Showing posts with label Tol. Show all posts
Showing posts with label Tol. Show all posts

Monday, 19 October 2015

Rakyat diTOLolkan oleh KERjaan.! Kenapa pulak Pandikar datang ke Parlimen marah-marah?

Isnin, 19 Oktober 2015

Di sebuah negara yang kaya dgn hasil bumi..

Biar semua NAIK..janji...
Kroni kenyang samun kekayaan negara,
Rakyat diTOLolkan oleh KERAjaan.

Itulah roda kehidupan rakyat MALANGSIA...


2 ahli Parlimen DAP dihalau keluar Dewan Rakyat
OLEH MOHD FARHAN DARWIS
Dua ahli Parlimen DAP – Lim Lip Eng (Segambut) dan Gobind Singh Deo (Puchong) diarah keluar dari persidangan Dewan Rakyat hari ini selepas enggan akur arahan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Oktober, 2015.
Dua ahli Parlimen DAP – Lim Lip Eng (Segambut) dan Gobind Singh Deo (Puchong) diarah keluar dari persidangan Dewan Rakyat hari ini selepas enggan akur arahan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Oktober, 2015. 

Lim direhatkan susulan tindakan beliau yang bangun ketika Dewan sedang membincangkan usul berkenaan Jawatankuasa Pemilihan Parlimen yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Lim dipercayai bangun bagi mempersoalkan usulnya berkenaan kenaikan kadar tol yang ditolak speaker sebelum itu.
Manakala Gobind direhatkan Pandikar apabila beliau bangun mempertahankan tindakan Lim dan mempersoalkan kejujuran speaker serta enggan mendengar arahan memintanya duduk di tempatnya.
Tindakan Pandikar itu kemudiannya mencetuskan kekecohan daripada ahli Parlimen pembangkang yang membantah tindakan tersebut.
"Kecuali sengaja untuk melengahkan mesyuarat, saya tidak nampak alasan lain. Yang Berhormat bercakap mempersoalkan integriti," kata Pandikar merujuk kepada kenyataan Gobind yang mempersoalkan integritinya.
Malah, Pandikar juga berulang kali mengarahkan Gobind meningalkan Dewan apabila beliau masih lagi berdiri dan bercakap meskipun sudah diarahkan keluar.
Pada sidang media di lobi Parlimen selepas itu, kedua-dua ahli Parlimen tersebut mempersoalkan tindakan speaker itu yang bukan sahaja menolak usul, namun mengarahkan mereka keluar Dewan.
Gobind berkata, Speaker sewajarnya memberi penjelasan dan alasan kukuh di sebalik penolakan usul memandangkan ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok juga memberitahu usulnya tidak diterima.
Beliau berkata alasan yang diberikan speaker amat tidak masuk akal kerana menyatakan ada usul lebih penting yang harus disegerakan dan cuma satu usul diterima dalam satu hari.
"Speaker berkata, Dewan menerima usul Teresa. Namun Teresa memberitahu kami, usul beliau juga ditolak. Kerana itu kami mahu speaker mempertimbangkan dan memberikan alasan.
"Kami tidak tahu kenapa beliau (Pandikar) marah-marah. Beliau harus mengawal kemarahan, tidak harus datang ke Parlimen, kemudian marah-marah dan tolak," katanya.
Beliau dan juga Lim turut menggesa speaker menulis surat kepada mereka bagi memberikan penjelasan, bukannya hanya membiarkan mereka membuat andaian.
"Sebagai ahli Parlimen, memang tugas kita untuk bercakap.
"Walaupun betul prosesnya, Speaker mengarahkan untuk diam dan duduk, sebagai speaker kita berpendapat seharusnya ahli Parlimen diberi peluang untuk menjelaskan terdahulu sebelum membuat keputusan," katanya.
Beliau turut berkata tidak mempunyai maklumat sampai bila penggantungan dari sidang Dewan itu berkuatkuasa. – 19 Oktober, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/2-ahli-parlimen-dap-dihalau-keluar-dewan-rakyat#sthash.Jr2zTWOM.dpuf
Read More

Friday, 19 June 2015

[Video] Sekali hisap "nenen" menangis...Rakyat berhak tahu, bukan dirahsiakan

Sabtu, 20 Jun 2015

GST 6% ... BOLASEPAK HARIMAU MALAYA KENA BELASAH DENGAN PALESTIN 6-0.
http://omakkau.blogspot.com/2015/06/gst-6-bolasepak-harimau-malaya-kena.html


Malaysia vs Palestine

Kalah 6.0

Pasukan kita terbaik di dunia..kata menteri.

share
Zahir Akil Ulasan Keputusan Bolasepak Smlm:

"Sengaja Malaysia taknak belasah palestin. Kalau Malaysia belasah palestin apa beza Malaysia dengan Israel."


-DS-




Pas yang dulu bukan Pas yang sekarang..
Dulu berjuang sekarang ___________(isi).

Boleh gitu? Tanya...


#DisiniKitaBermula

KETELUSAN & KETERBUKAAN

Rakyat berhak tahu, bukan dirahsiakan.

Kenyataan penuh http://on.fb.me/1LgswUa
KENYATAAN MEDIA:
PENDEDAHAN KENAIKAN TOL: KERAJAAN PERLU TELUS DAN TERBUKA TERUTAMANYA DASAR YANG MELIBATKAN RAKYAT
Kenyataan demi kenyataan yang dibuat oleh Dato’ Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia sebagai respon terhadap penyebaran maklumat tidak rasmi mengenai perbincangan mesyuarat Kabinet untuk menaikkan kadar tol di beberapa lebuhraya utama adalah amat mendukacitakan.
Pendirian beliau adalah seolah-olah berlakunya kebocoran maklumat kerajaan dan maklumat tersebut dikategorikan sebagai rahsia dan tidak seharusnya diketahui oleh umum.
National Oversight & Whistleblowers (NOW) merasa kesal terhadap kegagalan Perdana Menteri untuk melihat proses pentadbiran dan keputusan atau dasar kerajaan yang berkaitan dengan rakyat perlu dibuat secara telus dan terbuka.
Ini bukanlah kali pertama dasar kerajaan yang dipersoalkan oleh rakyat. Sebagai contoh, rancangan untuk melanjutkan had umur pengeluaran wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerima bantahan yang hebat daripada rakyat. Kerajaan seharusnya mengambil ikhtibar untuk melibatkan pandangan rakyat sebelum membuat keputusan tergesa-gesa yang akhir gagal dilaksanakan atau gagal mencapai matlamat.
Kedua, perbincangan atau keputusan yang melibatkan rakyat tidak wajar diklasifikasikan sebagai rahsia. Apa yang perlu dilakukan adalah sebaliknya iaitu Kerajaan perlu mengadakan rundingan dan perbincangan terbuka agar rakyat faham dan jelas mengenai implikasi pelaksanaan sesuatu keputusan.
Ketiga, kebocoran maklumat ini adalah bukan perbuatan khianat apatah lagi ianya langsung tidak melibatkan isu keselamatan atau mengancam negara. Sebaliknya, tindakan kerajaan membuat keputusan yang mempunyai kesan secara langsung terhadap rakyat tetapi dibuat secara sulit adalah mengkhianati amanah rakyat.
Keempat, tindakan Perdana Menteri menyalahkan penjawat awam sepenuhnya kerana kebocoran maklumat ini adalah amat tidak bertanggungjawab. Ianya seolah-olah ingin menakutkan kakitangan kerajaan daripada berkongsi maklumat yang bermanfaat kepada rakyat dan seterusnya memburukkan nama baik institusi penjawat awam.
Persoalannya, adakah Perdana Menteri begitu yakin bahawa maklumat yang tersebar ini bukan datang daripada kalangan Menteri kabinet sendiri yang mungkin tidak bersetuju dengan beliau atau dengan keputusan menaikkan kadar tol?
Kesimpulannya, kerajaan seharusnya lebih peka dengan kemajuan teknologi dan nilai-nilai keterbukaan yang dituntut oleh rakyat. Rakyat berhak mengetahui proses merangka polisi dan dasar, mempunyai ruang untuk bersuara sebelum mencapai keputusan dan memastikan kerajaan dipertanggungjawabkan dan akauntabiliti perlu dititikberatkan dalam melaksanakan dasar-dasar berkaitan rakyat.
Sekian, terima kasih.
17 JUN 2015
Akmal Nasir
Pengarah
National Oversight and Whistleblowers (NOW)
Read More

Wednesday, 21 January 2015

Kat Felda pun dah ada TOL ke? 'Mat Rempit' dapat bajet RM4 juta daripada Felda!...

Rabu, 21 Januari 2015
ONLY IN MALAYSIA...

Tengoklah sendiri. 'Mat Rempit' dpt bajet RM4 juta..
Macai2 & pendokong UMNO apa dapat !!!

JANGAN LUPA berterima kasih & BERSYUKUR kpd BN. Tanpa BN mat2 rempit tak dapat habuan RM4 juta..

Semoga di masa akan datang ramai2lah jadi MAT REMPIT. Lagi byk mat rempit di M'sia LAGI BANYAK PERUNTUKAN akan disediakan...





Kat felda pun dah ada Tol ke...???....huu


Sapa mau?
Read More

Sunday, 16 February 2014

Iktibar dari lebuh raya kerajaan Saba'... Tol, derita rakyat semakin bertambah!

Ahad. 16 Februari 2014
Persimpangan bertingkat berkapasiti tinggi antara Lebuhraya Interstate 105 dan 110 di Los Angeles, California, USA

Menariknya, Jambatan Magdeburg merintangi lagi satu sungai besar seolah-olah seperti lebuhraya bertingkat. 

Iktibar dari lebuh raya kerajaan Saba'


Rakyat kononnya digembirakan dengan pengumuman tol yang tidak dinaikkan.

Tetapi sebenarnya ia berita buruk kerana kerajaan terpaksa menggunakan duit rakyat juga untuk membayar pampasan kepada syarikat konsesi.

Ertinya syarikat konsesi tetap untung dan rakyat juga terpaksa menanggung secara tidak langsung.

Bukan sahaja syarikat konsesi untung menerusi pampasan tetapi mereka juga telah mendapat untung berganda daripada servis jalan raya yang melibatkan keperluan rakyat.

Rakyat berhak menuntut bukan sekadar kadar tol tidak dinaikkan tetapi sebaliknya diturunkan dan seterusnya dihapuskan kerana syarikat konsesi telah mengutip laba berganda yang tidak pernah rugi kerana perniagaan jalan bertol ini.

Hal ini kerana perniagaan lebuh raya bertol adalah perniagaan perkhidmatan seperti perkhidmatan telekomunikasi Maxis, Digi, Celcom, Yes4G dan Umobile.

Ia mendatangkan jurang keuntungan yang tinggi. Menurut laporan kewangan 2013 LITRAK BERHAD yang mengendalikan Lebuhraya Damansara - Puchong (LDP) dan SPRINT, profit margin menghampiri 49 peratus.

Menurut Maybank Investment Bank Research, KESAS juga mencapai keuntungan pula mencecah 121 peratus secara cumulative annual growth rate (CAGR) daripada 2008 ke 2012.

Lebih daripada itu, pertambahan pengguna jalan bertol yang semakin meningkat bererti keuntungan yang sentiasa meningkat dan bertambah tanpa risiko kerugian.

Bukan pilihan mewah

Jika sebelum ini rakyat mempunyai alternatif memilih jalan tidak bertol untuk sampai ke destinasi tapi tidak lagi pada hari ini.

Lebuhraya bertol bukan satu pilihan mewah untuk rakyat tetapi adalah satu keperluan bagi mengelakkan kesesakan, menjimatkan masa dan kos penggunaan minyak.

Malah lebuh raya bertol sendiri pun sesak apatah lagi jalan biasa.

Maka bagi satu perniagaan perkhidmatan yang mendapat jumlah pelanggan yang semakin bertambah, bukankah sepatutnya kadar tol semakin dikurangkan?

Dalam keadaan rakyat memerlukan lebuh raya bertol, ada pihak yang mengaut keuntungan berganda. Derita rakyat semakin bertambah. Harga minyak bertambah mahal.

Lebuh raya pula semakin sesak. Kadar harga tol kekal. Syarikat konsesi pula mendapat pampasan keuntungan kerana tidak menaikkan tol. Duit rakyat terpaksa dibelanjakan untuk pampasan.

Atas alasan-alasan tersebut, maka memberi pampasan kerana tidak menaikkan tol hanyalah bertujuan untuk mengayakan golongan tertentu secara melampau atas derita keperluan rakyat.

Perjanjian tak adil

Tol sepatutnya dihapuskan setelah syarikat konsesi mendapat keuntungan berganda daripada perniagaannya.

Perjanjian konsesi membolehkan syarikat memohon kenaikan tol tetapi atas sifat kerajaan yang mempunyai saham majoriti dalam syarikat konsesi, kerajaan boleh mengambil alih syarikat konsesi seterusnya membatalkan perjanjian.

Apapun, perjanjian konsesi yang tidak adil bagi rakyat ini berpunca daripada kegagalan kerajaan BN memperhalusi perjanjian konsesi sehingga merugikan rakyat. Maka kerajaan BN perlu dipertanggungjawabkan oleh rakyat atas ketidaktelitian ini.

Mengimbau sejarah kerajaan Saba' antara nikmat Allah yang dirasai oleh rakyat ialah lebuh raya aman membahagiakan yang menyingkatkan jarak dan masa perjalanan antara Yaman di selatan dan Syam di utara.

Allah berfirman (maksudnya):

"Dan Kami jadikan antara mereka (Yaman) dan negeri-negeri yang Kami limpahkan berkat kepadanya (Syam), beberapa negeri yang muncul dan Kami singkatkan antara negeri-negeri itu (jarak-jarak) perjalanan. Berjalanlah kamu di kota-kota itu pada malam hari dan siang hari dengan dengan aman." (Surah Saba' ayat 18)


DATUK DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI ketua penerangan Dewan Ulama PAS dan ahli Parlimen Kuala Nerus.
Malaysiakini.
Sana'a Dalam Kaca Mata Sejarah
Kerajaan Saba' pimpinan Ratu Balqis
Kota purba ini menjadi saksi bisu kerajaan Balqis dengan berpuluh-puluh istana yang gah terbina di muka bumi Allah ini. Namun, kerajaan yang megah ini akhirnya tunduk pada Kerajaan Allah, Raja segala raja yang berkuasa mutlak. Terdapat satu istana yang masih tersergam indah di pinggir kota Sana'a. Istana tersebut dikatakan milik Kerajaan Saba' pimpinan Ratu Balqis. Kami sempat singgah di kawasan tersebut.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena