Thursday, 27 February 2014

[Video] PBS: PKR gesa KPM Jangan perjudikan masa depan pelajar... NUTP patut bela guru anti-PBS

Khamis, 27 Februari 2014

Henti hukum guru lantang tentang PBS, kata Nik Nazmi


Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad
Isu PBS ~ Kerana PBS, tiga orang guru ditukar. Kerana PBS, tiga orang guru tertekan.
Satu Suara....

Portal KiniTV:
http://m.kinitv.com/video/4321O74

Mansuh tetap #MansuhPBS
NUTP patut bela semua termasuk guru anti-PBS
  • 70 views
  •  
  • Published on 27 February 2014 17:31
PETALING JAYA: PKR hari ini menggesa agar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak memperjudikan masa depan pelajar dalam isu berkaitan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, pada sidang media menjelaskan idea di belakang PBS merupakan satu idea yang baik dalam melahirkan pelajar yang lebih holistik berbanding dengan sistem sebelum ini.

Namun, pelaksanaan dasar ini telah mendedahkan pelbaga kelemahan sehingga menimbulkan masalah buat guru-guru, ibu bapa dan juga pelajar.

"Saya tidak menolak pelaksanaan PBS tetapi pelaksanaan dasar ini menimbulkan pelbagai masalah serta menjejaskan tugas guru sebagai pendidik.

"Pelajar dan ibu bapa tidak pasti bagaimana mereka akan dinilai, khususnya pelajar tingkatan tiga yang menjadi golongan pertama melalui PBS," jelas beliau di Ibu Pejabat PKR hari ini.

Tambah beliau, kekeliruan timbul apabila ada mengatakan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tidak akan diadakan, namum mereka akan dinilai dengan penilaian seakan-akan PMR.

"Lantas, matlamat PBS itu sendiri terjejas, apa yang perlu dilakukan oleh pelajar tingkatan tiga, ujian dalam bentuk apa perlu mereka lalui.

"Ini membuktikan sekali lagi anak-anak kita menjadi bahan ujikaji pendidikan setengah masak," sambung beliau.

Beliau yang turut meminta agar KPM mencari sistem penilaian yang lebih adil dan praktikal untuk pelajar-pelajar tingkatan tiga agar corak pembelajaran mereka lebih terpelihara.

Nik Nazmi ketika ditanya mengenai tindakan yang dikenakan ke atas guru ketika perhimpunan Bantah PBS pada 22 Februari lalu.

Katanya, KPM perlu menghentikan sebarang tindakan kepada guru-guru yang terlibat dalam membantah PBS.

"Mereka berbuat demikian bukan sahaja kerana prihatin tentang kebajikan mereka tetapi atas dasar tanggungjawab terhadap anak-anak didik mereka.

"KPM perlu hentikan tindakan tersebut, apa yang perlu dilakukan KPM adalah meneliti kembali PBS sama ada dirombak ataupun dikurangkan perkara yang mahu dianalisa," jelasnya.

Menurut beliau, perubahan struktur PBS ini memerlukan perbincangan yang meluas dengan penglibatan pakar-pakar pendidikan, ibu bapa dan guru, selain penerangan meluas di semua peringkat.

"Kepincangan pelaksanaan PBS sama seperti PPSMI sebelum ini, yang meninggalkan kesan besar kepada pelajar-pelajar menengah rendah.

"Rakyat mesti mengetahui siapa yang bertanggungjawab untuk kesilapan-kesilapan tersebut," katanya.

Beliau yang turut menekankan agar KPM mengenalpasti dasar pendidikan yang sebenarnya dalam membantu pembangunan sesebuah negara.

"Cukup jadikan pelajar sebagai bahan ujikaji, KPM perlu ada satu kajian baru dalam memastikan dasar pendidikan dapat membantu pembangunan negara.

"Pelaksanaan dasar perlu melalui perbincangan secara keseluruhan di semua peringkat sebelum ia dilaksanakan," jelasnya.
Harakahdaily.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena