Sod(s) - salib... Z - zakar
Kita Bantai Dot Info shared PAS Selangor's photo.
Nampaknya si Nazri Aziz ini lebih handal dari Majlis Fatwa Kebangsaan..
Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day
Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.
Keterangan/Hujah:
Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.
Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.
Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.
Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.:
من تشبه بقوم فهو منهم
“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”
( Riwayat Abu Daud)
Rasulullah s.a.w. juga bersabda:
من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود
“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Kebanyakan golongan remaja Islam hari meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan- perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.
Sumber: http://www.e-fatwa.gov.my/
Kita Bantai Dot Info shared Suara Rakyat's photo.
Di Sini, Hari Valentine Di Larang
Hari Valentine atau disebut juga Hari Kasih Sayang dirayakan saban tahun pada 14 Februari . Ini adalah hari yang digambarkan banyak orang sebagai masa yang tepat untuk menyatakan kasih sayang kepada seseorang .Hari Valentine kerap dirayakan sepasang muda - mudi sedang jatuh cinta . Namun, hari tersebut juga mempunyai makna lebih luas di antaranya buat menyatakan kasih dengan sesama , baik itu antara pasangan suami dan isteri , ibu bapa dan anak , atau kakak dengan adik .
Beberapa hari sebelum Valentine , biasanya banyak kedai menjual segala perhiasan berkaitan dengan perayaan Hari Kasih Sayang . Sebut saja mawar merah , penganan coklat , sampai cenderamata bertema hati , semua itu biasa ditemui semasa Hari Valentine .Namun , perayaan ini kerap dilarang di beberapa negara dengan majoriti penduduk beragama Islam . Ini lantaran Hari Valentine tidak sesuai dengan ajaran Islam dan menimbulkan banyak kemudaratan .
1. Di Malaysia.
Contohnya, Pelajar SMK Seksyen 9 di Selangor , Malaysia , sempat terkejut ketika pulang sekolah dua hari lalu . Di luar sekolah mereka ada pembahagian risalah berwarna merah jambu .Risalah itu mengandungi tulisan dengan judul Hukum Valentine 's Day . Risalah berwarna merah muda itu diagihkan oleh Jabatan Mufti Selangor sebagai sebahagian daripada kempen untuk melarang kaum muda muslim merayakan Hari Valentine , seperti yang dilaporkan oleh laman asiaone.com , Kamis (13 / 2).
Ketua Penolong Mufti Mat Jais Kamos berkata kempen itu bertujuan memberitahu kaum muda muslim soal peraturan tahun 2006 . Pada peraturan itu kerajaan negeri memfatwakan larangan bagi kaum muda muslim merayakan Hari Kasih Sayang .
"Kami tidak mahu muda - mudi terjebak dalam perayaan Hari Valentine dengan lebih mengutamakan hubungan dua insan ketimbang mencintai ahli keluarga atau kasih sayang antara pasangan suami - isteri , " kata dia .
Banyak pelajar mentertawakan isi tulisan di risalah yang mereka baca .Mereka mengatakan sudah tahu ada larangan itu .
"Saya kira kami semua sudah diberitahu di kelas tentang haramnya merayakan Hari Valentine , " kata Mohd Ibrahim Faiq Hussein , 17 tahun , mengaku tidak pernah merayakan Hari Kasih Sayang .Suhaidi Subeli , 16 tahun , berkata kempen itu akan lebih berkesan jika digelar ceramah membincangkan Hari Valentine ." Risalah itu cukup bermaklumat tapi saya kira pelajar akan memahami lebih jauh jika diadakan ceramah di kelas oleh guru , " kata dia .
Beberapa hari sebelum Valentine , biasanya banyak kedai menjual segala perhiasan berkaitan dengan perayaan Hari Kasih Sayang . Sebut saja mawar merah , penganan coklat , sampai cenderamata bertema hati , semua itu biasa ditemui semasa Hari Valentine .Namun , perayaan ini kerap dilarang di beberapa negara dengan majoriti penduduk beragama Islam . Ini lantaran Hari Valentine tidak sesuai dengan ajaran Islam dan menimbulkan banyak kemudaratan .
1. Di Malaysia.
Ketua Penolong Mufti Mat Jais Kamos berkata kempen itu bertujuan memberitahu kaum muda muslim soal peraturan tahun 2006 . Pada peraturan itu kerajaan negeri memfatwakan larangan bagi kaum muda muslim merayakan Hari Kasih Sayang .
"Kami tidak mahu muda - mudi terjebak dalam perayaan Hari Valentine dengan lebih mengutamakan hubungan dua insan ketimbang mencintai ahli keluarga atau kasih sayang antara pasangan suami - isteri , " kata dia .
Banyak pelajar mentertawakan isi tulisan di risalah yang mereka baca .Mereka mengatakan sudah tahu ada larangan itu .
"Saya kira kami semua sudah diberitahu di kelas tentang haramnya merayakan Hari Valentine , " kata Mohd Ibrahim Faiq Hussein , 17 tahun , mengaku tidak pernah merayakan Hari Kasih Sayang .Suhaidi Subeli , 16 tahun , berkata kempen itu akan lebih berkesan jika digelar ceramah membincangkan Hari Valentine ." Risalah itu cukup bermaklumat tapi saya kira pelajar akan memahami lebih jauh jika diadakan ceramah di kelas oleh guru , " kata dia .
Saturday, February 15, 2014
Pesta Maksiat Malam Hari Kekasih
Seorang lelaki berasal dari Pulau Langkawi (kiri) bersama pasangannya (duduk, kanan) ditahan di oleh penguatkuasa Jaik dalam Ops Kekasih, semalam.
ALOR SETAR - Dua lelaki dari Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor, Perak, ditahan bersama pasangan masing-masing kerana disyaki berkhalwat di dua hotel bajet berasingan, di sini malam kelmarin.
Serbuan sempena Operasi Kekasih (Ops Kekasih) yang dilakukan Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) itu memberi tumpuan di hotel-hotel bajet sekitar bandaraya Alor Setar menjelang Hari Kekasih.
Dalam serbuan pertama di sebuah hotel bajet Jalan Lengcong Barat, Tandop, dekat sini, lelaki berusia 31 tahun dari Langkawi yang juga suami orang itu ditahan dengan mengambil masa kira-kira 40 minit sebelum membuka pintu bilik.
Hasil pemeriksaan penguatkuasa mendapati pasangannya wanita berusia 30 tahun menyembunyikan diri di dalam bilik air.
Penolong Pengarah Undang-undang Syariah Jaik, Sheikh Mohd Roshidi Mohammad berkata, lelaki yang mempunyai dua anak itu memberi alasan tidak melakukan apa-apa perbuatan salah.
“Mereka memberi alasan bertemu untuk berkongsi masalah peribadi selepas saling mengenali empat tahun lalu.
“Ketika diserbu pasang itu berpakaian lengkap dan turut memberi alasan sedang tidur ketika pintu bilik diketuk. Hasil siasatan mendapati mereka tidak mempunyai sebarang hubungan yang sah,” katanya
Sementara itu, dalam satu lagi serbuan di sebuah hotel di Jalan Putra, di sini, Jaik menahan seorang wanita berasal dari Sungai Tiang, Pendang, bersama kekasihnya yang berasal dari Pulau Pangkor.
Ketika diserbu pasangan berkenaan enggan bekerjasama kepada pihak berkuasa dengan memberi pelbagai alasan supaya mereka dilepaskan. Pasang terbabit turut memberi alasan akan berkahwin dalam masa terdekat bagi mengelak daripada ditahan.
Wanita yang bekerja di sebuah hospital swasta dan pasangannya itu, bagaimanapun akur dan menurut perintah penguat kuasa. Mereka dipercayai mendaftar masuk hotel berkenaan beberapa jam sebelum serbuan dilakukan.
Kekasih pasar raya dicekup.
Dalam serbuan berlainan, seorang lelaki memberi alasan untuk menumpang tandas di rumah kekasihnya ketika diserbu penguatkuasa Jaik di sebuah rumah flat, Jalan Kuala Sungai, dekat sini.
Pasangan itu yang juga pekerja sebuah pasar raya besar ditahan dalam keadaan mencurigakan apabila pihak berkuasa mendapati pintu gril dan pintu utama rumah berkenaan dalam keadaan berkunci. Selepas pintu rumah diketuk kira-kira lima minit, seorang wanita berusia awal 20-an membuka pintu. Manakala pasangannya keluar daripada bilik air dalam berseluar jeans tanpa memakai baju.
Hasil soal siasat mendapati mereka tidak mempunyai sebarang ikatan yang sah.
Operasi kurangkan gejala maksiat.
Dalam operasi bermula jam 12 tengah malam hingga jam 4 pagi itu, Jaik berjaya menahan empat pasangan yang masing-masing tidak mempunyai hubungan yang sah.
Operasi yang dianggotai 38 penguatkuasa termasuk anggota Rela Rakan Persatuan Komunikasi dan Keselamatan Melayu Kedah (KMK) memperlihatkan usaha membanteras gejala maksiat pada malam perayaan tertentu berhasil.
Sheikh Mohd Roshidi berkata, selain serbuan di hotel-hotel bajet yang menjadi sarang maksiat, pihaknya turut menerima aduan dan maklumat orang awam mengenai aktiviti tidak bermoral di rumah kediaman.
“Hasil operasi malam ini kita mendapati gejala maksiat di sekitar bandar raya ini semakin berkurangan berbanding tahun-tahun lalu.
“Ini adalah kesan daripada pemantauan dan serbuan yang dilakukan pihak kami dari semasa ke semasa. Bagaimanapun kita akan terus membuat pemantauan supaya kegiatan tidak bermoral diperangi habis-habisan,” katanya.
Menurut beliau, pada operasi yang sama tahun lalu pihaknya berjaya menahan 10 pasangan yang turut membabitkan operasi di hotel-hotel bajet. Beliau berkata, kesemua empat pasangan yang ditahan dalam Ops Kekasih itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Alor Setar untuk diambil keterangan sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Jaik untuk siasatan lanjut.
“Kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 9 (1)(2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Kedah) 1988. Hukuman denda RM2,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya jika didapati bersalah,” katanya. (SH)
Wanita berusia 30 tahun yang juga seorang janda (kiri) dibawa oleh Pegawai Penguatkuasa selepas ditahan berdua-duaan di sebuah hotel bajet, semalam.
Wanita yang juga pekerja hospital swasta disoal siasat selepas ditahan bersama kekasihnya di sebuah hotel dalam Ops Kekasih, semalam.

0 comments:
Post a Comment