Showing posts with label GERAKAN SELAMATKAN MALAYSIA. Show all posts
Showing posts with label GERAKAN SELAMATKAN MALAYSIA. Show all posts

Friday, 22 April 2016

Gerakan Selamatkan Malaysia...Aktivis akar umbi Kelantan ikrar bersama Husam.

Sabtu, 22 April 2016

Aktivis akar umbi Kelantan ikrar bersama Husam

Husam menerima watikah ikrar daripada Hisham.Husam menerima watikah ikrar daripada Hisham.
Gerakan Selamatkan Malaysia dijangka semakin rancak di Kelantan apabila lebih seratus aktivis akar umbi berikrar bersama Adun Salor Datuk Husam Musa untuk bergabung tenaga menjayakan aspirasi rakyat itu.
Peguam Hisham Fauzi yang mengetuai kumpulan itu menyerahkan watikah ikrar kepada Husam selepas majlis tersebut di dewan sebuah pertubuhan sukarela di Kubang Kerian malam tadi.
"Rakyat Kelantan tidak akan berpeluk tubuh dalam menghadapi apa saja gerakan untuk menyelamatkan rakyat dan negara," kata beliau di majlis itu.
Mesyuarat panitia Gerakan Selamatkan Malaysia peringkat Kelantan dipengerusikan Husam.Mesyuarat panitia Gerakan Selamatkan Malaysia peringkat Kelantan dipengerusikan Husam.Husam ketika berucap  kepada pemimpin dari pelbagai latar belakang politik dan ideologi itu mahu semua rakyat dilibatkan dalam usaha tersebut sehingga gerakan itu benar-benar berjaya.
"Untuk Kelantan sahaja kita kena pastikan sekurang-kurangnya 100,000 rakyat menurunkan tanda tangan untuk Deklarasi Rakyat ini," katanya
Majlis yang turut dihadiri Ketua Majlis Pimpinan Negeri PKR Kelantan menyaksikan gabungan menyeluruh pemimpin pelbagai parti dan NGO.
"Saya bersyukur malam ini kita dapat lihat pemimpin akar umbi Pas, Umno, PKR, Amanah dan yang tidak berparti dapat duduk bersama demi rakyat," katanya.
Beliau mahu borang Deklarasi Rakyat diedarkan di pasar-pasar, pasar malam, surau, masjid, kedai kopi, pasaraya dan stadium.
"Jika kekuatan seperti yang ada ini digerakkan dengan serius kita akan menghantar suara rakyat kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 9 Mei depan dengan yakin," ujarnya.
Pada majlis itu turut dimaklumkan program Jelajah Tun Mahathir yang bakal berada di Kelantan pada 4 Mei depan.
Husam berharap jawatankuasa yang dlantik untuk menguruskan acara ini bekerja tanpa henti untuk memastikan program tersebut berjalan dengan penuh tertib dan mencapai matlamatnya.
MALAYSIADATELINE.
Read More

Sunday, 27 March 2016

[Video] #undurnajib Kongres Rakyat 2016 - Presiden AMANAH Mat Sabu's Speech ~ GERAKAN SELAMATKAN MALAYSIA

Isnin, 28 Mac 2016


"Saya dua kali ditahan di bawah ISA di bawah regim Tun M yang berkuasa selama 22 tahun...tapi berkata benarlah di hadapan pemimpin yang zalim bukannya berkata benar di hadapan pm yang pencen itu bukan jantan namanya..
Orang Melayu sekarang di kampung2 catu makanan kerana tidak ada duit...
Najib kena berundur ..jangan lari keluar negara..!
Najib mesti berundur negara mesti buat reform.."- Haji Muhammad Sabu
Kongres Rakyat Selamatkan Msia
#undurnajib



"Nak buat apa semua tanya Singapura..kita negara merdeka..negeri besaq cet pon takut...
Najib bagi Br1m sebab nak jadi popular ambik duit kerajaan duit rakyat beli undi.
Najib jadikan Cash is king...duit jadi raja.. tak sembah raja dok suruh rakyat sembah duit.
Shahrir ngaku terima RM1 juta dari Najib..yang lain tak cakap la tapi dapat jugak...
Saya seorang yang bersangka buruk kat orang...kalau senyap tu makan dedak la.
Makan dedak ni baru sama dengan menatang..
Takkan la kalau kat orang boleh bagi duit tak ambik untuk diri sendiri
Hanya dengan ada duit RM2.6Bilion dalam akaun PM sudah jadi satu kesalahan." - Tun M
Kongres Rakyat Selamatkan Msia
#undurnajib

"Saya tidak pernah bermimpi untuk duduk di sebelah Lim Kit Siang seperti hari ni..
Rakyat masih terpinga2 kerana kes 1MDB tidak diberikan penjelasan yang sebenarnya.
Deklarasi Rakyat mesti diteruskan mereka tidak berani cabar Deklarasi Rakyat kerana mereka tahu apa yang terkandung dalam DR adalah yang benar ...
Permasalahan yg timbul hari ni berpunca daripada PM dan Najib Razak kena berundur..
Lebih cepat dia turun lebih baik untuk negara kita "- Muhyiddin Yaasin bekas TPM
Kongres Rakyat Selamatkan Msia

Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena