Saturday 22 February 2014

BR1M dah masuk! Betul ka bohong? Tabur dulu baru sembelih...

Ahad, 23 Februari 2014
Tabur dulu baru sembelih....
Keedal Dal's photo.
BR1M dah masuk? Admin gaji 5k boleh mohon br1m tak? Hahaha
  • Saya Benci Harga Barang Naik! Gaji 150k boleh minta? - ketua admin
  • Keedal Dal tabur dulu baru sembelih
  • Keedal Dal's photo.
  • 10 hours ago 


    BR1M diberi kerana kestabilan politik dan ekonomi.



    Betul ka bohong?

    Fakta :

    -Potong subsidi minyak untuk duit BRIM dan minyak naik harga lantas barang2 jadi mahal.

    - Pinjam duit dari rakyat tampa izin seperti KWSP/Socso/EPF dan lain lain sumber untuk bagi BRIM. Bagaimana Plan pembayaran balik?

    - Potong RM50 kononnya untuk insurance. Mana policy insyuran? Siapa tandatangan? Apakah skop pelindungan?

    - Ekonomi stabil celah mana? Nilai wang RM jatuh merundum. Harga komoditi getah, sawit jatuh barang serba mahal. Kilang2 pindah/tutup. Celah mana stabil?

    Semua mesti clear.

Photo: Cakap pasal jimat cermat. Sebenarnya rakyat dah lama dah jimat cermat. Nak jimat macam mana lagi. Fikirlah sikit. Semua benda korang naikkan lepas tue suruh orang jimat lagi. Sampai satu tahap, nak suruh kami berhenti makan ke?
Cakap pasal jimat cermat. Sebenarnya rakyat dah lama dah jimat cermat. Nak jimat macam mana lagi. Fikirlah sikit. Semua benda korang naikkan lepas tue suruh orang jimat lagi. Sampai satu tahap, nak suruh kami berhenti makan ke?



Baikla Najib.

KAH KAH KAH
 — with Janet ChongAhmad Sani andNur Ezzati Ahmad Sani.

BR1M 2014
Photo: yeah! 

more suggestion here for BR1M 2015 : http://www.br1m3.com/2014/02/15/the-people-suggestion-in-br1m-2015/
Segarkan ingatan anda...
Pesanan dari penaja..guna kan wang BR1M ... sikit2 klau boleh simpan je x yah guna...kahh..kahh..kahhh,, — with Insan Fakir.

Idea-Idea Yang Mungkin Lebih Baik Berbanding Pemberian BR1M

Esok orang2 yang layak dapat BR1M akan dapat duit diorang. At least itu satu improvement berbanding beratur panjang2 macam peminta sedekah dan buat majlis gilang gemilang semata2 nak bagi BR1M dekat orang ramai. Walaupun begitu, aku still rasa BR1M tak patut dijalankan kerana BR1M adalah bukti kita adalah negara membangung yang mempunyai masyarakat bertaraf hidup tidak berkualiti.

Untuk sebuah negara yang digembar-gemburkan bakal menjadi negara maju lebih awal dari sasaran awal, BR1M bukanlah simbol kepada kemajuan. BR1M adalah simbol kepada betapa teruknya kita perlukan duit untuk hidup. Pada aku, ada banyak lagi cara yang kerajaan boleh lakukan untuk menaikkan taraf hidup orang ramai dengan cara yang lebih murni dan tak menampakkan sangat yang masyarakat kita terpaksa tadah tangan ambik duit. (atau untuk BR1M 3.0 ni, tunggu duit masuk dalam akaun)

Jika kau buat kajian sikit, sesebuah negara maju akan mempunyai kadar kutipan cukai yang tinggi dan selalunya kita boleh nampak duit tu datang balik kepada masyarakat, tapi bukan dalam bentuk wang tunai macam BR1M ni tapi lebih kepada insentif dan bantuan yang sebenarnya bukan sekadar membantu dari segi kewangan, tapi secara tak langsung membantu create budaya. Budaya bermasyarakat.

Itulah satu benda yang BR1M tak wujudkan. BR1M hanyalah pemberian duit yang tak ada soul, tak ada jiwa, tak ada pengisian. Aku melihat BR1M hanyalah sekadar pemberian duit untuk membeli undi sambil sedikit sebanyak meringankan beban orang susah. Apa yang BR1M sumbang kepada jiwa masyarakat? Tak ada apa. Kepuasan sekejap ada duit dan bila habis duit tu, habislah. Kau dapat duit kau balik kau spend...habis....kau hepi sebab kerajaan bagi kau cash.

Itu level negara susah punya pemikiran....pemikiran masyarakat sempit dan kita adalah masyarakat yang sangat sempit pemikirannya. Buktinya, BR1M adalah senjata politik yang sangat berkesan memancing undi kerana masyarakat kita lebih nampak short term gain berbanding long term. Begitulah juga kerajaan sekarang kerana mereka terpaksa bertarung untuk survival mereka sendiri jadi mereka pilih short term punya benefit...

Aku ada cadangan kepada kerajaan agar pemberian BR1M ni dihentikan dan digantikan dengan beberapa langkah yang aku rasa bukan sekadar membantu indirectly financial orang ramai malahan mampu create culture Malaysian yang lebih cantik.

1. Pemberian bantuan kewangan kepada bayi baru lahir untuk tempoh 6 bulan atau setahun pertama

Negara maju, jika kau dapat anak, kau tak payah risau langsung kos nak tanggung anak tu 6 bulan first. Pampers? Provided. Gaji? Jalan. Cuti untuk bapak? Ada. Tapi di Malaysia, orang kaya ke orang miskin ke, kalau kau lahir dekat hospital awam, kau akan dapat satu pek pampers yang dalamnya adalah 6 keping pampers yang aku sure esoknya habis. Pihak kerajaan boleh kerjasama dengan pihak swasta provide free pampers kepada bayi baru lahir untuk 6 bulan ataupun pihak kerajaan sendiri boleh provide pampers 1Malaysia yang dijual.

Even kalau tiap2 ibu dibekalkan dengan pam susu pun aku rasa sangat membantu sebelum ibu dibenarkan discharge. Takyahla yang medela mahal2 tu, cukup sekadar pam tangan manual. Yang paling penting, pengenalan kepada cuti bersalin untuk bapa perlu ada kerana untuk keluarga2 yang tak bernasib baik, yang anak yatim piatu...siapa nak tolong jaga mak yang baru bersalin ni?

Kau pernah tengok perempuan kena ceasarean berak?

Secara tak langsung, ini akan membantu menggalakkan orang ramai supaya dapat fokus kepada keluarga. Sistem yang ada sekarang ni lebih kepada "kau dah bersalin, pandai2 la kau jaga walaupun kau tak mampu."

2. Bantuan sara diri untuk yang hilang pekerjaan

Ni antara benda yang cukup merunsingkan aku. Kau tengok law kita, jika ada pekerja kena let go, dia tak ada apa2 protection financially (melainkan dia kerja GLC atau MNC yang ada VSS) jadi dah la tak ada kerja, tak ada duit. Terpaksa perompak dan peragut.

Apa yang kerajaan boleh perkenalkan adalah bagi bantuan sara diri kepada puak2 ni selama 3 bulan dengan bayaran gaji minimum dengan syarat, dia dah bekerja selama sekian2 tempoh dalam company tersebut sebelum dia dibuang atau dilepaskan. Tak kiralah dia masalah disiplin atau prestasi tak elok sebab itu bukan pokok pangkalnya.

Kita cuba nak elakkan diorang ni dari terjerumus buat jenayah sebab kalau kau ada masalah disiplin kat tempat kerja, tendency untuk kau buat jenayah amatlah tinggi. Kenapa bagi 3 bulan? Sebab itu adalah timeframe agar dia dapat survive sebelum dia dapat carik kerja lain. Lepas 3 bulan, pandai2 la. Tapi at least, dia ada time untuk adjust life dia balik.

3. Mangsa jenayah dan kemalangan perlu pengangkutan

Bayangkan kau punya kenderaan kena curik. Dah jumpa pun polis akan tahan berbulan lamanya sebelum kau boleh ambik balik. Jadi sementara kenderaan kau tu kena tahan, apa kau nak buat? Tak masuk lagi yang eksiden dan kereta sangkut kat bengkel berminggu lamanya hanya sementara nak tunggu adjuster datang.

Kita akan dibiarkan aje la terkontang kanting sambil tiap2 hari gelabah macam mana nak cope. Nilah waktunya kerajaan boleh hulurkan bantuan dengan memberikan penggunaan pengangkutan awam khas secara percuma atau ada diskaun kepada diorang ni. Bagi lah diorang touch n go yang dah direload untuk penggunaan public transport selama sebulan dan bila habis sebulan, kalau tak setel jugak, kena gi agensi, reload balik untuk bulan berikutnya sehinggalah setel masalah.

At least tak ada la bergantung tak bertali macam apa yang terjadi sekarang, kan? Sayang la jugak kerajaan kalau kerajaan buat camtu. Barulah nampak keprihatinannya kan?

............
Kerajaan nak ambik hati rakyat, memang bagus. Aku suka. Tapi cara dia selalunya agak tak kena kerana macam aku sebut di atas, ia kosong. Sekadar gesture takde makna. Kerajaan nak cuba jual keprihatinan diorang dekat orang ramai pun susah sebab orang macam aku skeptikal. Tapi kalau kerajaan cuba implement benda2 yang aku listkan ni, pada aku better....sebab orang2 tu memang memerlukan bantuan teramat sangat. Diorang bukannya sekadar tunggu duit extra masuk....diorang memang perlukan pertolongan!

Masalahnya, setakat ni, kerajaan tak dapat touch golongan macam ni. Aku tak tau kenapa...mungkin strategist politik kerajaan lebih suka buat benda2 yang tak ada makna macam BR1M. Nak bagi duit, bagilah tapi dengan BR1M ni pada pandangan aku, tak membina negara.

Kerajaan kena perkenalkan dasar2 yang mampu create culture dan subculture yang bukan setakat raih undi malahan membantu rakyat DAN melahirkan kesan positif kepada orang ramai. Orang dapat duit BR1M tu untuk apa? Macam2 benda diorang buat, positif atau negatif tak kisah. Boleh beli arak dengan BR1M? Boleh! Berjudi dan beli sport toto? Boleh! Tapi kalau dibagi bantuan dekat orang yang betul2 memerlukan bantuan, ini akan create budaya dan masyarakat yang lebih baik sebab bantuan tu akan digunakan ke arah jalan positif selalunya.

Aku ada beberapa idea lagi tapi aku malas nak tulis sebab aku nak bangkitkan kalau aku terjumpa Najib. Kalau kau ada idea lain, sila nyatakan. Mana tau ada orang kerajaan yang baca dan cuba perkenalkan.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena