Thursday, 27 February 2014

Khianat demokrasi?: Taib Mahmud kosongkan Dun Balingian... 'sekoq pun macai tak komen!'

Khamis, 27 Februari 2014
KUCHING, 27 Feb -- MASIH KUAT... Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud mencuba alat senaman selepas merasmikan Sudut Rekreasi Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.
Turut sama Puan Sri Ragad Kurdi (kanan) dan bakal Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem (kiri).
-- fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA

Gambar malam jumaat - pemimpin BN yang gagah perkasa?..

Tak tau nak komen apa-apa dengan gambar ni,, apakah tujuannya ia sanggup nak menunjukkan tenaga dan kekuatan, apakah sebab bini nya yang masih muda, jadi dia juga mesti gagah dengan boleh mengayuh...Posted by 

Taib Mahmud letak jawatan YB, sekoq pun macai tak komen..!

SHAH ALAM - Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution hari ini secara sinis mempersoalkan tindakan yang diambil terhadap Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud akan meletak jawatan di Dun Balingian, pada 28 Februari ini.

Menurutnya, apabila perkara itu dilakukan oleh Abdul Taib tiada komen dikeluarkan.

"Taib Mahmud kosongkan Dun Balingian untuk menjadi Tuan Yang di-Pertua...khianat demokrasi?

"Bazir wang rakyat buat pilihanraya kecil?

"Kenapa sunyi sepi suara komentar?," katanya dalam laman Twitternya hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan perletakan jawatan Adun Kajang, Lee Chin Cheh telah menerima kritikan hebat daripada pemimpin dan NGO pro-kerajaan.

Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak turut menyifatkan PRK Kajang pada 23 Mac ini adalah pembaziran wang awam oleh PR.

Najib berkata keputusan mengadakan pilihan raya itu hanya sekadar untuk menyelesaikan perebutan kuasa dalam PKR. (SH)/Posted by Kedah Lanie

Taib Mahmud letak jawatan Adun Balingian Jumaat ini

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud (gambar), akan meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Balingain Jumaat ini, lapor akhbar Berita Harian.
Akhbar tersebut memetik Abdul Taib sebagai berkata, notis pengosongan itu sudah diserahkan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar. 
Taib sebelum ini mengumumkan mengenai peletakan jawatannya sebagai Ketua Menteri Sarawak berkuat kuasa 28 Februari dan beliau akan digantikan oleh Tan Sri Adenan Satem.
Dalam sidang akhbar baru-baru ini, Adenan yang ditemani dua anak lelakinya Abdul Aziz, 47, dan Azizul Annuar, 23, turut mengesahkan bahawa pemilihannya sebagai bakal ketua menteri dibuat selepas anggota-anggota Majlis Tertinggi (MT) Parti Pesaka Bumiputera Sarawak (PBB) yang bermesyuarat memberi mandat penuh kepada Taib untuk memilih penggantinya.
"Beliau (Taib) sebenarnya tidak mahu tetapi kami (anggota-anggota MT) memaksa beliau untuk memilih...terima kasihlah kerana beliau memilih saya," katanya.
Menurutnya Taib juga tidak pernah memberitahunya yang beliau akan dilantik sebagai ketua menteri.
Adenan turut mengucapkan terima kasih kepada Menteri Pelancongan dan Pembangunan Perumahan Datuk Amar Abang Haji Johari Tun Openg yang juga Timbalan Presiden PBB dan Menteri Kedua Perancangan Sumber dan Alam Sekitar yang juga Naib Presiden PBB Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan kerana menyokong pelantikan beliau sebagai bakal ketua menteri. - 26 Februari, 2014.TMI 

Taib Mahmud Ada Harta Bernilai RM46 Billion Rupanya..
Benda neh dapat kat TMI.
Baca ;
Satu kajian oleh Bruno Manser Fund (BMF) mendedahkan harta Taib mencecah AS$15 bilion (RM46 billion) dan 20 ahli keluarganya mengumpul harta hampir AS$21 bilion (RM64 bilion).
Pada 16 Februari lalu, BMF yang berpengkalan di Switzerland juga membuat laporan polis ke atas keluarga Taib atas dakwaan penyeludupan balak haram di Kanada, malah PAS juga menggesa SPRM membuka kertas siasatan ke atas ketua menteri tersebut.
BMF berkata, satu laporan polis dibuat kepada Royal Canadian Mounted Police, berdasarkan "bukti baru" yang mendapati wujud kaitan kewangan antara Richfold Investments di Hong Kong dengan Sakto Development Corporation di Ottawa, Kanada.
Sakto Development Corporation adalah sebuah syarikat pemaju jutaan ringgit yang dimiliki oleh anak perempuan Taib, Jamilah Taib Murray.
 Dalam artikel yang sama, mendedahkan bagaimana Taib Mahmud dan anak dia terlibat dalam skandal penyelewengan wang. Bernilai 6.6juta. 

Rujuk ==> http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ngo-dedahkan-taib-mahmud-anak-terlibat-perjanjian-perniagaan-rm6.6-juta

Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2014/02/taib-mahmud-ada-harta-bernilai-rm46.html#ixzz2uXXmH9uZ

...di Switzerland Bruno Manser Fund (BMF) telah menganggarkan aset keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud adalah sebanyak RM64 bilion.
pkrl.blogspot.com

Sarawak ke-3 bilangan rakyat paling miskin di Malaysia.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena