Friday 14 February 2014

Terkini Mansuh PBS: Boleh berhimpun di Putrajaya... Cikgu tolak PBS bukan Sistem SPPBS

Jumaat, 14 Februari 2014
EwantZz Azhar's photo.
PostPosted: Wed Feb 12, 2014 9:20 am    Post subject: muhiden tak faham,cikgu tolak PBS bukan Sistem SPPBSReply with quote

Nampaknya 'muhideen dan deris jusoh' ni tak faham..sbenonyerr guru2 ni tolak PBS,mereka minta PBS dihapuskan terus dimuka bumi mesia ni sebab tak sesuai dan sgt2 mengelirukan,,tapi dua org tak fahamm dan mintak cikgu2 bersabar sebab sistem ada masalah dan ditangguh sementara..hakikatnya cikgu2 ni bkan tak sabar nak masuk markah tapi tak sabar nak lupuskan PBS..ada banyak versi tajuk keluar,ada yg kata PBS tangguh, PBS dikaji semula tapi hakikatnya yang tangguh sisitem kemasukan markah secara online sahaja..hahaha..
mana mungkin manusia berak tepi jalan mengaku itu taik dia..tunggulah cikgu2 PRU 14,,masa tu la guru2 kita luahkan kekecewaan pada mereka yg banyak merosakan sistem pendidikan kita..sy selaku ibubapa juga terkesan dgn sistem mcm ni...

PostPosted: Wed Feb 12, 2014 9:33 am    Post subject:Reply with quote

Bila aku pi skolah,depa2 cikgu ni ckp band anak takleh habaq lagi, penin kpala aikh..tanya kawan2 yang hak kerja cikgu,depa ckp takleh habaq sebab kementerian mintak cikgu ni jgn kaitakan PBS dgn band dulu,terangkan PBS tu mcm wangi bunga, ya la,,disuruhnya cikgu ckp pasal PBS ni baikk...adoi penin,,anak jd mcm badut,,kelas hujung pn dapat band 6,,ni PBS ni pandai bodoh sama ka?
TranungKite Online





Sayur Kangkung ~ Masih mahu berbincang? Hari ini sudah 15 hari dalam bulan Januari 2014. Apakah jenis perbincangan yang perlu dibuat?

Kata dah siap semua perancangan?
Kata dah siap dalam pelan PPPM 2013-2025?
Kata dah siap perancangan dalam Mesyuarat JKP 4 Ogos 2008?


Sekarang baru nak bincang?
Masa dah suntuk baru nak rangka bincang?


#MansuhPBS!!!
Kita doakan agar Menteri Pendidikan dilembutkan hatinya untuk #memansuhkan #PBS.
Like This Page · November 25, 2013 

[Satu Suara]
Kepada semua rakan2 #seperjuangan. Siapalah "kami" tanpa sokongan 46 000 kalian. Terima kasih semua.
Marilah kita sama2 membaca doa lembutkan hati ini bersama-sama. Kita doakan agar Menteri Pendidikan dilembutkan hatinya untuk #memansuhkan #PBS.


Satu Suara ~ SGMM sudah memaklumkan kepada Balai Polis Putrajaya Persint 7 secara lisan (dicatat oleh anggota polis bertugas) dan disuruh mengisi borang akan tetapi pihak polis enggan memberikan borang.

Kesimpulan:
Boleh berhimpun di Putar
ajaya.
Portal Astro Awani Online:
http://www.astroawani.com/news/show/permit-tidak-diperlukan-untuk-perhimpunan-awam-majlis-peguam-14089

#Himpunan222MansuhPBS
Permit tidak diperlukan untuk perhimpunan awam - Majlis Peguam
Permit tidak diperlukan untuk perhimpunan awam - Majlis Peguam

KUALA LUMPUR: Permit untuk perhimpunan awam tidak lagi diperlukan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA), jelas Majlis Peguam hari ini.

Presidennya, Christopher Leong mengulas laporan memetik pegawai polis mengatakan bahawa perhimpunan oleh Pakatan Rakyat baru-baru ini adalah haram atas dasar bahawa tiada permit.

"Akta Perhimpunan Aman tidak memerlukan penganjur untuk membuat apa-apa permohonan kepada pihak polis untuk mendapatkan permit untuk mengadakan perhimpunan.

“Tujuan keseluruhan Akta ini adalah untuk memastikan hak kebebasan berhimpun dan untuk menghapuskan keperluan untuk permit, " Leong memaklumkan Astro Awani.

Leong menjelaskan bahawa APA hanya memerlukan penganjur memberitahu polis tentang perhimpunan dengan satu notis supaya pihak polis boleh membuat perkiraan yang bersesuaian untuk memudahkan dan memastikan keselamatan untuk para peserta.

"Oleh itu, kekurangan notis atau kelewatan dalam memberi notis kepada polis perhimpunan tidak menjadikan perhimpunan tersebut haram.

Leong berkata, walaupun kekurangan notis, polis masih perlu menyediakan tenaga kerja dan logistik untuk memastikan keselamatan dan acara lancar.

"Jika polis mempunyai sebab-sebab yang baik untuk tidak mengizinkan perhimpunan, maka mereka boleh mendapatkan perintah mahkamah," katanya.

Walau bagaimanapun, Leong berkata, pihak polis mesti meyakinkan mahkamah bahawa terdapat sebab yang baik untuk menafikan orang ramai atau pihak penganjur hak mereka untuk kebebasan berhimpun.

"Sebagai contoh, bahawa terdapat bukti isu-isu keselamatan atau risiko yang pihak polis tidak dapat menangani."

"Perlu diingat bahawa teras atau objektif Akta ini adalah untuk membenarkan perhimpunan, dan polis perlu bertindak untuk memudahkan ia."

Keperluan permit dalam perhimpunan awam di bawah Seksyen 27 Akta Polis 1967, telah dihapuskan selepas pengenalan APA tahun lepas.

Menyentuh mengenai tindakan polis yang menyiasat pemimpin-pemimpin Pakatan di bawah Akta Hasutan, Leong berkata bahawa undang-undang lain boleh digunakan.

"Ia adalah jelas bahawa kerajaan telah mengumumkan bahawa undang-undang hasutan adalah ketinggalan zaman dan ia akan dimansuhkan. Ia benar-benar tidak selaras dengan perbuatan polis sekarang. "akhiri beliau.

Ditanya pendirian Bar mengenai hak orang lain yang tidak berhimpun, Leong berkata: "Demokrasi tidak datang tanpa harga. Kesulitan dari segi kesesakan lalu lintas tidak mengalahkan hak berperlembagaan bersuara dan berhimpun. "

Demo Bantah PBS
Putrajaya - 22 Feb - Sabtu - 2.20 petang

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena