Monday, 17 February 2014

Wang Bantuan Banjir Pun Disapu: Terima Sampul Kosong.... Kena Kapor!

Isnin, 17 Februari 2014

DEMI RM750...Syukur


Penerima wang bantuan banjir kecewa
WARTAWAN SINAR HARIAN
17 Februari 2014

Abdul Shukor menunjukkan laporan polis yang dibuat petang kelmarin

KUANTAN - Seorang penerima wang bantuan banjir kecewa apabila salah satu sampul wang yang diterimanya dalam majlis penyerahan di Dewan Sukpa, kelmarin didakwa kosong.

Abdul Shukor Azid@Aziz, 49 dari Taman Beserah di sini berkata, akibat masalah itu dia gagal mendapatkan RM250 bantuan daripada kerajaan negeri.

Menurutnya, dia tidak menyalahkan sesiapa dalam hal itu bagaimanapun sedikit terkilan kerana aduannya  kepada pegawai yang bertugas semasa majlis penyerahan tiada kata putus.

“Saya ada bertemu pegawai termasuk dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) melaporkan perkara ini namun aduan saya seolah-olah dipandang lewa.

“Saya sendiri tidak pasti saluran untuk mengadu bagi mendapatkan kembali wang itu sehingga ada pihak meminta saya membuat laporan polis bagi memudahkan rujukan pihak berkenaan,” katanya ketika ditemui di pekarangan balai Polis Kuantan di sini, kelmarin.

Abdul Syukor yang bekerja sendiri berkata, ada juga rakan-rakannya mendakwa menerima jumlah wang tidak mencukupi dan perkara itu sepatutnya tidak berlaku.

“Saya minta pihak berkenaan mengambil perhatian perkara ini dengan sewajarnya supaya wang itu dapat diserahkan kepada penerimanya secepat mungkin.

“Perkara ini akan dirujuk kepada MKN Pahang Isnin ini (esok) untuk tindakan dan kami harap wang RM250 itu dapat dikembalikan,” katanya.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena