Tuesday, 18 February 2014

Sabah & Sarawak: Prof James Chin - Sentimen keluar Malaysia... UMNO/BN melanggar segala perjanjian!

Selasa, 18 Februari 2014

Seorang ahli akademik hari ini menyatakan terdapatnya peningkatan kecenderungan luar biasa bagi penduduk Sabah dan Sarawak untuk meninggalkan Malaysia kerana berasa negara berusia 50 tahun ini tidak memberi sebarang faedah kepada mereka.

"Sekiranya anda mengadakan perbincangan terbuka dengan penduduk Sarawak dan Sabah, terdapat majoriti yang mahukan dua negeri itu meninggalkan Malaysia. Mereka berasa sejak hari pertama kerajaan persekutuan gagal memenuhi tuntutan, melayan Sabah dan Sarawak sebagai entiti berbeza – tidak seperti yang dijanjikan pada 1963," kata Profesor Universiti Monash Malaysia Profesor Dr James Chin.

Beliau yang merupakan seorang antara panel dalam forum yang dianjurkan Majlis Peguam hari ini mendakwa biarpun ia adalah suara dari akar umbi namun peluang bagi dua negeri tersebut tidak sama dengan pendapat pemimpin politik dan ahli perniagaan elit yang tidak mungkin akan menyokong keputusan tersebut.

Golongan elit Malaysia Timur baik daripada parti pemerintah atau pembangkang dilihat enggan memutuskan hubungan ekonomi yang dibina dengan Semenanjung, katanya.

Biarpun terdapat ketidakpuasan hati ke atas layanan Putrajaya namun bagi golongan elit terutamanya pemimpin Barisan Nasional (BN), mereka hanya akan menuntut lebih banyak kerusi Parlimen untuk Sabah dan Sarawak.

"Sabah dan Sarawak mempunyai demografi dan sejarah berbeza dan kerajaan pemerintah mewujudkan sesuatu yang tidak wujud sebelum ini," kata Chin, seorang ahli sains politik.

Pemisahan dianggap pengkhianatan di bawah undang-undang Malaysia.

"Ahli politik elit tidak mahu tarik diri yang inginkan hanyalah akar umbi Sabah dan Sarawak," katanya. – 16 Februari, 2014.

* UMNO/BN yg melanggar segala perjanjian, jangan salahkan semua semenanjung, di negeri2 pembangkang juga dianaktirikan & org semenanjung pula jgn salahkan Borneo kerana ramai yg masih menyokong BN, kita pun lately ni je baru ramai yg sedar, so sama2lah kita berusaha menyebarkan maklumat demi negara tercinta ini,,jatuhkan UMNO/BN untuk Malaysia yg lebih adil & baik,insyaAllah



Safwan Sham so, ini bermakna BN la punca rakyat Malaysia berpecah


  • Mohamad Firdauss Negeri sabah sarawak pny sumber alam dan galian terbesar malaysia.petroleum,balak,plancongan.tp semua keuntungan tu diserap mentah2 oleh pak taib dan suku2 sakat dia shj.tggu plihanraya ja bru msk kg2 tabur gula2 pd rakyat.media dan propaganda bn main peranan mgaburi mata rkyat2 pdalaman yg kurg celik mklumat.jentera pakatan perlu bkorban msa dan rggit kalau btul2 nk rmpas dua negeri yg kaya dgn sumber ni.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena