Thursday, 20 February 2014

PBS: Kalau tangguh, kenapa taklimat diteruskan? Kelaku Kerajaan yang tidak berubah...

Khamis, 20 Februari 2014



Kepincangan KPM ~ Hampir semua taklimat PBS Tingkatan 3 bagi tahun 2014 selepas 'ditambahbaik' menyatakan bahawa:

Semua penilaian T1 (2012) dan T2 (2012) tidak akan digunapakai bagi T3 (2014).

Kepincangan KPM:

2011-2013: Memberi arahan melalui JUK kepada guru untuk menyimpan Eviden di dalam bilik khas dan semua PBS diWAJIBkan ada eviden. Semua penilaian akan diambilkira untuk PBS T3 2014.

2014: Bukan semua penilaian perlu simpan Eviden dan tak disuruh simpan eviden sebanyak ini. (Rujuk kepada gambar lampiran).

Perubahan arahan ini dibuat dalam tempoh 20 hari (Hujung 2013). Sedangkan PBS dan berjalan sejak 2011 hingga 2013.

Komen Admin:
Anda masih tidak nampak kepincangan KPM?


Mansuh tetap #MansuhPBS
#Himpunan222KPMPutrajaya

Kepincangan KPM ~ Nampaknya ada petanda 'baik' iaitu:

"...PBS akan diteruskan..."

Komen Admin:

Nampaknya TPM memang tidak akan mendengar rintihan dan fakta menyatakan bahawa PBS versi Malaysia adalah gagal!

Mansuh tetap #MansuhPBS!

#Himpunan222MansuhPBS



Kepincangan KPM ~ Apa yang telah Admin jangkakan telah terjadi.

Kecelaruan KPM:
Betapa ramai guru mendapat mesej melalui whatsapp dan fb menyatakan bahawa segala taklimat berkaitan PBS Tingkatan 3 dihentikan serta-merta tanpa surat pekeliling rasmi apabila ianya dipersoal oleh pentadbir sekolah.

Akan tetapi, masih ramai guru terpaksa dikerah serta-merta untuk menghadiri taklimat berkaitan PBS disaat akhir.

Apakah yang sedang berlaku sekarang ini??

Sekejap tangguh, sekejap buat jugak, sekajap berhenti dan sekejap jalan jugak???

Anda nampak kepincangan KPM?

Komen Admin:
Nanti semua guru akan DIPERSALAHKAN dengan ayat:

"...bila masa KPM keluar arahan tangguh segala taklimat PBS ni? Cikgu-cikgu ni pandai2 saja.."


Mansuh tetap #MansuhPBS!

PBS: Kalau tangguh, kenapa taklimat diteruskan?

KUALA LUMPUR: Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) kesal dengan tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia yang tetap meneruskan taklimat berkaitan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), sedangkan Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini mengumumkan penangguhan.

Pengerusi Penaja SGMM, Mohd Nor Izzat Mohd Johari menjelaskan tindakan KPM itu merupakan satu pembaziran kerana PBS sememangnya ada percanggahan berhubung cara pelaksanaannya.

"Saya sekali lagi minta Timbalan Perdana Menteri (TPM) memansuhkan PBS ini serta merta kerana Malaysia memang telah diperakui tidak mampu melaksanakannya mengikut teori sebenar PBS itu sendiri.

"Apa yang dibuat oleh KPM adalah menutup segala kelemahan PBS yang telah saya ajukan. Antaranya pengurangan eviden, pemampatan diskriptor dan mewujudkan peperiksaan berpusat bagi beberapa subjek sahaja.

"Semua ini hanya menutup kelemahan yang telah berlaku pada tahun 2012 dan 2013 semata-mata," jelas beliau kepada Harakahdaily.


Tambahnya, usaha ini bukan menambahbaik PBS tetapi menambahkan lagi kecelaruan tentang pelaksanaan PBS.

Malah dalam tempoh tiga tahun, PBS berubah-ubah sesuka hati.

Mengulas migrasi Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) bersama Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), beliau melahirkan kebimbangan kerana SPS sudah maklum gagal dan lemah.

"Baru-baru ini, semua guru terpaksa memasukkan data murid ke dalam SPS dan diberi tarikh akhir akan tetapi laman web berkenaan gagal berfungsi dengan baik," sambung beliau.

"Adakah SPPBS yang dimigrasi dalam SPS juga akan hadapi masalah yang sama apabila dibuka pada April ini," soal beliau.

Jika berlaku katanya, ianya sudah terlambat untuk semua pihak dan sekaligus menambah bebanan kepada guru yang terpaksa menyiapkan kerja yang telah tertangguh sejak September 2013 sehingga April 2014.

Dalam pada itu, beliau memberitahu 'Himpunan 222: Mansuh PBS' di Bandar Baru Bangi ini adalah kemuncak kepada kebangkitan suara guru dan masyarakat berkaitan permasalahan pendidikan negara sekaligus sebulat suara mahu PBS ini dimansuhkan serta merta.

Beliau berharap agar TPM tidak terlalu mengejar Petunjuk Prestasi Utama (KPI) sebagai Menteri Pendidikan semata-mata tetapi berfikir untuk masa depan generasi akan datang.

THURSDAY, FEBRUARY 20, 2014

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena