Monday, 24 February 2014

TPM - 'Saya tak keluar arahan hukum guru anti-PBS' Tapi mengapa pula wujudkan "War Rooms PBS"?

Isnin, 24 Februari 2014

PPD DI ANGGAP LEBIH SUDU DARI KUAH


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memaklumkan bahawa beliau tidak mengeluarkan arahan tindakan tatatertib terhadap guru yang membantah perlaksanaan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Beliau yang juga menteri pelajaran menegaskan arahan tersebut dibuat oleh pejabat pendidikan daerah dan beliau kurang jelas mengapa hukuman tersebut dikeluarkan.

"Saya tidak keluarkan apa-apa arahan atau mengambil tindakan. Kalau adapun ia daripada pentadbiran daerah (pejabat pendidikan daerah).

"Saya tak tahu sebab musabab atau ada fakta lain atau hanya atas sebab mereka menyuarakan ketidakpuasanhati tentang PBS," katanya.

Muhyiddin berkata demikian bagi menjawab soalan pemberita berhubung nasib guru anti-PBS selepas sistem pembelajaran itu ditangguhkan, dalam sidang medianya hari di Kajang.

Dilaporkan Pengerusi Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) Mohd Nor Izzat Mohd Johari mendakwa beliau ditukarkan tempat bertugas serta-merta "tanpa sebab munasabah" melalui surat pertukaran bertarikh 17 Februari.

TPM ulangi pendirian

Guru matapelajaran Pendidikan Seni Visual yang mengajar di Jerantut itu berkata, beliau menerima surat tersebut empat hari kemudiannya, yang ditandatangani pengarah jabatan pendidikan daerah itu.

Mengulas lanjut, Muhyiddin mengulangi pendirian bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sedang berusaha menangani masalah pada sistem itu tanpa berniat menganiaya atau menghalang sesiapa pun untuk bersuara mengenai perkara itu.

"Saya dah buat keputusan, semalam pun media sudah laporkan pendirian saya dan KPM (sedang) menangani masalah itu, kita tak menganiaya sesiapa atau bertindak zalim, tak membenarkan mereka bersuara. boleh bersuara tapi ikut undang-undang dan peraturan pekeliling.

"Bagi saya yang penting kita dalam peringkat menemukan cara baru yang diperbaiki dan kita akan umumkan setelah meneliti semua aspek," katanya.

Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Datuk Dr Khair Mohamad Yusof semalam berkata guru tidak perlu meneruskan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sehingga kenyataan mengenainya dibuat dalam masa terdekat.

Susulan itu, DAP hari ini mendesak kerajaan membatalkan tindakan tatatertib itu ekoran pengumuman tersebut.
Malaysiakini.


Guru tidak perlu teruskan pelaksanaan PBS sehingga diberitahu- Bernama

email
comments
Guru tidak perlu teruskan pelaksanaan PBS sehingga diberitahu
Gambar Fail
KUALA LUMPUR: Guru tidak perlu meneruskan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sehingga kenyataan mengenainya dibuat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam masa terdekat.

Ketua Pengarahnya Datuk Dr Khair Mohamad Yusof dalam satu kenyataan pada Ahad berkata pihaknya akan memaklumkan hasil penelitian dan kajian semula berkaitan PBS setelah Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin berpuas hati dengan penambahbaikan yang dicadangkan.

Katanya penambahbaikan itu mengambil kira dapatan kajian terbaharu KPM, rungutan guru dan mengambil kira pandangan masyarakat termasuk Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM).

"KPM telah mengambil inisiatif meneliti semula pelaksanaannya agar dapat mengurangkan bebanan tugas guru, dengan memfokuskan kepada rombakan perkara yang melibatkan kekerapan guru memasukkan data termasuk pengisian borang perekodan prestasi murid yang boleh membebankan guru," katanya.

Selain itu, antara tidakan yang diambil KPM ialah menubuhkan Jawatankuasa Task force PBS di peringkat kementerian yang akan mengadakan mesyuarat setiap minggu bagi meneliti dan menilai perkembangan setiap tindakan terhadap penelitian PBS.

"War Rooms PBS di peringkat KPM juga diwujudkan untuk menangani isu-isu berbangkit berkaitan pelaksanaan PBS dengan segera dan berkesan termasuk membuat maklum balas segera mengenainya dari masa ke semasa," katanya.

KPM juga sedang melaksanakan usaha penambahbaikan terhadap capaian Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) bagi memastikan guru boleh mengakses sistem itu dengan lebih mudah dan berkesan.

Beliau juga memaklumkan bahawa KPM turut menangguhkan taklimat PBS di peringkat sekolah rendah dan menengah seluruh negara bermula 17 Feb lalu untuk mengelakkan kekeliruan terhadap pelaksanaannya.

KPM juga, katanya, telah mengadakan perbengkelan melibatkan guru termasuk kesatuan-kesatuan guru dalam usaha penelitian dan kajian semula pelaksanaan PBS pada Februari lalu dan hasilnya akan dibentangkan dalam tempoh terdekat.

"Kesemua tindakan itu diambil bagi memastikan setiap elemen pelaksanaan PBS dapat memberikan taksiran secara holistik terhadap murid dan dalam masa sama mengurangkan beban guru yang melaksanakannya," katanya.

Berita mula diterbitkan pada: Februari 24, 2014 09:36 (MYT)

Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/guru-tidak-perlu-teruskan-pelaksanaan-pbs-sehingga-diberitahu-30695?cp


Adakah tindakan menghentikan buat sementara PBS wajar?

email
comments
UNDIAN: Adakah tindakan menghentikan buat sementara PBS wajar?
Gambar Fail
KUALA LUMPUR: Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai  aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani), psikomotor (jasmani) dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Pada tahun 2011, PBS dilaksanakan pada sekolah rendah dan di sekolah menengah 2012.

Bagaimanapun, setelah mendapati banyak aduan daripada para guru, kerajaan telah memutuskan untuk mengkaji semula sistem itu.

Kementerian Pendidikan Malaysia semalam mengumumkan guru tidak perlu meneruskan pelaksanaan sehingga kenyataan mengenainya dibuat dalam masa terdekat.

Hasil penelitian dan kajian semula berkaitan PBS dijangka dimaklumkan setelah Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin berpuas hati dengan penambahbaikan yang dicadangkan.

Adakah tindakan Kementerian sekarang ini untuk menghentikan PBS buat sementara ini wajar?


Adakah tindakan kerajaan menghentikan buat sementara sistem PBS wajar?
VoteView Results

Thank you for voting!
 
 
 
 

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena