Wednesday, 26 February 2014

Adakah Najib tuju pelampau kepada Perkasa? - Free Malaysia Today

Rabu, 26 Februari 2014
Photo: Ke tegal - Ngambika mayuh agi gak pengajar sepiak nyin dianjung sida ngagai menua kitai kitu. Amu... sida magang ke ngempu utai, sida magang ke bempu utai...

P.s: Ka luput aku ketawa meda gamal akih tu. Kasih tudah asuh orang megai banner tu. Udah gak gamal sigi baka orang beli, tambah utai ke ditulis nya beli, ni enda beli agi... beli enggau tai-tai.

***Tu ukai salah bansa tauka pengarap, tu salah sitan ti nyaru mua mensia. Tu salah orang politik... UMNO banchat.

Anang enda SHARE tu ah, ngambika bala bukai bela meda pemeli akih tu, kena merindang malam.

Adakah Najib tuju pelampau kepada Perkasa?

 | February 26, 2014
Najib seperti mulai menyedari bahawa Perkasa lebih menyusahkannya.
Najib RazakPETALING JAYA: Semalam Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan semua pihak tidak seharusnya menggalakkan penyebaran laporan mengenai tindakan kumpulan atau organisasi pelampau yang berkecenderungan menghancurkan kepercayaan antara kaum-kaum di negara ini.
Menurut Perdana Menteri, sekiranya golongan kumpulan pelampau berkenaan tidak diberikan publisiti, golongan itu tidak mendapat perhatian yang mereka ingini dan mereka tidak akan dapat menarik orang lain kepada mereka.
“Anda tahu bahawa apa yang mereka lakukan atau katakan di laman-laman media sosial ternyata salah, jadi mengapa harus kita kongsi pendapat-pendapat sebegitu (dalam) online. Jika kita mahu mengekalkan keharmonian dalam negara kita ini, jangan biarkan penghasut-penghasut ini menguasai kita.
“Lebih baik lagi, janganlah kita cepat menyebarkan insiden-insiden ini kerana itu sudah pasti akan menyebabkan ketakutan dan kebencian. Janganlah kita berikan pihak pelampau ini publisiti yang mereka idamkan,” katanya dalam catatan blog beliau  www.1malaysia.com.my.
Menurut blogger Shahbudin Husin, dalam masa Najib mahu melaksanakan rekonsilasi ini, beliau turut juga juga mengecam golongan pelampau yang dianggapnya hanya mahukan publisiti yang diidam-idamkan bagi melakukan pelbagai tuntutan.
Dalam mana-mana komuniti pun, golongan pelampau ini sentiasa wujud. Di negara kita, baik dalam masyaraka Melayu, Cina mahupun India, kumpulan pelampau ini sentiasa ada.
Tulisnya dalam www.shahbudindotcom.blogspot.com, beliau menulis dari sekian banyak golongan yang boleh dianggap pelampau dan kerap mendapat publisiti, Perkasa yang diterajui oleh Datuk Ibrahim Ali adalah berada di kedudukan paling depan sekali.
“Ini kerana Perkasa bukan saja aktif menuntut macam-macam perkara dan memberi reaksi hampir dalam semua isu termasuk mahu membakar Bible yang mengandungi nama Allah, bahkan Perkasa juga merupakan NGO yang paling banyak mendapat publisiti media,” dakwanya.
Beliau menambah di dalam akhbar Utusan Malaysia misalnya, hampir setiap hari ada saja berita mengenai NGO itu, bahkan akhbar itu seolah-olah hilang serinya jika tiada berita mengenai Perkasa didalamnya.
Sebelum pilihanraya lalu, sementara Najib menjaja dasar 1Malaysia tetapi di masa yang sama beliau juga memberi ruang untuk mendekati kelompok yang boleh dianggap pelampau semata-mata untuk mendapatkan undi.
Bukan saja Perkasa yang didekatinya, malah Dong Ziong dan Hindraf juga cuba dijadikan rakan karib kerajaan, katanya lagi.
Shahbudin berkata bukan saja hubungan baik dengan Dong Ziong tidak menjadi, bahkan ikatan kasih dengan Hindraf juga sudah terlerai.
Perkasa yang dulunya banyak memuji Najib dan kerajaan juga mulai berubah nada sebaik pilihanraya berakhir kerana kecewa dengan kelemahan dan sikap tolak ansur yang keterlaluan oleh kerajaan.
Katanya, Najib seperti mulai menyedari bahawa Perkasa lebih menyusahkannya, bukan saja dalam pelbagai tuntutan dan ugutan mahu membakar Bible, malah terbaru ini NGO itu juga menolak penubuhan Majlis Konsultansi Perpaduan Negara (MKPN) yang diinisiatifkan Najib.
Lebih dari itu, Perkasa turut menubuhkan badan sendiri yang menyerupai MKPN untuk membincangkan isu perpaduan mengikut acuan mereka sendiri.
Shahbudin berkata Perkasa adalah ancaman bukan saja kepada Najib tetapi juga kepada kestabilan pelbagai etnik di negara ini.
Beliau meramalkan jika selama ini Perkasa mendapat dana daripada kerajaan dan publisiti melimpah daripada Utusan khususnya, dengan petunjuk yang diberikan Najib ini, era itu mungkin akan berakhir tidak lama lagi.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena