Friday, 28 February 2014

BALA UNTUK RAKYAT: Konsesi IPP kepada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sebanyak 25.65 sen setiap kwj

Jumaat, 28 Februari 2014
Photo: TRX master developer 1MDB RE formally invites qualified international and domestic investors to submit proposals for Stage 1 of the project’s strategic development.

More info: http://1mdb.com.my/press-release/trx-inviting-investors-to-become-partners
KUALA LUMPUR: Laporan The Edge berhubung penganugerahan projek jana kuasa tenaga lapangan hijau menggunakan arang batu (Projek 3B) 2,000 MW kepada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menimbulkan pelbagai tanda tanya umum terhadap syarikat kroni yang dibebani hutang berbilion ringgit itu.
Malah keputusan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menganugerahkan projek tersebut kepada 1MDB dipercayai lebih didorong kepada usaha menyelamat syarikat yang kini dibelenggu hutang melebihi RM40 bilion.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dalam satu kenyataan media menyifatkan penganugerahan projek itu sebagai usaha terdesak menyelamatkan syarikat disukai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Menurutnya, sejak 2012, 1MDB meneruskan strategi pemerolehan secara melulu untuk mengambil alih penjana tenaga bebas (IPP) yang kontraknya sudah berakhir pada premium sangat tinggi dengan pinjaman.
Menurut Pua (gambar), 1MDB telah memperoleh Tanjong Energy Sdn Bhd dengan harga RM8.5 bilion, Genting Sanyen (RM2.35 bilion) dan loji jana kuasa Jimah (RM1.2 bilion) membabitkan kos keseluruhan RM12.05 bilion.
“Namun The Edge melaporkan bahawa aliran tunai yang terhasil daripada projek ini digunakan untuk menanggung faedah hutang 1MDB sebanyak RM650 juta.
“Ia tidak memerlukan genius kewangan untuk mengetahui bagaimana mereka membayar balik pinjaman berbilion ringgit,” ujar beliau.
Pua yang juga Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan berkata, projek tenaga misteri itu telah menambah skandal pelaburan 1MDB di Pulau Cayman yang membabitkan pelaburan usahasama dengan PetroSaudi International Limited bernilai US$2.3 bilion (RM7.63 bilion).
“Nampaknya penipuan kewangan menyebabkan KPMG, juruaudit luar 1MDB melepaskan jawatan daripada menandatangani akaun yang tidak dapat disahkan,” katanya.
Beliau kesal kerana pentadbiran Najib seolah-olah merancang menganugerahkan konsesi IPP kepada 1MDB walaupun ia akan menyebabkan kos elektrik naik lebih tinggi hanya kerana mahu menutup defisit besar syarikat tersebut.
Beliau turut menyelar tindakan kerajaan yang langsung tidak mengambil kira bebanan ditanggung rakyat, sekaligus bertentangan dengan slogan ‘Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’.
“Jika tawaran lebih tinggi dipilih, ia hanya mengukuhkan lagi bahawa Najib dan Kabinetnya tidak ikhlas membantu rakyat dan hanya berminat pada keuntungan serta menyelamatkan syarikat berkaitan dengan pentadbiran mereka,” ujarnya.

Ingat DS Najib adalah Pengerusi Lembaga Pengarah 1MDB
1MDB (1Malaysia Development Berhad)

BAHAYA BALA UNTUK RAKYAT ?!?

PM Najib Razak merancang utk menganugerahkan konsesi IPP kpd 1Malaysia Development Bhd (1MDB), walaupun ia akan menyebabkan kos elektrik akan naik lebih tinggi sehingga membebankan rakyat.
Tindakan tersebut diyakini dilakukan Najib hanya kerana mahu menutup defisit besar syarikat tersebut tanpa langsung : mengambil kira bebanan yg akan ditanggung oleh rakyat.

*Untuk mendapatkan projek jana kuasa tenaga (IPP) lapangan hijau menggunakan arang batu (Projek 3B) 2,000 MW itu, 1MDB telah menawarkan harga yg lebih tinggi berbanding 2 syarikat lain termasuk YTL.

Tawaran yg dibuat oleh 1MDB sebanyak 25.65 sen setiap kwj berbanding YTL yg menawarkan 25.23 sen, iaitu perbezaan 0.42 sen lebih tinggi.

Adakah tawaran lebih tinggi yg dipilih? Jika tawaran lebih tinggi yg dipilih bererti RAKYAT NEGARA INI PASTI AKAN BERHADAPAN DENGAN KENAIKAN TARIF ELEKTRIK LAGI.

Ini bererti pentadbiran Najib bukan nak tolong rakyat, tetapi hanya mahu menyelamatkan syarikat yang mempunyai kaitan dengan pentadbirannya sahaja.

Ingat DS Najib adalah Pengerusi Lembaga Pengarah 1MDB)

Kena  tahu DS Najib adalah satu2nya PM di dunia dlm masa sama menjawat jawatan Menteri Kewangan.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena