Terowong air mentah Pahang-Selangor yang kini 94 peratus siap
Pembinaan terowong air Pahang-Selangor
KUALA LUMPUR: Pemeteraian memorandum persefahaman, MoU yang menyelesaikan pertelingkahan air antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Selangor sejak lima tahun lalu pada Rabu, membuka ruang bagi Projek Langat Dua yang mampu memenuhi permintaan air dua juta pengguna, dimulakan serta merta.
Pada hari Khamis, berlangsung majlis penyempurnaan pengorekkan terowong air mentah Pahang-Selangor yang kini 94 peratus siap.
Pada hari Khamis, berlangsung majlis penyempurnaan pengorekkan terowong air mentah Pahang-Selangor yang kini 94 peratus siap.
Berita mula diterbitkan pada: Februari 28, 2014 08:17 (MYT)
Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/pembinaan-terowong-air-pahang-selangor-siap-94-30961?cp
Mungkin betul Khalid Ibrahim menyelamatkan Najib dan Muhyiddin dengan tandatangan MOU isu air Selangor tapi yang pentingnya hasrat dia untuk tamatkan pengswastaan air di Selangor tercapai.
AstroAwani melaporkan:Pemeteraian memorandum persefahaman, MoU yang menyelesaikan pertelingkahan air antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Selangor sejak lima tahun lalu pada Rabu, membuka ruang bagi Projek Langat Dua yang mampu memenuhi permintaan air dua juta pengguna, dimulakan serta merta.
Pada hari Khamis, berlangsung majlis penyempurnaan pengorekkan terowong air mentah Pahang-Selangor yang kini 94 peratus siap. - AstroAwani.
Homestay Tempayan Hijau Penginapan budget di Parit Buntar Iklan teks di sini Cuma RM10 sebulan (PROMOSI)TheMalaysianInsider pula melaporkan:
Perjanjian Persefahaman (MoU) di antara Putrajaya dan kerajaan negeri berhubung isu air tidak akan berubah walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi menteri besar Selangor demikian kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.Kalau tengok dari 2 berita tu nampak macam Khalid Ibrahim dah pun selamatkan Najib dan Myhyiddin dalam isu air di Selangor.
Timbalan Perdana Menteri itu berkata MoU yang ditandatangani dengan kerajaan negeri Selangor itu adalah bersifat tetap di mana Khalid sendiri bersetuju dengan syarat berkenaan dalam perbincangan bersama. - TMI.
Berita kata "terowong air mentah Pahang-Selangor yang kini 94 peratus siap" jelas bagitau yang Kerajaan Pusat sangat perlu projek Langat 2 disiapkan.
Kosmo pada 2011 melaporkan:
Projek itu melibatkan dua fasa utama iaitu pertama, pembekalan air mentah dari Pahang ke Selangor termasuk terowong bawah tanah antara Karak di Pahang dan Hulu Langat di Selangor, serta kedua, pembinaan loji rawatan air di Hulu Langat.Memang masalah besar la untuk Najib kalau projek mega yang bernilai berbillion ringgit tu jadi gajah putih. Tu tak termasuk lagi kemungkinan Pahang pulak saman kerajaan pusat, pasainya tentu punya dah ada perjanjian antara Kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri Pahang pasai projek air tu.
Projek berimpak tinggi yang bernilai RM3.936 bilion itu dijangka siap pada tahun 2014. Apabila projek itu siap nanti terowong itu akan menjadi terowong air mentah terpanjang di Asia Tenggara dan yang keenam di dunia. - Kosmo.
Berita kedua pulak memang nakpak jelas Muhyiddin nak bagitau yang depa seronok sangat Khalid Ibrahim tandatangan MOU tu pasainya kalau lepas ni Anwar jadi Menteri Besar depa risau depa tak boleh 'makan' Anwar macam depa 'makan' Khalid.
Apa pun, setakat ni aku percaya sebenarnya Khalid menang dalam perang air antara kerajaan Selangor dengan kerajaan pusat ni ataupun paling kurang seri dan yang tentunya rakyat Selangor untung.
Aku langsung tak percaya Khalid Ibrahim setuju tandatangan MOU tu kalau MOU tu menyusahkan lagi rakyat Selangor.
Aku cukup yakin kesan dari MOU tu Selanglor tak sampai perlu naikkan tarif air malah mungkin boleh diturunkan lagi pasainya hak menguruskan air di Selangor adalah dibawah kuasa Kerajaan Negeri Selangor.
Macam tu jugak dengan skim air percuma takkan dimansuhkan malah aku yakin lagi ramai yang layak dapat menikmati skim tu terutama sekali segolongan penduduk flet yang sebelum ni dinafikan hak depa pasai masalah meter pukal.
Kesimpulannya yang aku nak tekankan mungkin betul Khalid Ibrahim menyelamatkan Najib dan Muhyiddin dengan tandatangan MOU isu air Selangor tapi yang pentingnya hasrat dia untuk tamatkan pengswastaan air di Selangor tercapai.
Sumber: Khalid selamatkan Najib dan Muhyiddin dengan MOU air Selangor? | Cenangau Daunkari http://cenangau.blogspot.com/2014/02/khalid-selamatkan-najib-tandatangan-mou-air-selangor.html#ixzz2udVZvgiN
Follow us: @cenangau on Twitter | CenangauDkari on Facebook
Faekah perjelas punca MoU tidak diuar-uar
SHAH ALAM – Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pengambilalihan ekuiti empat syarikat konsesi di Selangor tidak diberitahu kepada semua pemimpin PR disebabkan ketidakpastian perjanjian sebelum ia diputuskan dan beberapa perkara lain.
Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI) Faekah Husin menjelaskan, persefahaman yang dicapai antara kerajaan negeri dan Pusat itu boleh dikatakan ‘mengejut’ hasil perbincangan pada Rabu lalu setelah beberapa siri pertemuan dan perbincangan diadakan antara kedua belah pihak.
“Saya ditugaskan untuk mewakili Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hadir pada mesyuarat hari berkenaan dan sekitar 11.30 pagi, keputusan itu dicapai kemudian kita maklumkan kepada menteri besar, tapi beliau berada dalam majlis protokol Diraja dan dalam sekitar 12 tengah hari, kita berjaya untuk memberitahu beliau, Exco dan pegawai penting kerajaan negeri termasuk Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (Upens).
“Kira-kira jam 1.30 petang perjanjian itu berjaya dimeterai. Jadi, kita mengaku memang tiada siapa tahu kerana ketidaktentuan atau ketidakpastian sama ada ia akan ditandatangani atau tidak pada hari berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata, sejak September tahun lalu lagi beberapa siri pertemuan antara Abdul Khalid dengan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili tidak kurang daripada lapan kali dilakukan bagi membincangkan cadangan penstrukturan air di Selangor secara eksklusif.
Beliau yang turut dilantik perunding penstrukturan air berkata, proses perbincangan sehingga mencapai MoU tersebut juga tidak diuar-uarkan berikutan tidak mahu perbincangan terganggu oleh anasir luar yang boleh menggagalkan penstrukturan yang amat diperlukan oleh rakyat di Selangor yang terbeban dengan krisis air. SH.
0 comments:
Post a Comment