Showing posts with label Johor Bahru. Show all posts
Showing posts with label Johor Bahru. Show all posts

Friday, 11 July 2014

"Johor Bahru akan jadi macam SINGAPURA? Singapura pula simpati Israel!

Jumaat, 11 julai 2014

HIDUP MELAYOO !!! HIDUP UMNO !!! 

Mana PERKASA,ISMA, PEKIDA dan lain lain NGO yg sewaktu dgnnya???

Ini semua angkara pemerintah kerajaan DAP-Johor kah??



Singapura lebih simpati Israel, kerajaan minta serangan kepada Israel dihentikan


Serangan di Gaza yang telah meragut nyawa lebih 100 orang setakat ini - Foto AFP

SINGAPURA: Sokongan rakyat Singapura terhadap penduduk Gaza yang kini sedang berdepan serangan ganas tentera rejim Zionis dilaporkan semakin meningkat biarpun kenyataan rasmi kerajaan republik itu dilihat agak memihak kepada Israel.

Sebuah laman Facebook yang diberi nama Singaporeans Stand With Palestine yang dibuka pada 2010 mencatatkan peningkatan sehingga 10,000 pendukung yang baru minggu ini saja, lapor Yahoo! News.

Kementerian Luar Singapura dalam satu kenyataan pada Khamis menyuarakan kebimbangannya terhadap keganasan yang meningkat dan meminta "serangan roket ke atas Israel mesti dihentikan serta merta."

Kenyataan itu juga menyeru Israel untuk "sedaya upaya menahan diri' bagi mengelakkan korban nyawa yang tidak berdosa.

"Semua pihak mesti segera mencari jalan untuk mengendurkan keadaan, berusaha ke arah gencatan senjata dan memastikan keselamatan semua orang awam," kata kenyataan itu seperti disiarkan oleh The Straits Times.

Kenyataan rasmi republik itu dipersoalkan oleh sesetengah rakyatnya sendiri serta warga Malaysia dan Indonesia di jaringan media sosial. Mereka mempertikaikan kenapa Singapura tidak meminta Israel menghentikan serangan ke atas Gaza.


Beberapa pengguna jaringan Facebook juga memuat naik rakaman imej daripada siaran berita televisyen di saluran Suria yang melaporkan kenyataan Kementerian Luar itu.

Mereka mempersoalkan nada kenyataan tersebut. Komen-komen mereka jelas membayangkan rasa kurang senang dengan gaya laporan saluran televisyen berbahasa Melayu itu.

Singapura mempunyai hubungan diplomatik serta jalinan kerjasama perdagangan dan ketenteraan dengan Israel.
Neutral News
Read More

Thursday, 16 May 2013

*Video Inside Blackout 515 - Ulu Tiram Johor Bahru...

Khamis, 15 Mei 2013
Blackout 515 :- Ulu Tiram, Johor Bahru




Mohd Syed Faridzul
Posted Syed Dzul

Ribuan hadir terdiri dari pelbagai kaum menanti penuh sabar Anwar Ibrahim walaupun dalam keadaan hujan. Himpunan Tolak Penipuan PRU13 di Taman Putri Wangsa,Ulu Tiram,Johor Bahru,Johor .

Segalanya berjalan lancar dan berlangsung dengan jayanya malam tadi.Tahniah diucapkan kepada Anwar Ibrahim dan semua pemimpin Pakatan Rakyat.

Rakyat dari semua lapisan masyarakat bersatu menolak penipuan pilihanraya.





Dicatat oleh A-I-B di 11:09 PTG


SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT JOHOR
Himpunan #Black 505 Johor Bahru
Tarikh : Rabu 15 Mei 2013
Masa : 8 malam
Lokasi : No 28, Jalan Beladau 19,
Taman Puteri Wangsa,
Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi
(berdekatan Puteri Mart)


Posted by copy and posted by maemahi
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena