Monday, 17 February 2014

Nurul Izzah & Erra - Serikandi & Ratu...'Suara Kita' @ 'Perjuangan'...

Selasa, 18 Februari 2014

SHAH ALAM, 18 Feb -- Pelakon dan Penyanyi Erra Fazira atau Fazira Wan Chek (kanan) ketika hadir ke mahkamah selepas beliau dan pasangannya bekas Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Tv Engku Emran Engku Zainal bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini.
Lafaz cerai dilakukan Engku Emran Engku Zainal di hadapan Hakim Syarie, Mohammad Adib Husain kira-kira pukul 12.50 tengah hari.
Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chik, 40, kelihatan tenang manakala Engku Emran, 39, sebak ketika melakukan lafaz tersebut.
--fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA

Erra Fazira sah cerai talak satu

Posted 2014/02/18 by Ana Ghoib in Berita Terkini
Alamak baru tadi cover pasal kes Nurul Izzah bercerai kini muncul pula Erra Fazira bercerai dan pagi tadi buat promo konsert beliau Suara Kita  di Istana Budaya dengan Ziana dan Awie – Apa pun doa yg terbaik kita cuma boleh membaca sejarah manusia dan melakar sejarah sendiri dan kepada yg Esa jua kita berharap dan kembali – MRM
erra fazira bercerai
SHAH ALAM – Pelakon utama Filem Sembilu, Erra Fazira hari ini sah bercerai talak satu dengan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin di hadapan Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor Mohammad Adib Husin.
Erra Fazira, atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 40, tiba di pekarangan mahkamah bersama teman rapatnya, Umie Aida dan Erma Fatima pada jam 11.45 pagi tadi.
Perkahwinan Erra Fazira ini merupakan perkahwinan kedua baginya selepas bercerai dengan pengarah filem, Yusri KRU. SH

Kes Tuntutan Cerai Secara Baik Nurul Izzah Ditangguh 11 Mac

Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur hari ini menangguhkan tuntutan perceraian secara baik yang difailkan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar (gambar) pada 11 Mac depan.

Nurul Izzah sebelum ini memfailkan tuntutan perceraian dengan suaminya, Raja Ahmad Shahrir di bawah Seksyen 47 (cerai secara baik) Undang-Undang Keluarga Islam 1984.
Nurul Izzah bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah hari ini, sebaliknya hanya suaminya Raja Ahmad Shahrir hadir di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pagi ini bagi mendengar sebutan semula kes tuntutan tersebut.

Raja Ahmad Shahrir tiba berseorangan dengan berpakaian kot kemas kira-kira jam 10.30 pagi dan terus memasuki kamar Mahkamah Rendah Syariah 1.

Peguam Nurul Izzah, Normawaddah Ramli hadir sebagai wakil pihak plaintif.

Kira-kira 15 minit kemudiaan, Raja Ahmad Shahrir bersama peguamnya, Muhamad Nakhaie Ishak keluar daripada kamar selepas mengadakan perbincangan dengan peguam plaintif.

"Kita cuba untuk selesaikan kes ini secara baik, itu sahaja lah," kata peguam, Normawaddah.

Apabila ditanya sama ada kes tuntutan tersebut akan digugurkan, Normawaddah berkata ia masih lagi dalam proses.

"Kita masih lagi dalam proses perbincangan dan cuba selesaikan kes ini secara baik.

"Ia masih dalam proses," katanya lagi.

Normawaddah juga membetulkan laporan sebelum ini mengatakan anak guamnya membuat tuntutan perceraian secara fasakh, sebaliknya tuntutan tersebut dibuat secara baik di bawah Seksyen 47.

"Fasakh adalah perceraian dengan memberikan alasan tertentu, tapi ini adalah cerai secara baik," terang peguamnya lagi membetulkan laporan sebelum ini.

Raja Ahmad Shahrir sejurus itu bergegas ke keretanya dan tidak memberikan sebarang komen.

Hari ini adalah sebutan semula kes tuntutan cerai secara baik yang dibuat oleh Nurul Izzah, 34 ke atas suaminya Raja Ahmad Shahrir, 35 di hadapan Hakim Syarie, Ab Malek Awang selepas sebutan kali pertama pada 22 Januari lalu.

Anak perempuan sulung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan perceraian di bawah Fasakh (untuk membatalkan perkahwinan itu) pada akhir Disember melalui petisyen di Mahkamah Syariah.

Suaminya, Raja Ahmad Shahrir yang dipercayai sudah menerima petisyen itu pada 16 Jan, meminta penangguhan dua minggu sebelum ini berhubung perkara itu bagi menyediakan kesnya.

Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir, berkahwin pada 9 Mei 2003.

Upacara perkahwinan mereka diadakan di kediaman bapa Nurul Izzah, di Bukit Damansara.

Mereka dikurniakan dua cahaya mata seorang puteri berumur 7 tahun dan putera 4 tahun. ~tmi

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena