Monday, 24 February 2014

[Video] Zaid persoalkan sikap Anwar yang berdiam diri isu saman RM2 juta... Ahli diminta bertenang, serah pada peguam

Selasa, 25 Februari 2014
Published on Apr 21, 2013


Anwar perlu nasihat ahli PKR tarik saman Hadi

Wartawan Sinar Harian

SHAH ALAM - Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menasihat ahli PKR yang menang kes saman RM2 juta terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya menarik balik saman itu.

Calon Bebas yang akan menentang Anwar pada PRK Kajang, Datuk Zaid Ibrahim berkata, jika Ketua Umum PKR itu tidak berbuat demikian, ia hanya akan menyerlahkan keangkuhan PKR terhadap sekutunya, Pas.

“Dari segi moral, tindakan calon PKR di Terengganu (pada PRU13) menyaman Presiden Pas hanya menunjukkan kecelaruan jelas dalam kerjasama parti komponen PR.

"Namun, pada saya, isu ini tidak harus dilihat secara sempit kerana ianya lebih besar, iaitu menunjukkan seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena yang boleh memberi persepsi wujudnya permusuhan serius PKR dengan Pas,” katanya.

Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu memerintahkan Abdul Hadi membayar saman RM2 juta berikutan penghakiman ingkar yang diperolehi calon PKR kerusi Dun Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin.

Abdul Hadi juga diarahkan membayar lima peratus faedah daripada writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan RM1,500 setelah kegagalan memfailkan pembelaan terhadap saman dikemukakan Mohd Shamsul.

Dalam pernyataan tuntutannya, Mohd Shamsul mendakwa ucapan Abdul Hadi dalam satu ceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang, pada 22 April lalu menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon dan pemaju perumahan.

Zaid mempersoalkan sikap Anwar yang berdiam diri dalam isu berkenaan.

“Anwar membiarkan ahli partinya mengemukakan saman terhadap rakan karibnya sendiri? Tidakkah ini mengelirukan rakyat dan penyokong PR?.

“Saya tidak berhasrat mempersoalkan keputusan mahkamah tinggi, namun saya percaya tidak semua perkara harus diselesaikan menerusi saluran undang-undang. Bagaimanapun, sebagai peguam, (saya akui) tiada halangan kepada sesiapa termasuk wakil PKR untuk mengemukakan saman atas kenyataan umum yang dibuat oleh Presiden Pas,” katanya.

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar menyeru kepada seluruh ahli PAS agar bertenang berhubung perintah bayaran RM2 juta dalam penghakiman ingkar terhadap Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, PAS telah mengambil tanggungjawab menyerahkan kes itu kepada pasukan peguam PAS untuk mengambil tindakan sewajarnya.

"Kita telah mengarahkan pasukan peguam untuk mengambil proses perundangan sewajarnya, dan kita yakin peguam kita dapat kendalikan kes ini secara terbaik.

"Seluruh ahli PAS diminta bersabar dan banyakkan munajat agar dipermudahkan urusan peguam dan presiden kita dilindungi olah Allah SWT," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena kepada Harakahdaily.

Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 17 Februari lalu mengarahkan Tuan Guru Abdul Hadi membayar saman RM2 juta dalam penghakiman ingkar yang diperolehi oleh Mohd Shamsul bin Mat Amin, calon PKR DUN Bukit Besi, Terengganu.

Selain itu, Ahli Parlimen Marang itu juga diarahkan membayar 5% faedah dari writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500.

Ini berikutan kegagalan Tuan Guru Abdul Hadi memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Shamsul sebelum ini.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena