Perhimpunan itu akan diadakan di Masjid Bandar Baru Bangi,
pada 22 Februari 2014 dan pada pukul 2.22 petang.
Pekeliling larangan berkumpul hanya di Putrajaya sahaja...
Pekeliling larangan berkumpul hanya di Putrajaya sahaja...
Dari kiri, Presiden persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan,Normala Sudirman, pengerusi Penaja Suara Guru Masyarakat Malaysia, Mohd Nor Izzat Mohd Johari dan Abdul Rahman Usman dalam sidang akhbar pengumuman rasmi Himpunan 222 Kezaliman Terhadap Warga Pendidik dan Mansuh PBS oleh SGMM dan PENDIDIK di Bangi Golf and Resort. Gambar FAZRY ISMAIL.
SGMM bukan nak jatuhkan kerajaan
Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) menuntut pihak yang menyebarkan fitnah mengatakan perhimpunan aman pada minggu hadapan adalah untuk menjatuhkan kerajaan serta menggugat Kementerian Pendidikan, memohon maaf sebelum tindakan undang-undang diambil.
SGMM menegaskan pendirian pertubuhan itu bahawa perhimpunan tersebut bertujuan menggesa Kementerian Pendidikan memansuhkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
Pengerusi Penajanya, Mohd. Nor Izzat Mohd. Johari berkata, perjuangan untuk memansuhkan PBS bukan demi kepentingan diri sendiri, sebaliknya bagi masa hadapan anak-anak bakal pemimpin negara.
"Perjuangan kami jelas iaitu mendesak kementerian memansuhkan PBS demi untuk pelajar-pelajar serta guru-guru dan tiada kena-mengena dengan mana-mana parti politik apa entah lagi untuk jatuhkan kerajaan.
"Kepada yang membuat dakwaan tolong jangan putar belit kenyataan sekiranya tidak tahu hujung pangkal. Minta maaf jika tidak mahu sebarang tindakan undang-undang dibuat," katanya pada dalam akhbar mengenai Himpun222:MansuhPBS di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Yang Dipertua Majlis Pegawai Pendidikan Daerah Malaysia (MPPDM), Shafruddin Ali Hussin yang dipetik sebagai berkata, himpunan berkenaan merupakan dakyah pihak tertentu yang mahu menjatuhkan kerajaan dan menggugat Kementerian Pendidikan semata-mata demi kepentingan diri.
Mohd. Izzat berkata, selain dakwaan itu, SGMM turut tidak bersetuju dengan pendapat kononnya mereka pejuang kenaikan gaji guru dan pencadang sistem matrikulasi.
"Kita juga tidak mahu kementerian, terus-terusan memutar belitkan kenyataan berhubung PBS," jelasnya.
Dalam pada itu, Mohd. Izzat menyeru semua warga pendidik, ibu bapa dan pihak-pihak terbabit supaya tidak gusar dengan perkeliling yang dikeluarkan kementerian menghalang mereka menyertai perhimpunan aman itu.
Hal ini kerana, perkeliling itu hanya melarang guru-guru berhimpun di Putrajaya, manakala lokasi perhimpunan telah pun ditukar.
"Saya ingin mengumumkan di sini, Himpun222:MansuhPBS akan diadakan di Masjid Bandar Baru Bangi dan bukan di Putrajaya seperti rancangan awal.
"Himpunan itu nanti bakal disertai oleh 15 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain dan 10 tokoh pendidik negara yang akan memberi penjelasan mengenai kelemahan PBS dan bukan hanya sebagai perhimpunan kosong tanpa tujuan," jelasnya.
Katanya, perhimpunan tersebut dibuat bukan untuk melanggar peraturan perguruan yang telah ditetapkan tetapi merupakan hak mereka sebagai rakyat Malaysia mempunyai hak bersuara.
SGMM menjemput orang ramai dan pegawai-pegawai kementerian, mahupun menteri turut serta dalam perhimpunan itu bagi mendengar suara mereka.
Perhimpunan itu akan diadakan di Masjid Bandar Baru Bagi, pada 22 Februari 2014 dan pada pukul 2.22 petang.
Follow us: @MalaysiaGazette on Twitter | MalaysiaGazette on Facebook
0 comments:
Post a Comment