Saturday, 22 February 2014

Tragedi 8 remaja lemas - "Shafiq, baliklah nak. Emak rindu sangat ni,"... orang ramai menitiskan air mata sebak.

Ahad, 23 Februari 2014
Gambar Sungai Buloh Kasap

Photo: Saya pernah bawa isu pengorekkan pasir di Sungai Sayong Layang-layang Johor sehingga mengorbankan seorg kanak2 berusia 14 tahun. Saya desak agar Majlis Daerah Kluang semak semula licen pengorekkan pasir berhampiran rumah penduduk. Sekarang berulang semula. Apakah ini dasar rakyat di dahulukan.
Saya pernah bawa isu pengorekkan pasir di Sungai Sayong Layang-layang Johor sehingga mengorbankan seorg kanak2 berusia 14 tahun. Saya desak agar Majlis Daerah Kluang semak semula licen pengorekkan pasir berhampiran rumah penduduk. Sekarang berulang semula. Apakah ini dasar rakyat di dahulukan.
  • Suhaizan Kayat Pemuda PAS desak semua projek pengorekkan pasir sungai dalam kedudukan radias 10km dpd kawasan penduduk hendaklah di hentikan segera sehingga satu kajian khas dibuat untuk menentukan tahap keselamatan projek tersebut.
  • Mahmud Awang Tumpang sedih. Cuma mangsa sudah pasti bukan anak pengusaha dan bukan juga anak yg meluluskan lesen.
  • Sungai Buloh Kasap 4
Gambar 8 Remaja Mati Lemas di Sungai Buloh Kasap, Segamat Johor : Entahlah……tiba-tiba saat menulis laporan berita ini, kalangan kami daripada Berita Semasa terpaksa mengesatkan air mata apabila secara tiba-tiba air mata kami mula berlinangan sedikit demi sedikit.
Ya…Allah. Besarnya dugaan ahli keluarga saat menerima berita kematian anak-anak, adik beradik mereka. Inilah yang dikatakan hidup ini “ibarat pelita, bila-bila masa sahaja boleh padam“. Lambat atau cepat sahaja. Dan inilah juga dikatakan….“asbab”disebalik ajak yang telah menemui 8 remaja ini.
Tengok airnya pun sudah pasti tidak lalu & tiada selera untuk mandi manda di Sungai Boloh Kasap, Segamat Johor. Tetapi 8 remaja mati lemas disebabkan salah seorang rakan mula tergelincir dan….

Kronologi Tragedi 8 Remaja Mati Lemas di Sungai Buloh Kasap, Segamat Johor

  1. 21 Februari 2014 (6 Pagi) : 12 Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Buloh Kasap, Segamat dari Taman Mewah keluar joging berhampiran Sungai Muar, Pekan Buloh Kasap, Segamat
  2. 8:50 pagi : Mereka berhenti di Sungai Muar & 8 daripadanya berhasrat untuk mandi. 4 remaja yang lain menolak kerana tidak tahu berenang
  3. 9:00 pagi : Seorang remaja & 8 remaja jatuh ke sungai akibat tergelincir dari tebing yang runtuh, sementara yang cuba selamatkan sebelum seorang demi seorang mati lemas
  4. 9:48 pagi : Operasi mencari & menyelamat dimulakan
  5. 3:29 petang : Mangsa pertama daripada 8 remaja mati lemas, Mohd Hafzul Daniel Norhashim, 14 berjaya ditemui
  6. 3:41 petang : Mangsa kedua daripada 8 remaja mati lemas, Mohd Zikri zaidi ditemui
  7. 4:22 petang : Mangsa ketiga daripada 8 remaja mati lemas, Nazrul Aminuddin Zamri, 15, ditemui
  8. 11 malam : Operasi mencari & menyelamat melibatkan baki 5 remaja mat lemas di Sungai Buloh Kasap, Segamat Johor berhenti dan bersambung
  9. 22 februari 2014 (7:30 pagi) : Operasi mencari dan menyelamat lima mangsa mati lemas di Sungai Buloh Kasap, Segamat Johor bersambung semula pagi ini..
Kejadian Tragedi 8 Remaja Mati Lemas di Sungai Buloh Kasap, Segamat Johor berpunca daripada pasir jerlus di Sungai Muar dekat Buloh Kasap, yang seolah-olah ‘menyedut’, mangsa apabila terpijak dasar sungai itu.

Senarai Nama 8 Remaja Mati di Sungai Buloh Kasap, Segamat Johor :

  1. MOHD ZATI ZAIDI, 16
  2. MOHD ZAKRI ZAIDI, 14
  3. MOHD SYAFIQ MD SYUKUR,16
  4. MOHD HAFIZUL DANIAL NOR HASYIM, 16
  5. NAZRUL AMIRUDDIN ZAMRI, 14
  6. MOHD NAZRUL BIN ZAINAL, 15
  7. MOHD IZUAN HAKIMI AMIR, 13
  8. MOHD HAFIZUDIN KAMAL, 16
 Sungai Buloh Kasap Segamat
Lombong Sungai Buloh Kasap
Sekolah Menengah Kebangsaan Buloh Kasap
Mati Lemas Segamat

Gambar Tragedi 8 Remaja Mati Lemas di Sungai Buloh Kasap, Segamat Johor. 3 Dijumpai!

Sungai Buloh Kasap 2
Sungai Buloh Kasap 8
GERAKAN menyelamat dan mencari mangsa lemas yang masih belum ditemui di Sungai Muar berhampiran Pekan Buloh Kasap, Segamat, Johor, semalam masih diteruskan hingga ke waktu malam. - UTUSAN/Ishak Rahmad
SEGAMAT 21 Feb. - Hasrat tujuh sahabat untuk menyelamatkan seorang rakan yang lemas selepas tergelincir ketika menyusuri Sungai Muar di Buloh Kasap di sini berakhir dengan tragedi apabila kesemua mereka turut tenggelam dan hilang di dasar sungai.
Dalam kejadian pukul 8.50 pagi itu, tiga daripada mereka, Mohd. Hafizul Daniel Norhisham, 16, Mohd. Zikri Zaidi, 14, dan Mohd. Nazrul Aminuddin Zamri, 16, disahkan meninggal dunia selepas mayat mereka ditemui petang ini.
Lima lagi mangsa, Mohd. Izuan Hakimi Amin, 13, Mohd. Zaki Zaidi, 16, Mohd. Nazreen Zainal, 14, Mohd. Shafiq Shukor dan Mohd. Hafizuddin Kamal, 16, masih belum ditemui sehingga pukul 9 malam ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140222/je_01/Remaja-lemas-3-mati-5-masih-hilang#ixzz2u6SCpEbw
© Utusan Melayu (M) Bhd 

SMK Sekolah Buloh Kasap MATI
SEGAMAT: "Shafiq, baliklah nak. Emak rindu sangat ni," rayu seorang ibu, Mariam Zam, 50-an, ibu kepada Mohd Shafiq Shukor, salah seorang daripada lapan remaja yang lemas di Sungai Muar, Buloh Kasap di sini.

Tindakan Mariam yang menyayat hati di tebing sungai yang meragut nyawa anaknya itu dilihat ketika pasukan mencari dan menyelamat menghadapi kesukaran menemui mayat Shafiq, yang dipercayai berada di dasar sungai.

Suara sayunya itu menyebabkan orang ramai dan keluarga mangsa yang berkumpul di tebing sungai sejak semalam, merasa sebak, lalu menitiskan air mata.

Mariam terpaksa dipapah oleh anggota keluarga ke tebing sungai untuk melihat sendiri kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa.

Tidak lama selepas rayuan sayu Mariam, pasukan mencari dan menyelamat terdiri dari pelbagai agensi berjaya menemui mayat Shafiq, bersama mayat empat lagi rakannya yang hilang sejak semalam itu.
  
Ketika ditemui kemudian, Mariam memberitahu, anak bongsunya itu seorang pendiam dan hanya akan bercakap dengan keluarga tentang perkara-perkara penting sahaja.

Seperti biasa menurutnya, pada pagi semalam anaknya itu keluar bersama rakannya yang lain dan Mariam menyangkakan kesemua mereka ke sekolah untuk kegiatan riadah.

Beliau tidak menjangkakan anak bongsunya itu pergi ke sungai itu bersama rakannya dan bermandi-manda.

"Kebiasaannya, dia jarang bersarapan pagi, tetapi pagi semalam dia membancuh sendiri air Milo sebelum keluar rumah," katanya apabila diajukan soalan tentang tingkah laku anaknya sebelum terlibat dalam tragedi tersebut. – Bernama
Photo: Usrah gabungan dengan pemuda PAS negeri Kedah...
 KUALA LUMPUR: Ekoran kejadian enam orang remaja lemas di Sungai Muar berdekatan Buluh Kasap Segamat Johor, Pemuda PAS Malaysia mengucapkan takziah kepada keluarga anak-anak yang terkorban. Kemalangan ini berpunca daripada aktiviti pengorekan pasir yang menyebabkan dasar sungai menjadi dalam. Biasanya kedalamannya melebihi 20 kaki.

Dalam kenyataan medianya, ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat mendesak langkah-langkah keselamatan dibuat bagi memastikan kawasan tersebut tidak meragut nyawa lagi.

“Saya pernah membawa isu ini ke Majlis Daerah Kluang, dua tahun lalu berikutan kematian seorang kanak-kanak di Sungai Sayong, Layang-layang Johor. Saya pernah mendesak agar langkah-langkah keselamatan perlu di buat untuk mempastikan kawasan projek pengorekan pasir tidak menyebabkan keselamatan anak-anak terjejas.”

“Sungai Sayong Layang-layang Johor telah mengorbankan tiga nyawa kanak-kanak. Hari ini sungai Muar telah mengorban tiga orang lagi manakala lima orang lagi masih hilang. Kita sangat khuatir pada masa akan datang kawasan pengorekan pasir akan mengorbankan lebih banyak nyawa lagi.”

“Setakat ini saya tidak berpuas hati dengan jaminan keselamatan anak-anak di kawasan projek. Saya rasa emosi anak-anak remaja ini terganggu apabila kawasan permainan harian mereka dikacau ganggu oleh projek yang sudah tentunya menguntungkan pihak-pihak tertentu.” Ulas Suhaizan.

Peristiwa di Sungai Muar ini membuktikan bahawa kawasan pengorekan pasir berdekatan kawasan penduduk sangat tidak sesuai. Pemuda PAS Malaysia mendesak kepada pihak Kerajaan agar menghentikan semua projek pengorekan pasir dalam radius 5km daripada penempatan penduduk sehingga satu siasatan berkenaan keselamatan penduduk dibuat.

Pemuda PAS mendesak agar langkah-langkah keselamatan perlu dibuat secara terperinci sebelum kelulusan kawasan pengorekan pasir dibuat.


Sungai Buloh Kasap 6

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena