Showing posts with label Hari Guru. Show all posts
Showing posts with label Hari Guru. Show all posts

Thursday, 15 May 2014

Hari Guru: Wahai cikgu, apa yang mampu kita buat sekarang?

Jumaat, 16 Mei 2014
Photo: Dedikasi Khas ▪ Admin dan seluruh kepimpinan SGMM ingin memohon 'cuti' 24 jam daripada semua bersempena Hari Guru 2014.

Ampun dan maaf daripada kami semua.

Semoga Pendidikan Malaysia akan terus terbela dan nasib seluruh warga guru dibela dengan baik.

'Memartabatkan Pendidikan Negara'
Dedikasi Khas  Admin dan seluruh kepimpinan SGMM ingin memohon 'cuti' 24 jam daripada semua bersempena Hari Guru 2014.
Ampun dan maaf daripada kami semua.
Semoga Pendidikan Malaysia akan terus terbela dan nasib seluruh warga guru dibela dengan baik.
'Memartabatkan Pendidikan Negara'

Photo: HARI GURU 2014
Hari guru paling SEPI.

Kepada semua guru Malaysia, selamat hari guru daripada SGMM.

*SGMM akan 'berehat' sebentar sehingga 16 Mei 2014 bagi memberi laluan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia 'mendapat nafas' mereka.

Sebarang aduan, terus ke dalam inbox SGMM. Terima kasih.


Hari Guru  Page ini masih terus bekerja walaupun hari guru. Harap Maklum.
Mansuh tetap #MansuhPBS!
HARI GURU 2014
Hari guru paling SEPI.
Kepada semua guru Malaysia, selamat hari guru daripada SGMM.
*SGMM akan 'berehat' sebentar sehingga 16 Mei 2014 bagi memberi laluan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia 'mendapat nafas' mereka.

Sebarang aduan, terus ke dalam inbox SGMM. Terima kasih.
Photo: Laaaaa..Laaaaa Laaaa laaaa
Kayuh Basikal Nak Majlis Ilmu Uia Di Dewan Futsal..
Di Masjid Bukan Ada apa Kan.. Ada jkkk Saja..
Isu PBS  Tenggelam pulak laa ISU PBS kali ini lagi. Politik punya hal di Terengganu. Harap Maklum.

ISU PBS akan tenggelam seketika:
1. Isu PRK Kajang
2. Isu MH370
3. Isu Gelombang Politik Ganu

Admin tak kisah sebab ISU PENDIDIKAN tidak berpaut mana-mana tetapi disebabkan media akan lebih memberi tumpuan kepada isu-isu ini, menyebabkan Isu PBS akan 'cold down' seketika.

Betapa tidak pentingnya lebih 300,000 ribu murid Tingkatan 3 tahun 2014.

KPM??
BUANG MASA!!!
MANSUH TETAP #MANSUHPBS!!!
Isu PBS  Format PT3 masih belum ditetapkan tetapi buku PBS Bentuk Baharu sudah siap dicetak. Siap beritahu kegunaan Mulai April 2014 lagi???

BETAPA MURAH PENDIDIKAN DIJAJA???
BETAPA CEPAT SYARIKAT DARIPADA KPM??

ATAU KPM LEMBAB???
BUANG MASA!!!
MANSUH TETAP #MANSUHPBS!

Read More

Saturday, 10 May 2014

Hadiah Hari Guru: Semakin ramai perasan pendidikan negara sedang NAZAK!

Sabtu, 10 Mei 2014
Hadiah Hari Guru
Photo: Kepincangan KPM ▪ Tolong Admin...... SHARE setiap orang dalam page ini. Tolong....

HADIAH HARI GURU 2014!!!

SATU SOKONGAN!
SATU USAHA!
SATU SUARA!

Kepincangan KPM  Tolong Admin...... SHARE setiap orang dalam page ini. Tolong....
HADIAH HARI GURU 2014!!!
SATU SOKONGAN!
SATU USAHA!
SATU SUARA!

Isu Jemputan  Hari persekolahan. Guru-guru yang dijemput tidak bersekolah?

Siapakah yang akan hadiri diwaktu PDP pada hari Jumaat?

Relevankah?

 MMi  Umpama mengajar ketam berjalan ke depan


Isu MMi  Umpama mengajar ketam berjalan ke depan.

Bukti kepincangan KPM yang lansung tidak menghormati dasar yang dibuat oleh mereka sendiri!

Selepas ini, sekolah boleh laksanakan apa jua aktiviti tanpa mengambil kira waktu PDP.

Tahniah KPM!

Sistem Pendidikan Negara Sangat Lemah
30 mins 
 

KBSM, Smartschool, Kluster, Premier, SBT, PBS dan lain-lan...apa dah jadi dan apa akan jadi..kita sama-sama tengok..
 — with Pakatan Rakyat SarawakJebat Pejuang JebatHakim Rakyat and 47 others.

Sistem pendidikan negara gagal, perlu perubahan radikal, kata Ku Li

Bekas Menteri Kewangan, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah berkata sistem pendidikan negara sedia ada sekarang tidak berkesan membentuk negara maju sehingga memerlukan perubahan yang drastik dan radikal.
Selain gagal dalam penilaian antabangsa, pemimpin veteran Umno itu yang juga dikenali sebagai Ku Li mendakwa sistem pendidikan gagal memupuk integrasi kaum serta gagal menghasilkan modal insan berilmu, berprinsip dan mampu berfikir. 
"Kita memerlukan sistem pendidikan yang dikagumi dan diidami; sistem di mana ibu bapa berebut dan berlumba untuk mendapat tempat bagi anak mereka di sekolah awam aliran kebangsaan yang tinggi nilai ekonominya dan sekali gus tidak menghiraukan sistem persekolahan saingan.
"Diharapkan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013 – 2025 mengambil kira pandangan ini dengan maksud untuk melaksanakannya," katanya ketika berucap di majlis penganugerahan Ijazah Doktor Kehormat (Kewangan) Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam, hari ini.
Beliau berkata, sistem pendidikan negara juga gagal membentuk pelajar menguasai komunikasi sehingga kedudukan negara yang dihormati satu waktu dahulu kini terhakis.
Tengku Razaleigh berkata, sistem pendidikan sepatutnya menyumbang kepada keutuhan integrasi kaum tetapi kini polarisasi antara kaum adalah pada tahap yang parah dan mengkhuatirkan.
"Sebagai orang lama yang menyaksikan pahit getir perjalanan panjang Malaysia, saya sangat sedih dengan apa yang berlaku.
"Paling menyedihkan, polarisasi ini juga wujud di institusi pengajian tinggi di mana masyarakatnya terpelajar," katanya.
Beliau berkata, sistem pendidikan negara sangat lemah sehingga mendapat perhatian dunia termasuk laporan Bank Dunia pada Mac lalu mengenai kebimbangan mutu pendidikan rendah serta penilaian menggunakan standard antarabangsa iaitu Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) dan Trend Pembelajaran dalam Sains dan Matematik Antarabangsa (TIMSS) yang turut meletakkan Malaysia di tahap rendah.
"Penting bagi kita menerima penilaian ini dengan terbuka, dengan cara ini proses penambahbaikan akan dapat kita laksanakan secepat mungkin.
"Penerimaan hakikat ini juga boleh melicinkan usaha kita memperbaiki falsafah, pelaksanaan, penyampaian serta penerimaan dan penghayatan sistem tersebut," katanya.
Beliau mendakwa, kelemahan itu menyebabkan pembangunan ekonomi negara semakin ketinggalan berbanding prestasi negara yang dahulunya dianggap lebih ke hadapan daripada Hong Kong Taiwan, Singapura dan Korea Selatan.
Katanya, pada 1980 pendapatan per kapita Korea Selatan adalah AS$2,322 dan lebih rendah daripada Malaysia pada kadar AS$2,351.
Tetapi hari ini, katanya, pendapatan per kapita Korea Selatan lebih handal dengan AS$24,328 dan dua kali lebih besar daripada negara pada kadar AS$10,547.
"Soalnya apakah kehebatan tindakan mereka dan di manakah salahnya kita dalam usaha membangunkan negara masing-masing.
"Kiranya kita jujur dalam menjawab soalan ini mungkin kita dapat menghasilkan pendekatan lebih berkesan untuk membangunkan negara demi kebaikan kita semua, terutama generasi akan datang," katanya.
Beliau turut membidas persepsi masyarakat akan hilang jati diri jika menggunakan bahasa Inggeris sebagai 'lingua franca', sebaliknya mengingatkan negara akan ketinggalan dan terus terpinggir daripada arus globalisasi jika tidak menguasainya.
"Usahlah kita berbalah mengenai isu bahasa. Tidak hilangnya identiti, budaya dan adat resam kita seandainya kita menguasai lebih banyak bahasa.
"Malah penghayatan budaya dan adat resam kita akan lebih melangkaui sekiranya masyarakat kita menguasai bahasa global ini," katanya. – 10 Mei, 2014. TMI.
Read More

Thursday, 16 May 2013

Selamat Hari Guru 2013 Dari Dewan Ulamak PAS & Sistem bidang tugas lemahkan peranan guru...

Khamis, 15 Mei 2013
Selamat Hari Guru 2013 Dari Dewan Ulamak PAS


Sistem bidang tugas lemahkan peranan guru


KUALA LUMPUR: Peranan guru begitu besar dalam mendidik generasi demi masa depan yang cemerlang, namun peranan guru hari ini sedang dilemahkan oleh sistem dengan bidang tugas yang terlalu berat dan tidak menentu.

Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik (gambar) berkata, orientasi baru yang dibebankan kepada guru pada hari ini antaranya pelaksanaan sistem Peperiksaan Berasaskan Sekolah (PBS) melemahkan peranan guru sebagai pendidik, pembinaan akhlak pelajar dan pembantu kepada masyarakat.

Malah katanya, guru akan menjadi pekerja dan robot yang mesti melaksanakan tugas sedangkan matlamat guru yang lebih besar bukanlah semata-mata untuk mencapai kecemerlangan akademik.

Oleh yang demikian, beliau  dipetik laman rasmi PAS, menyeru supaya pihak-pihak yang berkenaan mengkaji semula sistem peperiksaan tersebut bagi memastikan peranan asas guru sebagai pembina syaksiah dan intelek terpelihara.

"Beban tugas tidak menentu dan terlalu berat dalam Peperiksaan Berasaskan Sekolah (PBS) menjadi suatu tanda tanya, sejauh mana keupayaan pihak kerajaan menanganinya dengan prasarana yang begitu lemah di semua peringkat dan juga dengan maklumat yang begitu 'detail' (terperinci)," katanya dalam sidang media selepas  majlis makan malam bersama bekas-bekas guru di Kuala Terengganu, meraikan sambutan Hari Guru yang disambut di seluruh negara pada hari ini.

Beliau juga menegaskan, Hari Guru adalah hari kebanggaan buat semua kerana jasa dan pengorbanan yang dilakukan oleh para guru sebagaimana contoh yang ditunjukkan oleh guru yang paling agung, iaitu Nabi Muhammad SAW.

"Rasulullah SAW adalah tokoh yang paling agung di kalangan para guru, yang mempunyai contoh terbaik untuk diikuti oleh semua manusia,"ujarnya.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Ahli Parlimen Kuala Nerus yang juga Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr. Ustaz Khairuddin Aman Razali, Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu Ustaz Abu Bakar Abdullah dan Pengerusi Lajnah Pendidikan yang juga Bendahari PAS Terengganu, Cikgu M. Shukrimun Shamsuddin.
Harakahdaily.
Photo: Tawaran Pakatan Rakyat di screen besar berdekatan jusco Ipoh..
Photo: Gambar beberapa pimpinan PAS Perak, Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar,Timbalan Pesuruhjaya 1 Dato' Seri  Mohammad Nizar Jamaluddin, Timbalan Pesuruhjaya 3 Haji  Razman Zakaria Pengarah Pilihanraya PAS Perak Hj Asmuni Awi, Ketua Pemuda PAS Perak Ustaz Zawawi Abu Hassan, Ya Allah kurniakan kemenangan dariMU buat kami di Perak agar kami dapat mentadbir negeri dan rakyat negeri ini mengikut acuan dan perintahMU, kerna kami sedar hidup ini sementara oleh itu kami berjanji akan berjuang hingga ke akhir hayat demi perjuangan Islam ini, moga kami beroleh nikmat mati sebagai syuhada'. Ameen. p/s: inilah kekuatan yang ada kepada pimpinan PAS, segala yg dilakukan mesti meletakkan Allah SWT sebagai matlamat.

"Share dan Like tanda sokongan kepada PAS Perak"
Read More

Wednesday, 15 May 2013

Dinsman: Sajak Untuk Tok Guru & Usman Awang: Guru Oh Guru - Hari Guru 16 Mei

Rabu, 15 Mei 2013



Mazha 2010

Tema Hari Guru 2013 :  GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA

Guru Oh Guru

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979
Kami Guru Malaysia


selamat-hari-guru1
 by Ana Ghoib
Photo: Tawaran Pakatan Rakyat di screen besar berdekatan jusco Ipoh..
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena