Saturday, 22 February 2014

Tahniah SGMM! Semua guru tak suka PBS tapi tak ramai yang berani kehadapan...

Ahad, 23 Februari 2014
Tahniah kepada Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM)
Posted on Sunday, February 23 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Tahniah kepada yang berani menyatakan kebenaran walaupun semua guru tak suka PBS tapi tak ramai yang berani kehadapan.

'Himpunan 222: Mansuh PBS' anjuran Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) berjaya diadakan di Bangi walaupun sebilangan hadirin dipercayai guru, hadir secara menyorok-nyorok untuk mengelak sebarang liputan media serta sorotan lensa dan kamera video.

Bertempat di Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi, himpunan yang diadakan bagi membantah pelaksanaan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) pada asalnya dijangkakan berlangsung di perkarangan parkir masjid.

Namun, himpunan itu berlangsung di satu bilik mesyuarat masjid berkenaan dan diadakan dalam format sidang media selama dua jam bermula sekitar jam 2.30 petang.

Majlis yang menarik kehadiran kira-kira 100 orang itu diacarakan bekas guru, Mohd Zai Mustafa yang kini bergerak aktif bersama Majlis Kebajikan dan Pembangunan Pendidikan Malaysia, sebuah pertubuhan yang menurutnya menyelia kira-kira 400 buah sekolah agama rakyat.

Dakwanya, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) ada mengeluarkan arahan agar guru-guru tidak menyertai himpunan tersebut.

"Ada arahan daripada NUTP supaya para pendidik tidak hadir dalam perjumpaan ini," katanya.

Sebilangan hadirin wanita yang duduk di bahagian hujung dewan kelihatan memakai purdah bersama kaca mata hitam, menyukarkan wajah mereka dicam jika majlis petang tadi didokumentasikan oleh pihak kementerian pelajaran.

Pengerusi SGMM, Mohd Nor Izzat Johari, dalam ucapannya turut membuat gesaan kepada polis Cawangan Khas, yang dakwanya turut hadir pada sidang media itu, untuk "memikirkan masa depan anak-anak mereka" yang terkesan akibat pelaksanaan PBS.

Pelaksanaan PBS dikritik sebahagian guru kerana didakwa mengurangkan masa pengajaran dan pembelajaran kerana guru-guru terpaksa menghabiskan banyak masa melakukan tugas memasukkan data bagi penilaian berterusan murid-murid.

Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaannya ditangguhkan sehingga bulan April ini.

Turut hadir memberikan sokongan tadi adalah Anggota Parlimen Serdang, Ong Kian Ming; Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat; Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Amidi Abdul Manan, bekas calon pilihan raya kecil Tenang serta bekas guru, Normala Sudirman, koordinator Jingga 13 dan bekas guru, Fariz Musa; serta aktivis Kempen Anti Saman Ekor (KASE), Zul Hazmi.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena