Showing posts with label Karpal Singh. Show all posts
Showing posts with label Karpal Singh. Show all posts

Saturday, 19 April 2014

Satu pergi sepuluh mari "JANGAN MAIN-MAIN, SINGH IS KING" - Cucu mendiang KS

Ahad, 20 April 2014

SATU PERGI SEPULUH MARI. "JANGAN MAIN-MAIN, SINGH IS KING" KATA CUCU KARPAL SINGH.


Kenyataan di bawah disedut khas sepenuhnya dari Malaysian Insider untuk direkod sebagai catatan sejarah blog ini. Catatan ini adalah untuk rujukan mungkin 10 atau 20 tahun yang akan datang.
Pada ketika itu mungkin evolusi dunia blogspera sudah berubah bentuk dan arusnya.
Walauapapun perubahan tetapi yang pasti dan tetap tidak berubah ialah catatan isi kandungannya dan semangatnya.
Bukan sahaja disegani di kalangan orang ramai, pemergian Karpal Singh memberi kesan mendalam kepada 11 cucu yang ditinggalkannya, mereka bercita-cita untuk mengikut jejak datuk mereka menjadi "Harimau Jelutong".
Semua cucu mendiang berkumpul di ruang sidang media yang disediakan, cucu Karpal paling tua berusia 11 tahun, Aashay Singh Deo menyifatkan datuknya sebagai inspirasi kepada mereka.
"Kami mahu jadi seperti datuk, jadi Harimau Jelutong," kata Aakshay, anak sulung kepada Jagdeep Singh Deo, yang juga Ahli Undangan Negeri (Adun) Datuk Keramat, Pulau Pinang.
Cucu Karpal kemudian menunjukkan kad yang tertulis kata-kata penghargaan kepada datuk mereka, antaranya tertulis "Kami akan rindu kamu", "Jangan main-main", "Singh is king" dan "Kami semua akan jadi harimau seperti kamu".
Orang ramai tidak putus-putus menziarah untuk melihat buat kali terakhir "Harimau Jelutong", jambangan bunga tanda peringatan memenuhi kediaman ahli politik disegani ramai mendiang Karpal Singh.
Walaupun masa untuk melawat bermula pada jam 11 pagi, orang ramai mula membanjiri rumah ahli politik veteran DAP tersebut seawal jam 8 pagi. Khemah dipasang di luar rumah Karpal di Jalan Utama penuh dengan masyarakat berbilang kaum menunggu giliran untuk melihat peguam yang digeruni lawan dan rakan tersebut, sementara sukarelawan sibuk mengawal lalu lintas bagi mengelak kesesakan. 
Anak Karpal, Gobind Singh Deo mempelawa orang ramai untuk masuk melawat bapanya dan selepas itu mengadakan sidang media ringkas bagi meraikan tetamu yang datang.
"Bapa sering menjadi pembela kami," kata Gobind mengimbau kembali zaman kanak-kanak bersama bapanya. 
Segenap masyarakat tidak kira agama dan bangsa meratapi pemergian Ahli Parlimen Bukit Gelugor tersebut, pemimpin Katolik Ketua Uskup Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam, yang juga rakan satu sekolah menyifatkan Karpal sebagai seorang yang hebat. 
"Kami kenal sejak zaman persekolahan. Beliau seorang insan yang hebat dan memang perlu menghargai individu sebegini," kata beliau yang bersekolah bersama mendiang di St Xavier, Pulau Pinang. 
Mendiang meningalkan legasi sebagai seorang yang tegas dan berprinsip, serta ada juga tidak pihak yang menyenangi pendirian beliau khususnya dalam soal Perlembagaan negara. Perbezaan pendapat bukan alasan untuk lawan bermusuh dengan mendiang, malah Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob yang sering bertegas mengenai hukum hudud juga menziarah dan memberikan penghormatan terakhir kepada Karpal. 
Mendiang Karpal sering berbeza pendapat dengan pelaksanaan undang-undang Islam tersebut memandangkan bertentangan dengan Perlembagaan negara. 
"Kita kehilangan pejuang yang aktif perjuangkan keadilan rakyat," kata Ahmad yang tiba sekitar jam 1 tengahari di kediaman mendiang. 
Cuaca yang mendung memudahkan orang ramai untuk menziarah, malah satu kawasan lapang letak kereta berhampiran rumah mendiang memudahkan mereka yang melawatinya. Pelawat juga disediakan dengan minuman sekiranya kering tekak menunggu giliran untuk melawat. Ramai juga yang juga datang jauh untuk memberikan penghormatan terakhir, beberapa rakan wartawan dan aktivis juga tidak melepaskan peluang untuk menziarah mendiang.
Tokoh pertubuhan bukan kerajaan, Bersih 2.0 yang mendesak pilihan raya adil, Datuk Ambiga Sreenevasan juga hadir bagi memberi penghormatan terakhir. Ambiga yang juga seorang peguam bertolak dari Kuala Lumpur dengan menaiki kapal terbang dan terserempak dengan rakan-rakan peguam lain yang juga pergi untuk menziarah mendiang. 
Isteri ketua pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba sekitar jam 3 petang untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Karpal yang juga peguambela kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berdepan hukuman penjara selepas disabitkan bersalah dalam kes Liwat II. Dr Wan Azizah terharu dengan mendiang yang jujur membantu dan menjadi peguam kepada Anwar. 
"Mendiang tidak pernah meminta satu sen pun daripada kami," kata Dr Wan Azizah yang sedih mengesat air mata. 
Pemimpin PAS, Datuk Mahfuz Omar yang merupakan rakan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1987 juga hadir melawat mendiang.
"Beliau adalah rakan tahanan saya semasa Operasi Lalang pada 1987. "Saya masih teringat ketika isteri mendiang membawa bekalan makanan dan kami berkongsi sama makanan," kata Mahfuz.
Pukul 11 malam adalah waktu terakhir untuk orang ramai memberikan penghormatan terakhir, bagaimanapun pada jam 8 malam orang ramai masih lagi beratur panjang di bawah hujan renyai-renyai membasahi kediaman Karpal.
Karpal, 73, terbunuh dalam kemalangan pada Khamis lalu kira-kira jam 1 pagi di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Kampar, Perak apabila kenderaan Toyota Alphard beliau melanggar sebuah lori. Pembantu peribadi Karpal, Michael Cornelius Selvam Vellu turut meninggal dunia dalam kemalangan itu, manakala anaknya Ramkarpal dan pemandu terselamat dengan kecederaan kecil. 
Sejak Khamis lalu, ribuan orang melawat rumahnya di Pulau Pinang untuk memberi penghormatan terakhir kepada orang yang dianggap pelbagai pihak sebagai salah seorang daripada ahli politik terbaik di negara ini.
Esok, jenazah mendiang akan dibawa ke Dewan Seri Pinang bagi memberi peluang kepada orang awam memberikan penghormatan terakhir. Ia akan bermula seawal 8.30 pagi hingga 10.15 pagi. – 19 April, 2014.
Read More

Ahhh! Dia buat hal lagi...RAJA BOMOH lakukan ritual di lokasi kemalangan mendiang Karpal

Sabtu, 19 April 2014

RAJA BOMOH SEDUNIA BUAT HAL LAGI ... KALI INI BUAT RITUAL DI LOKASI KEMALANGAN MENDIANG YB KARPAL SINGH!!!!

Omak Kau mendapat kiriman gambar memberitahu bahawa Raja Bomoh 1M'sia Sedunia Nujum VIP telah pergi ke lokasi kemalangan yang meragut nyawa mendiang YB Karpal Singh hari ini untuk melakukan ritual.

Pemergian beliau disana bukannya sebarang arahan dan permintaan dari mana-mana waris mendiang YB Karpal Singh atau mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat.

Untuk apa dia lakukan ini semua langsung tidak dapat difahami. .. berterusan dengan kerja syirik, kurafat dan tahyulnya.
Read More

Friday, 18 April 2014

SIAPA LEBIH HINA! Ngapa Melayu Umno sibuk persoal Karpal Singh tolak hudud...

Jumaat, 18 April 2014

Karpal Singh dari kaca mata Nik Aziz

Saya rakamkan takziah kepada keluarga Yang Berhormat Karpal Singh, Ahli Parlimen Bukit Gelugor yang telahmeninggal dunia akibat kemalanganawal pagi ini. Saya sifatkan pemergian beliau sebagai satu kehilangan kepada dunia politik tanah air kerana beliau amat dikenali sebagai seorang yang berprinsip dan sukar digugat pendiriannya.

Beliau juga merupakan pendokong kuat kepada Perlembagaan Malaysia dan amat tegas dengan pendirian bahawa Malaysia merupakan negara sekular. Sudah tentu prinsip ini amat berbeza dengan prinsip perjuangan PAS dan beliau ternyata menghormati perbezaan ini.

Karpal
Photo: SIAPA LEBIH HINA !!!!!  MACAI 'keris telanjang' sibuk persoal Karpal Singh tolak hudud. Tak pelik la sebab dia bukan islam. 

TAPI ORANG ISLAM SENDIRI TOLAK HUDUD APA CITER!!!

TAHUKAH ANDA hukuman bagi orang MUNAFIK lagi berat berbanding orang kafir..

“Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah sekali dari (lapisan2 dalam) neraka” - surah An-Nisa: 145

SIAPA LEBIH HINA !!!!! MACAI 'keris telanjang' sibuk persoal Karpal Singh tolak hudud. Tak pelik la sebab dia bukan islam.

TAPI ORANG ISLAM SENDIRI TOLAK HUDUD APA CITER!!!

TAHUKAH ANDA hukuman bagi orang MUNAFIK lagi berat berbanding orang kafir..

“Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah sekali dari (lapisan2 dalam) neraka” - surah An-Nisa: 145


Pelajar Islam Singapura minta tolong!... Dpd Siapa?
7 hrs · Edited 

Tahukah anda?
 — with Zh Iskandar Khalid.

Speaker DUN Terengganu, pagi ini menolak usul yang dibawa oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah di bawah peraturan mesyuarat Fasal 30 Peraturan-peraturan dan Perintah Tetap DUN.

LIKE dan sebarkan pages ini;
www.facebook.com/mediapakatan
Like✔Share✔Comment✔ ☛| Media Pakatan Rakyat|☚ untuk update dari kami
 — with Dppk Parit and 18 others.

11 hrs 


Morning. .. undang undang negara. Hanya terkecuali pada pimpinan BN?
Nampak camtu lah...
Kan?
 — with Petik Api and Anwar Deen.


Read More

Thursday, 17 April 2014

MP Langkawi (BN) hina mendiang bekas Pengerusi DAP...

Jumaat, 18 April 2014

AKHIRNYA ZULKIFLI NOORDIN MELUTUT SELEPAS MENERIMA CEMUHAN DAN KECAMAN AKIBAT SIKAP KURANG AJARNYA YANG MELAMPAU MENGHINA MENDIANG YB KARPAL SINGH.

Selepas di kutuk hebat oleh masyarakat termasuk Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin kata beliau merasa kesal apabila BN pilih Zulkifli Noordin sebagai calon parlimen Shah Alam suatu keputusan yang tidak tepat amat memalukan, dan MCA yang anggap otaknya penuh dengan sampah sarap, Zulkifli Noordin akhirnya terus tukar nada menyamar baik.

Naib presiden PERKASA Zulkifli Noordin merangkap bekas calon UMNO/BN Parlimen Shah Alam PRU 13 Zulkifli Noordin  menukar nadanya selepas dicemuh oleh pelbagai pihak ekoran kenyataannya yang didakwa tidak sensitif terhadap kematian ahli politik veteran Karpal Singh.

Zulkifli pagi ini menulis di Twitternya, Allah mematikan Karpal “yang menjadi penentang utama” pelaksanaan” hudud.

Beberapa jam selepas menulis sedemikian, Zulkifli meluahkan rasa sedih dan memperakui perjuangan Karpal menentang ketidakadilan sepanjang berkhidmat sebagai wakil rakyat dan peguam.

Zulkifli malah menganggap ahli parlimen Bukit Gelugor itu sebagai kawannya.

"Kepada Karpal, 'ngauman' untuk rakyat miskin dan suara menentang ketidakadilan sama ada di Parlimen atau di mahkamah akan dirindui ramai.

“Selamat tinggal kawanku!" tweet beliau dalam bahasa Inggeris kira-kira jam lima petang tadi.

Beliau turut memberi ucapan takziah kepada ahli parlimen Puchong Gobind Singh Deo yang juga anak Karpal.

Selain itu, beliau berkata Karpal sebagai peguam kanan itu tidak pernah kedekut ilmu dan sentiasa bersedia membantu dan memberi idea cara-cara pengendalian kes-kes mahkamah.

"Kepada kawan saya Gobind Singh Deo dan keluarga, terimalah sedalam-dalam takziah saya. Saya pasti nama Karpal akan ditempa dengan emas dalam sejarah Malaysia." tweet beliau lagi.
Posted by 
Photo: AHLI PARLIMEN UMNO/BN LANGKAWI MERANGKAP PENGERUSI KTMB MENGHINA GAMBAR MAYAT YB KARPAL SINGH...

Inilah perangai jijik lagi menghinakan yang terpalit kepada tubuh badan pemimpin UMNO sampai ketulang sonsom .. Tiada akhlak budi langsung sebagai seorang Islam.

Apakah dia ingat dia akan hidup sampai ke hari kiamat???? .. baru berjawatan sebagai Pengerusi KTMB dan ahli Parlimen Langkawi sudah berlagak sombong, angkuh, takbur dan lupa diri.

Tatkala ahli-ahli politik daripada kerajaan dan pembangkang bersedih dengan kematian bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh, Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad menghina mayat pemimpin veteran pembangkang itu di laman Facebooknya.
AHLI PARLIMEN UMNO/BN LANGKAWI MERANGKAP PENGERUSI KTMB MENGHINA GAMBAR MAYAT YB KARPAL SINGH...

Inilah perangai jijik lagi menghinakan yang terpalit kepada tubuh badan pemimpin UMNO sampai ketulang sonsom .. Tiada akhlak budi langsung sebagai seorang Islam.

Apakah dia ingat dia akan hidup sampai ke hari kiamat???? .. baru berjawatan sebagai Pengerusi KTMB dan ahli Parlimen Langkawi sudah berlagak sombong, angkuh, takbur dan lupa diri.

Tatkala ahli-ahli politik daripada kerajaan dan pembangkang bersedih dengan kematian bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh, Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad menghina mayat pemimpin veteran pembangkang itu di laman Facebooknya.
Read More

[Video] Perkembangan di kediaman mendiang Karpal Singh....Khairy malu dengan Zul Noordin

Khamis, 17 April 2014
Published on Apr 17, 2014
Bagi mendapatkan perkembangan terkini berhubung kematian ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh kita bersama rakan setugas Harris Hardy Hakim yang berada di kediaman mendiang di Pulau Pinang.

Sila layari http://www.astroawani.com untuk berita selanjutnya.

NASIHAT BEKAS TIMBALAN MENTERI DAN AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO KEPADA MACAI-MACAI UMNO TERMASUK ZULKIFLI NOORDIN YANG MENYENTUH JIWA!!!!


Ini baru dinamakan pemimpin memiliki jiwa besar ... matang berpolitik .. tapi sayang dia berada di kelompok yang salah kerana para macainya menganut politik songsang jenis garang tidak bertempat.

Lazimnya pemimpin macam ini punya kualiti tiada tempat dalam haraki kepimpinan UMNO .. pemimpin macam ini dilihat oleh mereka hanya sesuai berada di jemaah Pakatan Rakyat sahaja.
Posted by 

Khairy malu dengan kenyataan Zul Noordin

 
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin hari ini membidas bekas MP Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin susulan kenyataan tidak sensitifnya berhubung kematian pemimpin DAP Karpal Singh.

Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno berkata kenyataan Zulkifli menerusi Twitter itu tidak menggambarkan sikap sebenar seorang Islam atau rakyat Malaysia dan beliau malu dengan perbuatan tersebut.
    
 
"Sebarang kenyataan yang mempolitikkan kematiannya (Karpal Singh) dalam bentuk sedemikian rupa yang dilakukan oleh Zulkifli Noordin langsung tidak mencerminkan sikap rakyat Malaysia dan orang Islam.
"Saya malu dengan individu ini dan saya malu beliau bertanding bagi Barisan Nasional dalam pilihan raya lepas dan kita tidak harus meletakkan beliau sebagai calon lagi," katanya selepas melancarkan Forum 'Women@Work' di ibunegara.

Dalam pada itu Khairy turut mengucapkan takziah kepada keluarga Karpal Singh.

Bekas Pengerusi DAP Kebangsaan dan MP Bukit Gelugor itu serta pembantu peribadinya terbunuh dalam nahas di Km 306.1 Lebuhraya Utara-Selatan, berhampiran Gua Tempurung, Kampar, awal hari ini.

- Bernama
Dicatat oleh 
Tak berapa lama dulu...
Gambar: MELAYU YANG MENIPU DAN TERUS MENIPU DAN  JUGA TERTIPU

Katak O Katak Kenapa Kau Lompat? telah berkongsi gambarYusup Kamaruddin.
aku dah kata dah ... lompat macam katak ni tak ada faedahnya
MELAYU YANG MENIPU DAN TERUS MENIPU DAN JUGA TERTIPU— bersama Zaihasrul Zainal Abidin dan 4 yang lain.


JIKA DEMIKIAN ADANYA... APA NASIB MEREKA INI?
Read More

Kemalangan Maut Karpal Singh: Pemandu lori terkejut jeritan, dentuman kuat...Pemandu Lori Positif Ganja

Khamis, 17 April 2014

Kemalangan Maut Karpal Singh - Pemandu Lori Positif Ganja


Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Ng Kong Soon, mengesahkan pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan di KM 301.6 Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara), membabitkan bekas Pengerusi DAP Kebangsaaan Karpal Singh, positif dadah jenis ganja pada saringan awal (gambar di dalam).


Ekoran daripada itu simple tersebut dihantar ke Jabatan Patologi untuk pengesahan secara saintifik. Pemandu berkenaan kini ditangkap di bawah akta dadah berbahaya untuk membantu siasatan pihak narkotik.

Manakala siasatan ke atas kenderaan Toyota Alphard yang terlibat mempunyai 29 saman trafik pandu laju dibawah seksyen 079 (2) APJ 1987 dengan 15 daripadanya belum dibayar menurut Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani melalui semakan awal mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mengikut laporan Tarfik Kampar RPT 960/14 perlanggaran antara Toyota Alphard KS 9898 dengan Lori Mitsubishi Canter 5 Tan WTL 9909 keadaan jalan lurus dan mendaki bukit dengan keadaan cuaca yang baik tapi gelap tanpa lampu jalan.

Kemalangan dengan kerosakan teruk bahagian hadapan sebelah kiri pemandu untuk MPV dan rosak di bahagian belakang kanan untuk lori.

Pihak polis masih belum menentukan siapa yang bersalah.

Dalam media sosial banyak perbahasan tentang siapa yang bersalah, pemandu lori yang dikatakan memandu perlahan daripada laluan kanan cuba ke kiri tanpa memberikan signal manakala mpv datang daripada belakang dengan laju terus melanggar sebelah kanan lori. 

Dalam pemerhatian saya sepanjang perjalanan di lebuhraya terlalu jarang pemandu daripada laluan kanan memberikan signal untuk masuk ke lalauan kiri. Boleh kata semua kenderaan daripada laluan kiri memberi signal untuk masuk ke laluan kanan.

Rempuhan yang menunjukkan kerosakan sebelah kiri pada mpv menunjukkan pemandu cuba mengelak tidak berjaya ini menyebabkan kecelakaan akan kena kepada penumpang disebelahnya dan menyelamatkan semua penumpang disebelah kanan.

Kelajuan yang besar juga menyebabkan ada perbezaan ketara kecederaan penunpang sebelah kiri dan sebelah kanan selain daripada faktor jenis kenderaan.

Walahualam, biar polis menentukannya....

TEMPAYAN RETAK
BLM

Pemandu lori terkejut jeritan, dentuman kuat

"Bunyi dentuman kuat di belakang lori dan suara orang menjerit telah mengejutkan saya," demikian menurut pemandu lori Abu Mansor Mohd, 45, yang kenderaanya terlibat dengan kemalangan di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung di Kampar, awal pagi ini.

Kemalangan pada jam 1.10 pagi itu, mengakibatkan anggota Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh, 74, dan pembantu peribadinya Michael Cornelius maut di tempat kejadian.

Ekoran itu, Abu Mansor berkata beliau memberhentikan kenderaannya dan melihat kenderaan serba guna (MPV) yang dinaiki lima penumpang melanggar bahagian belakang kanan lori berkenaan.

"Keluar dari lori, saya terkejut setelah melihat MPV itu rosak teruk dan terdapat mangsa yang cedera," katanya ketika pemberita di sini hari ini.
Abu Mansor berkata pada mulanya beliau tidak mengetahui seorang daripada lima mangsa yang berada di dalam kenderaan itu adalah bekas pengerusi DAP.
"Orang ramai yang berhenti di tepi jalan untuk melihat kejadian itu memberitahu saya Karpal Singh berada di dalam kenderaan itu," katanya.
Menurut Abu Mansor, beliau memandu perlahan di bahagian kiri jalan ekoran keadaan jalan yang berbukit.
Beliau yang berasal dari Petaling Jaya berkata, beliau sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bukit Mertajam, Pulau Pinang untuk menghantar barang antaranya simen dan mozek turut bersama isterinya Nur Azlina Ahmad, 23, serta seorang kanak-kanak Nurieman Diana Qhaleesha Abdullah, 4.

Kemalangan itu turut mengakibatkan pembantu rumah Karpal, seorang wanita warga Indonesia cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak.

Sementara anak lelaki bekas pemimpin DAP itu, Ramkarpal Singh, 38, dan pemandu kenderaan MPV C Selvam, 27, yang merupakan warga India tidak mengalami kecederaan.

Abu Mansor pula hanya cedera ringan manakala dua penumpang lain tidak cedera.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kampar Supt Ng Kong Soon berkata saringan awal ujian air kencing bagi mengesan dadah dibuat ke atas Abu Mansor selepas polis mengambil keterangan daripadanya.

"Bagaimanapun, Abu Mansor dibebaskan dengan jaminan polis," katanya ketika dihubungi.

Menurut Ng, ujian makmal akan dilakukan bagi mempoleh keputusan yang lebih tepat.

Beliau berkata polis juga akan menjalankan saringan ujian air kencing terhadap pemandu kenderaan MPV C Selvam, dalam masa terdekat.
-Bernama-
Kerengga

Read More

TGNA menyindir Tun Mahathir membantah undang-undang hudud...Rakam takziah kepada Karpal Singh

Khamis, 17 April 2014

Tuan Guru Nik Abdul Aziz merakam rasa sedih dan mengucap takziah apabila ditunjukkan gambar kemalangan yang melibat bekas Pengerusi DAP, YB Karpal Singh.

Pada kesempatan ini TGNA sempat juga menyindir Tun Mahathir kerana membantah undang-undang hudud semasa dibentang di Kelantan dulu. TGNA mengharapkan orang Islam yang menghalang hudud berkenaan bertaubat sebelum terlambat.

Petikan ucapan beliau dipetik daripada facebooknya adalah seperti berikut:-

Saya rakamkan takziah kepada keluarga Yang Berhormat Karpal Singh, Ahli Parlimen Jelutong (sebetulnya P051 Bukit Gelugor YB menang dengan majoriti 41,778 undi ) yang telah meninggal dunia akibat kemalangan awal pagi ini. Saya sifatkan pemergian beliau sebagai satu kehilangan kepada dunia politik tanah air kerana beliau amat dikenali sebagai seorang yang berprinsip dan sukar digugat pendiriannya. Beliau juga merupakan pendokong kuat kepada Perlembagaan Malaysia dan amat tegas dengan pendirian bahawa Malaysia merupakan negara sekular. Sudah tentu prinsip ini amat berbeza dengan prinsip perjuangan PAS dan beliau ternyata menghormati perbezaan ini.

Saya masih ingat sewaktu ke rumah beliau awal tahun lepas di mana saya diberikan sambutan yang sangat hangat dari beliau. Bahkan beliau menghantar saya pulang rapat ke pintu kenderaan sekalipun situasi beliau yang terpaksa bergerak dengan kerusi roda. Saya kira, di sebalik perbezaan pandangan antara kami, sambutan yang diberikan oleh beliau kepada saya sangat-sangat mencerminkan kelembutan beliau dan penerimaannya terhadap hubungan PAS dan DAP di dalam Pakatan Rakyat.


Saya kenal Karpal Singh sebagai seorang yang mendokong kuat Perlembagaan Malaysia dan saya yakin beliau akan terus dikenali begitu di dalam sejarah politik tanah air. Di negara ini, jika semua pihak menghormati prinsip yang terkandung di dalam Perlembagaan, Kelantan pastinya tidak akan ditindas dengan pelbagai jenis penindasan. Hak Kelantan termaktub di dalam perlembagaan, tertulis di atas perjanjian, namun ada pihak yang sewenang-wenangnya membelakangi Perlembagaan dan perjanjian bertulis.


Dalam kehangatan dunia politik pada hari ini yang menyaksikan hasrat kerajaan negeri Kelantan untuk memfailkan bil persendirian di Parlimen bagi membolehkan undang-undang hudud dilaksanakan, saya sedikit terkilan kerana individu seperti Karpal Singh tidak sempat untuk diberikan pemahaman tentang hudud. Saya amat yakin, individu seperti beliau jika diberikan kefahaman yang sebenarnya tentang undang-undang ini, tidak akan mempunyai sebarang sebab untuk menolak undang-undang hudud.


Di Kelantan, sewaktu kita meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) pada tahun 1993, ada yang menghantar surat kepada saya menghalang enakmen ini dikuatkuasakan dan pihak yang menghantar surat ini namanya bukan Karpal Singh. Saya benar-benar berharap, agar pihak yang bertanggungjawab menghantar surat ini sempat memahami keindahan undang-undang Allah SWT sebelum tibanya masa untuk pergi yang tidak akan kembali.


Sekali lagi saya rakamkan takziah kepada keluarga Karpal Singh dan juga DAP atas kehilangan pemimpin utama mereka.


NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,

Bertarikh : 17 Jamadil Akhir 1435H bersamaan 17 April 2014M

Read More

TGNA: Karpal Singh ahli politik yang hebat... MCA Dakwa Otak Zulkifli Noordin Penuh 'SAMPAH’!!!

Khamis, 17 April 2014

Hina Mendiang Karpal Singh - MCA Dakwa Otak Zulkifli Noordin Penuh 'SAMPAH’!!!


MCA mengecam bekas ahli Parlimen Kulim Bandar Baru Datuk Zulkifli Noordin sebagai tidak mempunyai otak kerana kenyataan tidak munasabah selepas kematian ahli politik veteran DAP, Karpal Singh awal pagi ini.

Dalam kenyataan melalui akaun Twitter @zukiflinoordin beliau dilihat seolah-olah  “lega” dengan kematian ahli Parlimen Bukit Jelutong itu kerana pelaksanaan hudud Kelantan akan lebih mudah dengan ketiadaan Karpal.


"Nampaknya Zulkifli Noordin sudah hilang rasional dengan cuba mendapatkan perhatian politik apabila mengeluarkan kenyataan tidak berperikemanusiaan," kata Ketua Biro Publisiti, Datuk Chai Kim Sen dalam satu kenyataan hari ini.


Chai menyifatkan bekas naib presiden Perkasa itu sebagai terlupa sifat asas setiap manusia.

"Zulkifli kelihatan terlupa dengan sifat asas yang diperlukan oleh setiap manusia," katanya.

Zulkifli berkata kematian Karpal akan memudahkan lagi kerajaan Kelantan dalam melaksanakan Hukum Hudud yang selama ini ditentang hebat oleh DAP.

“Moga perjuangan untuk melaksanakan hudud di Kelantan berjaya.
"Alhamdulillah dengan kesatuan akidah Umno-PAS dan ketiadaan Karpal, saya percaya laluan makin dipermudahkan!” kata Zulkifli.

Chai menegaskan isu politik tidak boleh dijadikan alasan untuk menyakiti orang lain, mendesak Zulkifli yang merupakan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Shah Alam dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu supaya bersara daripada politik.

"Amalan dalam politik tidak sepatutnya disalahguna dan menyinggung perasaan orang lain, tambah-tambah jika ia melibatkan kebajikan orang ramai.

"Jika Zulkifli tidak memahami kebenaran ini, atau tidak tahu tentang konsep hormat, beliau boleh bersara daripada politik," kata Chai lagi.

Karpal maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala utara berhampiran Gua Tempurung, Perak pada kira-kira jam 1.30 pagi ini.

Turut terkorban dalam kemalangan itu ialah pembantu peribadinya, Michael Cornandez sementara anaknya, Ram Karpal mengalami cedera parah.

Karpal yang dipercayai sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang bagi menghadiri satu kes mahkamah, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah. ~ TMI

Tok Guru Nik Aziz Mengulas Kematian Karpal Singh

 Gambar fail - Tok Guru Nik Aziz dan Karpal Singh

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS dan kerajaan Kelantan melahirkan rasa sedih dan terharu di atas kematian anggota parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh akibat kemalangan jalan raya awal pagi tadi.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, mendiang seorang ahli politik yang hebat memperjuangkan keadilan untuk rakyat.Katanya, Karpal seorang pemimpin yang dihormati orang ramai kerana kepakarannya dalam bidang perundangan.

“Mendiang memahami perundangan negara dan perlembagaan sebab itulah beliau bermati-matian mengatakan Malaysia sebuah negara sekular.

“Sebaliknya Umno yang mengaku Islam pula menghantar surat kepada saya melarang melaksanakan hudud di Kelantan selepas diluluskan pada 1993.“Surat amaran itu meminta jangan laksana hudud di Kelantan dan kalau buat juga akan diambil tindakan,” katanya ketika ditemui di Institut Pemikiran Tok Guru hari ini.

Karpal terbabit dalam kemalangan di Kilometer 306.1 Lebuh Raya Utara Selatan laluan utara dekat Kampar awal pagi tadi.Kemalangan itu turut meragut nyawa pembantu peribadinya, Michael Cornelius Selvam Vellu, manakala anaknya Ram Karpal dan pemandu kereta dilaporkan cedera.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz turut melahirkan rasa sedih di atas kemalangan tragis menimpa pemimpin kanan DAP itu.“Saya berharap anggota keluarganya bersabar. Mati sesuatu yang wajib bagi setiap manusia. Yang menghidupkan juga Allah,” ujarnya.

Sementara itu Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob turut merakam ucapan takziah di atas kepada keluarga mendiang.Katanya, kematian tokoh tersebut suatu kehilangan besar kepada negara kerana kepakaran dalam bidang perundangan.Hrkh
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena