Sunday, 16 February 2014

Iktibar dari lebuh raya kerajaan Saba'... Tol, derita rakyat semakin bertambah!

Ahad. 16 Februari 2014
Persimpangan bertingkat berkapasiti tinggi antara Lebuhraya Interstate 105 dan 110 di Los Angeles, California, USA

Menariknya, Jambatan Magdeburg merintangi lagi satu sungai besar seolah-olah seperti lebuhraya bertingkat. 

Iktibar dari lebuh raya kerajaan Saba'


Rakyat kononnya digembirakan dengan pengumuman tol yang tidak dinaikkan.

Tetapi sebenarnya ia berita buruk kerana kerajaan terpaksa menggunakan duit rakyat juga untuk membayar pampasan kepada syarikat konsesi.

Ertinya syarikat konsesi tetap untung dan rakyat juga terpaksa menanggung secara tidak langsung.

Bukan sahaja syarikat konsesi untung menerusi pampasan tetapi mereka juga telah mendapat untung berganda daripada servis jalan raya yang melibatkan keperluan rakyat.

Rakyat berhak menuntut bukan sekadar kadar tol tidak dinaikkan tetapi sebaliknya diturunkan dan seterusnya dihapuskan kerana syarikat konsesi telah mengutip laba berganda yang tidak pernah rugi kerana perniagaan jalan bertol ini.

Hal ini kerana perniagaan lebuh raya bertol adalah perniagaan perkhidmatan seperti perkhidmatan telekomunikasi Maxis, Digi, Celcom, Yes4G dan Umobile.

Ia mendatangkan jurang keuntungan yang tinggi. Menurut laporan kewangan 2013 LITRAK BERHAD yang mengendalikan Lebuhraya Damansara - Puchong (LDP) dan SPRINT, profit margin menghampiri 49 peratus.

Menurut Maybank Investment Bank Research, KESAS juga mencapai keuntungan pula mencecah 121 peratus secara cumulative annual growth rate (CAGR) daripada 2008 ke 2012.

Lebih daripada itu, pertambahan pengguna jalan bertol yang semakin meningkat bererti keuntungan yang sentiasa meningkat dan bertambah tanpa risiko kerugian.

Bukan pilihan mewah

Jika sebelum ini rakyat mempunyai alternatif memilih jalan tidak bertol untuk sampai ke destinasi tapi tidak lagi pada hari ini.

Lebuhraya bertol bukan satu pilihan mewah untuk rakyat tetapi adalah satu keperluan bagi mengelakkan kesesakan, menjimatkan masa dan kos penggunaan minyak.

Malah lebuh raya bertol sendiri pun sesak apatah lagi jalan biasa.

Maka bagi satu perniagaan perkhidmatan yang mendapat jumlah pelanggan yang semakin bertambah, bukankah sepatutnya kadar tol semakin dikurangkan?

Dalam keadaan rakyat memerlukan lebuh raya bertol, ada pihak yang mengaut keuntungan berganda. Derita rakyat semakin bertambah. Harga minyak bertambah mahal.

Lebuh raya pula semakin sesak. Kadar harga tol kekal. Syarikat konsesi pula mendapat pampasan keuntungan kerana tidak menaikkan tol. Duit rakyat terpaksa dibelanjakan untuk pampasan.

Atas alasan-alasan tersebut, maka memberi pampasan kerana tidak menaikkan tol hanyalah bertujuan untuk mengayakan golongan tertentu secara melampau atas derita keperluan rakyat.

Perjanjian tak adil

Tol sepatutnya dihapuskan setelah syarikat konsesi mendapat keuntungan berganda daripada perniagaannya.

Perjanjian konsesi membolehkan syarikat memohon kenaikan tol tetapi atas sifat kerajaan yang mempunyai saham majoriti dalam syarikat konsesi, kerajaan boleh mengambil alih syarikat konsesi seterusnya membatalkan perjanjian.

Apapun, perjanjian konsesi yang tidak adil bagi rakyat ini berpunca daripada kegagalan kerajaan BN memperhalusi perjanjian konsesi sehingga merugikan rakyat. Maka kerajaan BN perlu dipertanggungjawabkan oleh rakyat atas ketidaktelitian ini.

Mengimbau sejarah kerajaan Saba' antara nikmat Allah yang dirasai oleh rakyat ialah lebuh raya aman membahagiakan yang menyingkatkan jarak dan masa perjalanan antara Yaman di selatan dan Syam di utara.

Allah berfirman (maksudnya):

"Dan Kami jadikan antara mereka (Yaman) dan negeri-negeri yang Kami limpahkan berkat kepadanya (Syam), beberapa negeri yang muncul dan Kami singkatkan antara negeri-negeri itu (jarak-jarak) perjalanan. Berjalanlah kamu di kota-kota itu pada malam hari dan siang hari dengan dengan aman." (Surah Saba' ayat 18)


DATUK DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI ketua penerangan Dewan Ulama PAS dan ahli Parlimen Kuala Nerus.
Malaysiakini.
Sana'a Dalam Kaca Mata Sejarah
Kerajaan Saba' pimpinan Ratu Balqis
Kota purba ini menjadi saksi bisu kerajaan Balqis dengan berpuluh-puluh istana yang gah terbina di muka bumi Allah ini. Namun, kerajaan yang megah ini akhirnya tunduk pada Kerajaan Allah, Raja segala raja yang berkuasa mutlak. Terdapat satu istana yang masih tersergam indah di pinggir kota Sana'a. Istana tersebut dikatakan milik Kerajaan Saba' pimpinan Ratu Balqis. Kami sempat singgah di kawasan tersebut.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena