Saturday, 22 February 2014

CHOP! CHOP! CHEE CHEONG FUN@KAJANG... Ini ‘Kambing Hitam’ UMNO.

Sabtu, 22 Februari 2014
Gambar: CHOP! CHOP! CHEE CHEONG FUN@KAJANG
Pls tag & share.TQ
More here: http://johnnyongcartoons.blogspot.com/
CHOP! CHOP! CHEE CHEONG FUN@KAJANG
Pls tag & share.TQ
More here: http://johnnyongcartoons.blogspot.com/ — bersama Maureen Khoo Phaik Hong dan 22 yang lain.

Saturday, February 22, 2014

Kajang: Ini ‘Kambing Hitam’ UMNO.


Datin Paduka Chew Mei Fun, dan Ketua Pemuda, Datuk Dr Wee Ka Siong, menangis kerana digugurkan, dalam kes sebelum ini?

SHAH ALAM 22 FEB : Pengumuman Barisan Nasional (BN) meletakkan Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun, sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang pada 23 Mac depan mengundang pelbagai reaksi pengundi di beberapa laman sosial.

Dalam laman facebook, pelbagai komen dan reaksi diutarakan dan ada juga menganggap calon MCA itu hanya dijadikan kambing hitam oleh Umno.

Bagi Shamsol Zamri beranggapan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai pengalaman yang lebih sebagai Timbalan Perdana Menteri jika dibandingkan dengan calon BN itu.
Manakala Sius Siarus berkata, BN hanya mencari nahas meletakkan Mei Fun kerana Anwar bukan calang-calang pemimpin.

Bagi Azlan Azhar pula, tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri) yang menjelaskan keputusan itu merupakan peluang untuk memberikan khidmat yang terbaik dianggap ‘janji palsu’.

“Asyik berjanji, macam pilihan raya dulu. Barang semua naik tetapi tiada seorang pemimpin BN yang membantah.
“Kepada pengundi berdaftar di Kajang, pastikan anda semua mengundi pada hari itu jangan biarkan pengundi asing mengundi bagi pihak anda,” katanya.

Sementara itu, pelbagai sokongan juga diberikan kepada Anwar.
Antaranya, bagi Abuadi Mamat berharap rakyat memberi sokongan padu kepada calon PKR itu seterusnya memberikan kemengangan dengan majorit yang lebih besar.

Semalam, Muhyiddin mengumumkan meletakkan Mei Fun sebagai calon dalam sidang media. (SK)

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena