS. Show all posts
Showing posts with label PBS. Show all posts

Friday, 11 April 2014

Cikgu Izzat: Terkorban kerana PBS... Laa..Main Golf 10 jam?

Jumaat, 11 April 2014
Photo: SORY YER... I TENGAH KIJE NIH...
SORY YER... I TENGAH KIJE NIH...
Nama Cikgu Mohd Nor Izzat Mohd Johari tiba-tiba menjadi sebutan ramai. Walaupun kerjayanya hanya seorang guru, namun namanya turut dikenal oleh pak menteri, orang politik dan bukan politik. Kerja hakikinya ialah seorang guru dan kini masih lagi seorang guru.

Sejak tahun lepas namanya tiba-tiba muncul tatkala ibu bapa dan orang politik sibuk bercakap pasal Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Sebelumnya, hanya orang politik dari parti Pakatan Rakyat yang mengkritik sistem ini secara terbuka.

Pakatan Rakyat bercakap bagi menyampaikan suara hati para ibu bapa dan warga pendidik yang tidak puas hati akan pelaksanaan PBS itu. Sistem ini dilaksanakan dalam suasana warga pendidik, prasarana dan ibu bapa belum bersedia – maka jadilah caca marba. Ibarat peribahasa, “rumah siap, pahat berbunyi.”

Ketika itulah muncul sosok Cikgu Izzat, Pengerusi Penaja Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM). Beliau menyatakan apa yang sepatutnya dinyatakan. Beliau bukan menentang kerajaan dan Umno-BN, tetapi menegur kelemahan sistem yang dikenakan terhadap warga pendidik.

Beliau yang mewakili suara hati para guru mahu pemerintah tidak melaksanakan sesuatu dasar itu tanpa menilai dahulu kemampuan yang ada – kemampuan sumber manusia dan prasarana. Tidak ada kepentingan politik baginya. Bahkan sepengetahuan saya ada Cikgu Izzat ada kaitan dengan mana-mana parti.

Hasil perjuangan beliau, PBS ditangguhkan oleh menterinya – walaupun tidak pasti sejauhmana penangguhan itu. Namun hasilnya ada.

Tetapi setiap perjuangan mesti ada pengorbanan. Mana ada perjuangan yang dibentang permaidani merah. Cikgu Izzat menerima bahana atas perjuangannya. Beliau menjadi hero dalam kalangan guru yang lain.

Beliau ditukarkan ke sekolah lain tanpa alasan yang munasabah. Cikgu Izzat bukanlah guru pertama yang ditukarkan serta-merta. Sebelum ini pun sudah ramai cikgu yang kena tukar kerana aktif menyokong dan terbabit dalam gerak kerja parti pembangkang. Yang kena tukar kerana masalah disiplin pun ramai juga.

Saya percaya, dalam tempoh terdekat ini tiada pembelaan yang sewajarnya diperoleh beliau. Setakat ini hanya Badan Bukan Kerajaan dan parti politik daripada Pakatan Rakyat yang berusaha membantunya.

Dalam sistem demokrasi di Malaysia hari ini, sesiapa sahaja yang mengkritik dasar kerajaan akan dikenakan tindakan oleh parti yang memerintah. Hal itu kita sedia maklum. Malaysia belum lagi mencapai tahap demokrasi yang dapat membezakan antara parti yang memerintah dan kerajaan. Parti yang memerintah ialah pengubal dasar sementara kakitangan kerajaan adalah pelaksana dasar.

Mengkritik dasar tidak semestinya tidak suka dengan parti. Boleh jadi Cikgu Izzat ahli dan penyokong Umno. Tetapi tidak semestinya beliau bersetuju dasar yang dilaksanakan kerajaan Umno-BN.

Namun, pertukaran Cikgu Izzat amat istimewa bagi saya. Sebabnya suara beliau adalah untuk mempertahankan kerjaya perguruan yang cuba dirojakkan oleh Umno-BN. Wajarlah beliau tidak mewakili mana-mana parti, sebab kerjaya perguruan wajar dipisahkan daripada politik kepartian ketika mengajar.

Saya percaya, tindakan Cikgu Izzat ialah demi masa depan generasi Malaysia. Beliau tentunya tidak mahu anak muridnya menjadi tikus ujian. Beliau berkorban diri dan kerjaya serta peluang kenaikan pangkat demi masa depan anak muridnya.

Adalah perkara biasa seorang guru berkorban demi anak muridnya. Yang luar biasa ialah anak murid yang telah berjaya sanggup mengkhianati gurunya apabila sudah beroleh kuasa. 
Harakahdaily.
Read More

Monday, 17 March 2014

PBS tak perlu guna sistem online - Muhyiddin Yassin

Isnin, 17 Mac 2014

PBS: Guru tidak perlu masukkan data secara dalam talian

HULU LANGAT 16 Mac - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu , guru-guru tidak perlu lagi memasukkan data sistem Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) secara dalam talian selepas ini.

Sebaliknya beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata, data sistem PBS itu hanya perlu disimpan sendiri oleh guru sebagai rekod dalam usaha kerajaan meringankan beban guru. - UTUSAN ONLINE

Isu PBS ▪ Akhirnya Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Pendidikan Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah umumkan bahawa PBS tak perlu guna sistem online seperti yang digembar-gemburkan oleh DS Idris Jusoh.

DS Idris Jusoh pernah berka
ta sistem online PBS akan dimigrasi akan tetapi ternyata beliau bukan menteri untuk pendidikan sekolah.

Portal Utusan Malaysia:
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140316/dn_38/PBS-Guru-tidak-perlu-masukkan-data-secara-dalam-talian
Photo: Isu PBS ~ Admin mohon agar rakan-rakan SHARE dan LIKE gambar ini. Telah diakui tentang PBS memang bermasalah.

Apa lagi yang menteri ini mahukan? Tunggu April untuk apa? Sistem Online atau PBS itu sendiri?

Mohon SHARE dan LIKE seberapa ramai untuk disebarkan kepada seluruh pelusuk negara agar sedar bahawa anak-anak mereka yang berada di Tingkatan 3 akan menjadi TIKUS MAKMAL.

PEMBETULAN: DEWAN RAKYAT 12 MAC 2014

Mansuh Tetap #MansuhPBS!

Isu PBS ~ Admin mohon agar rakan-rakan SHARE dan LIKE gambar ini. Telah diakui tentang PBS memang bermasalah.

Apa lagi yang menteri ini mahukan? Tunggu April untuk apa? Sistem Online atau PBS itu sendiri?

Mohon SHARE dan LIKE seberapa ram
ai untuk disebarkan kepada seluruh pelusuk negara agar sedar bahawa anak-anak mereka yang berada di Tingkatan 3 akan menjadi TIKUS MAKMAL.

PEMBETULAN: DEWAN RAKYAT 12 MAC 2014


Mansuh Tetap #MansuhPBS!
 — with Mary Yap Kain Ching and 4 others.
Read More

Thursday, 27 February 2014

Programme for International Student Assessment (PISA) turut mencatatkan kemerosotan pendidikan kita....

Khamis, 27 Februari 2014


Kambing masuk kelas pun ada beb.
Hadoi..
UMNO telah mewakili kawasan ini dalam 4 penggal iaitu dari
  • 1999-2004 (Y.Bhg.Datuk Rizalman Abdullah )
  • 2004-2008 (Y.B.Datuk Raime Unggi)
  • dan 2008- 2013 & hingga sekarang (Y.B.Datuk Raime Unggi)
  • Borneo Herald

Henti hukum guru yang bantah PBS – Nik Nazmi

(Lyn Nasir)
KUALA LUMPUR 27 FEB : Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad mendesak Kementerian Pendidikan menghentikan sebarang tindakan kepada guru yang terlibat membantah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
Nik NazmiIa berikutan beberapa tindakan yang dikenakan terhadap warga pendidik seperti Ketua Jawatankuasa Kerja SGMM, Mohd Nor Izzat Mohd Johari yang dikatakan menerima arahan untuk berpindah ke sebuah sekolah yang terletak 80 kilometer daripada tempatnya mengajar.
“Saya menggesa agar Kementerian Pendidikan menghentikan sebarang tindakan kepada guru-guru yang terlibat membantah PBS,” katanya pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.
Nik Nazmi yang juga ADUN Seri Setia berkata, pihak kementerian perlu memberi penerangan jelas dan mencari sistem penilaian praktikal  untuk pelajar tingkatan 3 yang masih keliru tentang nasib mereka tahun ini.
“Ada yang diberitahu meskipun Penilaian Menengah Rendah (PMR) tiada tetapi mereka akan dinilai dengan penilaian seakan-akan PMR.
“Lantas, matlamat PBS itu sendiri terjejas dan anak-anak kita menjadi bahan uji kaji pendidikan setengah masak,” katanya.
Menurutnya lagi, berbanding GST, kerajaan tidak bersungguh-sungguh memberi penjelasan, bahkan ada guru besar yang masih tidak jelas dengan sistem tersebut.
“Walaupun idea PBS itu bagus, tetapi takkan kita nak biarkan tingkatan 3 ini menjadi mangsa seperti kes PPSMI
“Kerajaan terus katakan keputusan semua A meningkat dari tahun ke tahun sedangkan kedudukan kita dalam penilaian antarabangsa semakin merosot,” katanya.
Katanya, mengikut laporan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sebelum ini mencatatkan kemerosotan pelajar tingkatan 3 apabila subjek Matematik dan Sains diajar dalam bahasa Inggeris.
Selain itu, statistik penilaian Trends in International Math and Science Study (TIMMSS) 2011 dan Programme for International Student Assessment (PISA) turut mencatatkan kemerosotan berbanding penilaian sebelumnya serta jauh ketinggalan berbanding Singapura, Thailand dan Vietnam.
“Kita tidak mahu tingkatan 3 sekali lagi menjadi mangsa untuk sistem yang baru nak diperkenalkan ni. Sistem itu mesti dirombak atau kurangkan perkara yang mahu dianalisa.  Tapi kalau perkara yang dianalisa dikurangkan, maka penilaian peperiksaan mesti dikembalikan.
“Rombakan sistem boleh dibuat dengan mencari jalan yang lebih efisyen untuk mengemaskini sistem berkomputer PBS sama ada di peringkat sekolah, daerah atau negeri, ini sekaligus mengurangkan beban guru-guru,” ujarnya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=59651
KiniNEWS

Read More

[Video] PBS: PKR gesa KPM Jangan perjudikan masa depan pelajar... NUTP patut bela guru anti-PBS

Khamis, 27 Februari 2014

Henti hukum guru lantang tentang PBS, kata Nik Nazmi


Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad
Isu PBS ~ Kerana PBS, tiga orang guru ditukar. Kerana PBS, tiga orang guru tertekan.
Satu Suara....

Portal KiniTV:
http://m.kinitv.com/video/4321O74

Mansuh tetap #MansuhPBS
NUTP patut bela semua termasuk guru anti-PBS
  • 70 views
  •  
  • Published on 27 February 2014 17:31
PETALING JAYA: PKR hari ini menggesa agar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak memperjudikan masa depan pelajar dalam isu berkaitan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, pada sidang media menjelaskan idea di belakang PBS merupakan satu idea yang baik dalam melahirkan pelajar yang lebih holistik berbanding dengan sistem sebelum ini.

Namun, pelaksanaan dasar ini telah mendedahkan pelbaga kelemahan sehingga menimbulkan masalah buat guru-guru, ibu bapa dan juga pelajar.

"Saya tidak menolak pelaksanaan PBS tetapi pelaksanaan dasar ini menimbulkan pelbagai masalah serta menjejaskan tugas guru sebagai pendidik.

"Pelajar dan ibu bapa tidak pasti bagaimana mereka akan dinilai, khususnya pelajar tingkatan tiga yang menjadi golongan pertama melalui PBS," jelas beliau di Ibu Pejabat PKR hari ini.

Tambah beliau, kekeliruan timbul apabila ada mengatakan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tidak akan diadakan, namum mereka akan dinilai dengan penilaian seakan-akan PMR.

"Lantas, matlamat PBS itu sendiri terjejas, apa yang perlu dilakukan oleh pelajar tingkatan tiga, ujian dalam bentuk apa perlu mereka lalui.

"Ini membuktikan sekali lagi anak-anak kita menjadi bahan ujikaji pendidikan setengah masak," sambung beliau.

Beliau yang turut meminta agar KPM mencari sistem penilaian yang lebih adil dan praktikal untuk pelajar-pelajar tingkatan tiga agar corak pembelajaran mereka lebih terpelihara.

Nik Nazmi ketika ditanya mengenai tindakan yang dikenakan ke atas guru ketika perhimpunan Bantah PBS pada 22 Februari lalu.

Katanya, KPM perlu menghentikan sebarang tindakan kepada guru-guru yang terlibat dalam membantah PBS.

"Mereka berbuat demikian bukan sahaja kerana prihatin tentang kebajikan mereka tetapi atas dasar tanggungjawab terhadap anak-anak didik mereka.

"KPM perlu hentikan tindakan tersebut, apa yang perlu dilakukan KPM adalah meneliti kembali PBS sama ada dirombak ataupun dikurangkan perkara yang mahu dianalisa," jelasnya.

Menurut beliau, perubahan struktur PBS ini memerlukan perbincangan yang meluas dengan penglibatan pakar-pakar pendidikan, ibu bapa dan guru, selain penerangan meluas di semua peringkat.

"Kepincangan pelaksanaan PBS sama seperti PPSMI sebelum ini, yang meninggalkan kesan besar kepada pelajar-pelajar menengah rendah.

"Rakyat mesti mengetahui siapa yang bertanggungjawab untuk kesilapan-kesilapan tersebut," katanya.

Beliau yang turut menekankan agar KPM mengenalpasti dasar pendidikan yang sebenarnya dalam membantu pembangunan sesebuah negara.

"Cukup jadikan pelajar sebagai bahan ujikaji, KPM perlu ada satu kajian baru dalam memastikan dasar pendidikan dapat membantu pembangunan negara.

"Pelaksanaan dasar perlu melalui perbincangan secara keseluruhan di semua peringkat sebelum ia dilaksanakan," jelasnya.
Harakahdaily.
Read More

Monday, 24 February 2014

PBS, AES contoh 'penangguhan' yang menipu rakyat...

Isnin, 24 Februari 2014

Kerajaan cuba menipu rakyat... 



PBS, AES contoh 'penangguhan' yang menipu rakyat

MUHAMMAD FAIZAL 
KUALA LUMPUR: Timbalan Pengarah Badan Mobilisasi Rakyat, Dewan Pemuda PAS Pusat, Zulhazmi Shariff hari ini menjelaskan pelaksanaan Sistem Pengurusan Pantaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) merupakan antara contoh pembohongan BN terhadap rakyat.

Jelas beliau, PBS mula diperkenalkan pada tahun 2011 dan mula dikuatkuasakan pada tahun 2014 bermula dengan para pelajar tingkatan tiga, yang mana mereka tidak perlu lagi menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) seperti tahun-tahun sebelum ini.

Sistem ini mempunyai pelbagai masalah sehingga menyebabkan guru-guru terbeban dengan tugasan melampau.

Selepas dibantah secara terbuka oleh para guru, barulah kerajaan mengumumkan ianya ditangguhkan.

Namun, dalam keadaan diumumkan penangguhan, pihak Jabatan Pendidikan Daerah dan sekolah masih bermesyuarat dengan guru-guru dan dimaklumkan bahawa PBS dilaksanakan seperti biasa.

"Jika benar PBS ditangguhkan, kenapa tiada suatu tempoh tertentu? Apa akan berlaku kepada para pelajar Tingkatan 3 yang akan menduduki peperiksaan hujung tahun ini?.

"Adakah mereka tertakluk dengan PBS atau kembali kepada peperiksaan PMR seperti dahulu? Adakah KPM fikirkan hal ini?" soal beliau.

Isu PBS ini katanya hampir sama dengan isu AES yang mula dilaksanakan pada 22 September 2012 untuk kononnya mengurangkan kemalangan maut di jalanraya.

Perlaksanaannya juga mempunyai pelbagai masalah dan mengundang bantahan orang ramai.

Akhirnya Peguam Negara membekukan semua prosiding AES di Mahkamah bermula 18 Disember 2012 sehingga hari ini dan menagguhkan perlaksanaan AES sehingga dimaklumkan kelak.

"Walau bagaimanapun sehingga hari ini AES masih beroperasi, saman-saman AES masih dikeluarkan dan Kerajaan masih meminta penerima saman AES membayar walaupun Peguam Negara masih belum mengumumkan penarikan balik penangguhan prosiding Mahkamah," Kata Zulhazmi.

Apa yang dirisaukan, kata Zulhazmi, tindakan pembekuan tersebut bersifat sementara untuk meredakan kemarahan rakyat.

Malah lebih malang kata beliau kerajaan cuba menipu rakyat dengan penangguhan tetapi pada dasarnya ianya masih berjalan.
Read More

Tuesday, 11 February 2014

TPM - Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) akan dikaji semula dalam masa terdekat

Selasa, 11 Februari 2014
Demontrasi Bantah SPPBS (PBS) 2014

Anjuran : Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM)

Lokasi bantahan : Di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Putrajaya

Tarikh : 22 Februari 2014 (Sabtu)


TPM : Pentaksiran Berasaskan Sekolah akan dikaji semula dalam masa terdekat


PUTRAJAYA 11 Feb. - Kementerian Pendidikan akan mengkaji semula pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kajian tersebut perlu dilakukan ekoran terdapat pelbagai masalah dihadapi dalam melaksanakan PBS.

"Bagaimanapun semua guru masih perlu menjalankan sistem penilaian tersebut namun di pihak kementerian kita akan mengkaji berikutan aduan yang diterima.

"Sama ada PBS ini akan ditangguh atau diteruskan akan diputuskan dalam satu mesyuarat yang akan diadakan dalam masa terdekat," katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.


Dicatat oleh ustazcyber di 5:27:00 PTG

Read More

Sunday, 3 November 2013

SPBS 'hanged': Guru masukkan data/markah pada waktu lewat malam...(kasihani para guru) - rayu Prof. Agus

Isnin, 4 November 2013
www.hanshanis.com/wawasajew.blogspot.com

'SPPBS'
[Sistem Pusing-Pusing Balik Semula]

Dr Agus rayu kerajaan agar kasihani para guru
'Guru masukkan data/markah pada waktu lewat malam'
cetusankenyalang.blogspot.com

Guru yang merungut dengan sistem PBS ini adalah guru yang malas - pegawai di PPD
bilamasa.wordpress.com 

Sistem di sini tidak mesra guru kerana sistemnya selalu 'hanged' sehingga menyebabkan guru tertekan...
www.mugmerah.com

Tugas mengajar ini seronok dan mulia. Maka, jangan bebankan para guru dengan perkara yang tidak sepatutnya.

Dua minggu lagi cuti sekolah bermula.

Biasanya guru-guru cukup gembira dengan percutian ini kerana mereka mempunyai masa untuk berehat dan bercuti bersama keluarga.

Tapi kali ini kegembiraan tersebut suram kerana ramai dari mereka tertekan dengan sistem baru yang digunakan oleh Kementerian, iaitu Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Betul sistem ini diperkenalkan oleh Kementerian setelah beberapa kali mesyuarat diadakan.

Betul sistem ini diperkenalkan kerajaan setelah mengambil kira kebaikannya untuk guru, murid-murid dan sistem pendidikan negara.

Betul tujuan sistem ini baik untuk transformasi sistem pendidikan negara, iaitu “untuk menilai potensi murid dan kesediaan untuk belajar, selain menguji penguasaan dan pencapaian.”

Tetapi apakah sistem ini betul-betul baik untuk meningkatkan mutu pendidikan negara? Apakah sistem ini betul-betul boleh diterima oleh para guru? Pertanyaan ini perlu diteliti sebelum mendapat jawapannya.
Guru SK Balar Gua Musang bersemangat mengajar di pedalaman.BH
Saya sudah mendengar lama rungutan para guru tentang hal in sejak ia mula dilaksanakan pada tahun 2011 di peringkat sekolah rendah dan pada tahun lepas bagi peringkat sekolah menengah.

Ada yang menulis secara peribadi meminta saya membangkitkan hal ini.

Tetapi saya diam sehinggalah saya dapati kelemahan pelaksanaan sistem ini semakin ketara.

Apa yang lemahnya dengan sistem ini?

Lemahnya bukanlah pada tujuannya yang baik:

(i) untuk menilai potensi murid,
(ii) memantau pertumbuhan dan membantu meningkatkan potensi murid; dan
(iii) membuat pelaporan bermakna tentang pembelajaran individu.

Tetapi lemahnya sistem ini adalah pada penggunaan sistem memasukkan datanya yang tidak boleh ‘comply’ dengan beban data semasa.
Guru Diwajibkan Berkhidmat Di Pedalaman 
Sistem Pangkalan Data PBS Lemah Justeru lemahnya sistem data PBS ini, maka guru perlu memasukkan data pada waktu lewat malam.

Akibatnya, pada waktu pagi guru mengantuk menyebabkan mutu mengajar menjadi lemah, sekali gus menjejas mutu pengajaran dan pembelajaran.

Akibatnya, murid tidak mendapat pembelajaran yang sempurna kerana waktu guru dihabiskan pada tugas perkeranian, bukan pada tugas hakikinya. Ini kerana selain sibuk memasukkan data, guru juga sibuk mengemaskan rekod.

Aduh!!! Apa lagi? Guru juga terpaksa menyiapkan kerja-kerja PBS sendiri seperti membina instrumen soalan, menanda dan menyemak kertas soalan.

Selepas itu, guru perlu mengadakan aktiviti bilik darjah untuk menyelesaikan segala keperluan kurikulum dan kemahiran insaniah yang lain.

Guru kadang-kadang terpaksa lepaskan murid ke aras band yang lebih tinggi biarpun arasnya belum dicapai.
Menggalas tanggungjawab dan menggalas motor. BH
Selain itu, guru perlu mengurus fail pelajar yang mungkin mencecah angka ribu dan puluhan unit almari untuk penyimpanan fail berkenaan serta memasukkan ratusan band pelajar ke dalam sistem.

Bayangkan bagaimana susah dan tertekannya guru jika internet hang?

Bayangkan bagaimana lelahnya guru setelah disemak semula dalam sistem, data yang dimasukkan sebelum ini tidak ada dalam pangkalan?

Maka dari sinilah, guru selalu bertanya, siapakah yang membangunkan sistem ini?

Mengapa diberi kepada pembekal yang tidak berkelayakan untuk menyediakan sistem ini kepada sekolah dan guru?
Mengapa kerajaan boleh melaksanakan sistem ini dikala sistem ini masih belum mesra pengguna? Bilakah mutu sistem ini akan dipertingkatkan? Dan bermacam persoalan lagi.

Saya pernah menceritakan kelemahan sistem ini kepada kawan saya, seorang pegawai di PPD.

Beliau kata kepada saya guru yang merungut dengan sistem PBS ini adalah guru yang malas dan tidak ada semangat untuk berjaya dalam bidang keguruan.

Maka beliau pun mulalah bercerita kepada saya tentang kejayaan sistem ini di negara-negara lain.

Saya tidak nafikan kejayaan sistem ini di negara lain, tetapi saya katakan sistem di sini tidak mesra guru kerana sistemnya selalu 'hanged' sehingga menyebabkan guru tertekan.

Ada guru yang terpaksa bangun pada jam 3 pagi semata-mata untuk memasukkan data. Jadi kata saya, sistem PBS ini mungkin sesuai di negara lain, tapi belum tentu sesuai di negara kita.
Anggur yang sesuai ditanam di Perancis belum tentu sesuai ditanam di Cameron Highlands.

Akhirnya, setelah mendengar keluhan para guru sejak sistem ini diperkenalkan, saya cuma ingin katakan guru yang mengeluh bukan kerana mereka tidak ‘love teaching’. Tapi mereka mengeluh kerana sistem PBS ini membebankan dan tidak mesra pengguna.

Oleh itu, jika kerajaan mahu juga meneruskan penggunaan sistem ini, teruskanlah dengan membaiki dan meningkatkan sistemnya supaya para guru tidak lagi tertekan dengan sistem yang tidak mesra pengguna.

Tugas mengajar ini seronok dan mulia. Maka, jangan bebankan para guru dengan perkara yang tidak sepatutnya.
Posted by GeloraHatiMuda at 8:29 AM

psikologi.uhamka.ac.id
Read More

Thursday, 16 May 2013

Selamat Hari Guru 2013 Dari Dewan Ulamak PAS & Sistem bidang tugas lemahkan peranan guru...

Khamis, 15 Mei 2013
Selamat Hari Guru 2013 Dari Dewan Ulamak PAS


Sistem bidang tugas lemahkan peranan guru


KUALA LUMPUR: Peranan guru begitu besar dalam mendidik generasi demi masa depan yang cemerlang, namun peranan guru hari ini sedang dilemahkan oleh sistem dengan bidang tugas yang terlalu berat dan tidak menentu.

Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik (gambar) berkata, orientasi baru yang dibebankan kepada guru pada hari ini antaranya pelaksanaan sistem Peperiksaan Berasaskan Sekolah (PBS) melemahkan peranan guru sebagai pendidik, pembinaan akhlak pelajar dan pembantu kepada masyarakat.

Malah katanya, guru akan menjadi pekerja dan robot yang mesti melaksanakan tugas sedangkan matlamat guru yang lebih besar bukanlah semata-mata untuk mencapai kecemerlangan akademik.

Oleh yang demikian, beliau  dipetik laman rasmi PAS, menyeru supaya pihak-pihak yang berkenaan mengkaji semula sistem peperiksaan tersebut bagi memastikan peranan asas guru sebagai pembina syaksiah dan intelek terpelihara.

"Beban tugas tidak menentu dan terlalu berat dalam Peperiksaan Berasaskan Sekolah (PBS) menjadi suatu tanda tanya, sejauh mana keupayaan pihak kerajaan menanganinya dengan prasarana yang begitu lemah di semua peringkat dan juga dengan maklumat yang begitu 'detail' (terperinci)," katanya dalam sidang media selepas  majlis makan malam bersama bekas-bekas guru di Kuala Terengganu, meraikan sambutan Hari Guru yang disambut di seluruh negara pada hari ini.

Beliau juga menegaskan, Hari Guru adalah hari kebanggaan buat semua kerana jasa dan pengorbanan yang dilakukan oleh para guru sebagaimana contoh yang ditunjukkan oleh guru yang paling agung, iaitu Nabi Muhammad SAW.

"Rasulullah SAW adalah tokoh yang paling agung di kalangan para guru, yang mempunyai contoh terbaik untuk diikuti oleh semua manusia,"ujarnya.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Ahli Parlimen Kuala Nerus yang juga Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr. Ustaz Khairuddin Aman Razali, Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu Ustaz Abu Bakar Abdullah dan Pengerusi Lajnah Pendidikan yang juga Bendahari PAS Terengganu, Cikgu M. Shukrimun Shamsuddin.
Harakahdaily.
Photo: Tawaran Pakatan Rakyat di screen besar berdekatan jusco Ipoh..
Photo: Gambar beberapa pimpinan PAS Perak, Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar,Timbalan Pesuruhjaya 1 Dato' Seri  Mohammad Nizar Jamaluddin, Timbalan Pesuruhjaya 3 Haji  Razman Zakaria Pengarah Pilihanraya PAS Perak Hj Asmuni Awi, Ketua Pemuda PAS Perak Ustaz Zawawi Abu Hassan, Ya Allah kurniakan kemenangan dariMU buat kami di Perak agar kami dapat mentadbir negeri dan rakyat negeri ini mengikut acuan dan perintahMU, kerna kami sedar hidup ini sementara oleh itu kami berjanji akan berjuang hingga ke akhir hayat demi perjuangan Islam ini, moga kami beroleh nikmat mati sebagai syuhada'. Ameen. p/s: inilah kekuatan yang ada kepada pimpinan PAS, segala yg dilakukan mesti meletakkan Allah SWT sebagai matlamat.

"Share dan Like tanda sokongan kepada PAS Perak"
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena