3 Hari Lagi... #Himpunan222MansuhPBS
Komenter; PBS: Kenapa tidak martabat tokoh pendidikan kita
Zahari Othman · Top Commenter · Universiti Malaya
Ini masalah wujudnya budaya Pak Pandir.Cuba menyelesaiakn sesuatu masalah yg kabur dn akhirnya menghasilkn masalah yg lebih bsr.Jika kita mahu pelajr berfikirn HOT(higher-order thinking) kenapa tidk mulakn dg pendekatan pengajarn kearah tersebut ?Ada pakar tempatn yg pakar dlm bidng ini kenapa tolak proposalnya(sya dn kumpuln penyelidik sya pernah propose utk mngendalikn pendekatn pedagogi yg berasaskn HOT).Kenapa bri tugas itu kpd RECSAM dn lain2 pihak yg tidk apa kepakaran?.Yg kedua kenapa perkenalkn PBS dg keadaan bilangn pelajr dlm 1 kelas ada diantara 40-50 org ?dg silibus yg padat dg kandungn yg banyk .Kenapa bebankn pelajr dg menyuruh mereka beli buku latihn dri pihak swasta dn pelajr bawa beg yg berat dg buku2 ini ?Kenapa tidk latih guru menyediakn soalan utk mengurngkn kos perbelanjaan ibubapa dn pelajr pikut beg mcm tentera nak masuk perng?Tidk perlu PBS cara ini sehinggakn guru hanya kerja menilai(mentaksir)tpi yg ditkasir tidk ada kena mengena dg kemahirn berfikir
- FEB 19, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menyatakan sokongan penuh terhadap himpunan para guru yang bakal diadakan Sabtu ini terhadap sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
“Sistem PBS ini dilihat seolah-olah tidak mempunyai hala tuju yang jelas dan menyebabkan para guru terpaksa membebankan dan menumpukan kerja-kerja teknikal seperti memasukkan penilaian maklumat pelajar secara online sehingga lewat pagi,” kata pengerusinya, Mohd Bukhairy Sofian(gambar) dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Akhirnya, ujar beliau guru-guru tidak lagi dapat menumpukan pengajaran kepada para pelajar kerana menumpukan kerja itu.
Tambahnya, tekanan itu bukan sahaja dirasai oleh guru yang lama telah mengajar,bahkan turut dirasai mahasiswa yang tamat pengajian dan berkhidmat sebagai guru.
Katanya lagi, SMM turut mempersoal mengapa kerajaan mengambil sistem pendidikan yang direka oleh orang luar yang tidak tahu keadaan pendidikan di Malaysia, bahkan memperuntukkan sejumlah yang besar untuk sistem itu.
“Kita patut memartabatkan pemikir-pemikir yang ada dari dalam negara kita untuk membincangkan pendidikan dalam negara sendiri,” ujarnya.
Katanya, keberadaan tokoh-tokoh pendidikan dalam negara harus dimanfaatkan.
“Kita bukan tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan terhadap sistem ini, cuma jangan jadikan pelajar sekolah bahan eksperimen terhadap sistem ini. Ini adalah soal masa depan pelajar,” ujarnya yang juga Naib Presiden Gamis.
Beliau berkata, rundingan dan perbincangan terhadap sistem ini perlu melibatkan semua wakil pihak yang terbabit sama ada kementerian, guru, ibu bapa dan mahasiswa.
Sehubungan itu, ujar beliau SMM menyatakan sokongan dan mengajak mahasiswa dalam bidang apa-apa sahaja termasuk pendidikan dan perguruan untuk terlibat sama di atas himpunan itu dan berharap kerajaan tidak memandang remeh isu PBS demi mendidik generasi yang berguna di masa hadapan.

0 comments:
Post a Comment