Monday, 17 February 2014

HARU hang nie! UNDI DSAI SAMALAH UNDI PRO AMERIKA ... Obama lawat M'sia April Amacam Che Det!

Isnin, 17 Februari 2014


Presiden Amerika Syarikat disahkan akan melawat Malaysia April ini.

Menurut laporan agensi berita AFP, White House dalam satu kenyataan pada Rabu menyebut Malaysia tersenarai sebagai negara yang akan dikunjungi Obama selain selain Jepun, Korea Selatan dan Filipina.

Lawatan dilihat sebahagian dari usaha Obama untuk mengimbangi pengaruh Amerika Syarikat di Asia.

Oktober lalu Obama membatalkan rancangan lawatannya ke rantau ini ekoran masalah politik.

Pembatalan kunjungan itu adalah susulan penutupan operasi kerajaan Amerika Syarikat ekoran krisis pelan kesihatan negara itu dimana Obama mahu berada di dalam negara untuk menyelesaikannya.

Malaysia adalah antara negara yang seharusnya dilawati Obama sebelum ini selain Filipina, selain tidak menghadiri Sidang Kemuncak APEC di Bali, Indonesia dan Sidang Kemucak Asia Eropah (ASEM) di Brunei.

Ketidakhadiran Obama terutamanya dibeberapa persidangan antabangsa serantau dilihat memberi ruang buat presiden China Xi Jinping mempamerkan pengaruh kepimpinan beliau.

Di Malaysia, Obama seharusnya menghadiri Sidang Kemuncak Keusahawanan Global (GES) 2013 di Kuala Lumpur namun telah mewakilkan Setiausaha Negara itu John Kerry.

WASHINGTON 15 April - Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear di sini menghasilkan beberapa "pemenang" dan seorang daripada mereka ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana diberi penghormatan berbincang secara persendirian dengan Presiden Barack Obama, demikian seorang penulis akhbar berpengaruh The Washington Post.

Sehari selepas sidang kemuncak itu berakhir, Al Kamen telah menulis dalam ruangan In The Loop mengenai beberapa pemimpin terpilih daripada kalangan 36 orang ketua kerajaan dari 46 negara yang dijemput oleh Obama ke sidang kemuncak itu dan yang mendapat keistimewaan mengadakan pertemuan dua hala dengan beliau.

''Pemenang pada sidang kemuncak minggu ini mudah dikenal pasti. Mereka adalah pemimpin yang mengadakan perbincangan empat mata dengan Obama, satu bukti mengenai prestij dan kedudukan mereka ini," kata Kamen.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena