Wednesday, 19 February 2014

Makan Dalam: Kalau nak anak jadi 'MANGKUK'... Kassim Ahmad, kenapa JAWI belum bertindak?

Rabu, 19 Februari 2014

AWAS! Pinggan Mangkuk & Cawan Dibuat Dari Tulang BABI! (Gambar)

Pinggan mangkuk dan cawan dari tulang babi ini dihasilkan dengan jenama “Fine YIYUN Bone China” yang diperbuat dari negara China.

Menurut sumber, pinggan magkuk dan cawan jenama YIYUN ini dibuat daripada tulang babi. Jadi, kita kena berhati-hati dan kalau boleh pergi ke dapur terus, tengok pinggan mangkuk tu, mana lah tahu ada jenama YIYUN nie. Harap-harap takde lah ye…

Kongsi dan sebarkan kepada rakan-rakan anda!

Posted by Oh Tak Mungkin


Makan Dalam....

Fikir fikirkan....dan selamat beramal
Gambar: Makan Dalam....

Fikir fikirkan....dan selamat beramal


Kassim Ahmad: Dewan Ulamak PAS WP gesa Jawi bertindak

FEB 18, 2014 HAZAYANI ZAKARIA HARAKAHDAILY 

KUALA LUMPUR: Dewan Ulama PAS wilayah Persekutuan (DUPWP) hari ini membuat aduan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berhubung kenyataan Kassim Ahmad yang disifatkan sebagai menghina Islam dan Nabi Muhammad saw.

Kassim sewaktu dalam Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian anjuran Sahabat Pena Pak Kassim di Yayasan Perdana, Putrajaya pada Ahad lalu didakwa jelas mengeluarkan pandangan bercanggah dengan ajaran Islam.

Beliau mengkritik masyarakat Islam yang dikatakan mendewa-dewakan Nabi Muhammad, menyatakan rambut wanita bukan aurat serta wujud kasta paderi dikalangan ulamak.

Menurut Ketua DUPWP, Ustaz Azhar Yahya, semua pendapat Kassim Ahmad jauh terpesong dan nyata menyesatkan pemikiran ummat Islam daripada memahami Islam yang sebenar malah mendatangkan syak wasangka buruk bukan Islam kepada Islam.

Justeru beliau mahu Jawi menyiasat Kassim di bawah Seksyen dan 8 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas beliau.

"Saya percaya, kenyataan-kenyataan Kassim Ahmad tersebut merupakan satu usaha untuk mengdoktrin pemikiran masyarakat Islam secara salah dan ianya ternyata suatu kesalahan di dalam undang-undang yang telah dikanunkan di negara ini khususnya di Wilayah Persekutuan," kata beliau kepada Harakahdaily selepas menyerahkan surat aduan kepada Ketua Unit Perhubungan Awam Jawi, Mohammad Kori di pejabat Jawi, dekat sini.

Azhar juga berkata, DUPWP yakin kenyataan-kenyataan biadab Kassim pada program tersebut dan di dalam pelbagai media yang diusahakan sendiri olehnya adalah suatu jenayah dan berbahaya kepada Islam, ummatnya dan harus disekat.

"Saya merasa bimbang dengan keselamatan aqidah ummat ini dan khuatir tindakan biadab seumpama ini akan menjadi dorongan kepada pihak-pihak lain untuk mempersenda dan menghina Islam dan institusinya," katanya lagi.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Mohd Noor Mohamad yang turut hadir ke Jawi berkata, DUPWP bersedia untuk berdebat dengan Kassim namun tetap mahu Jawi menyiasat Kassim.

"Pihak kami setuju dengan cadangan sesetengah pihak agar mengadakan debat dengan Kassim Ahmad jika tidak bersutuju dengan pandangan beliau.

"Tapi ini bukan soal perbezaan pendapat tetapi kenyataan yang ternyata menghina Islam dan Nabi Muhammad. Debat satu perkara tapi dalam masa yang sama Jawi perlu menyiasat Kassim," katanya.
Photo

Foto Gambar: http://www.malaysiakini.com/news/254742

http://www.youtube.com/watch?v=eLGTBuHsVO4




Kassim Ahmad Anti Hadis Dipihak Yang Benar Menurut Kata Tun Mahathir... Kah Kah Kah !

Kassim Ahmad Anti Hadis Dipihak Yang Benar Menurut Kata Tun Mahathir... Kah Kah Kah !

Itu lah lu orang beb, kata Kassim Ahmad ANTI HADIS lah... Kassim Ahmad Itu lah Kassim Ahmad Ini lah... sekarang APA MACAM tak pasal-pasal Mantan Presiden
 Umno yang pernah diberi Gelaran sebagai KHALIFAH ALAF BARU terpaksa bersuara. Lu orang lain kali jangan SESEDAP HATI MAK BAPAK lu orang untuk kata yang Kassim Ahmad tu sebagai ANTI HADIS beb, lu orang tak tahu yang Kassim Ahmad bersama Tun Madey telah KHATAM Al-QURAN bersama berpuluh kali beb... kah kah kah !
http://inderasipejuang.blogspot.com/2014/02/kassim-ahmad-anti-hadis-dipihak-yang.html

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena