Showing posts with label NUNJI'15. Show all posts
Showing posts with label NUNJI'15. Show all posts

Saturday, 15 August 2015

Catatan Dari Seorang Peserta NUNJI'15 "Islam Rahmatan Lil Alamin"...Pimpinan GHB berdiri di pintu bersalam dengan setiap peserta

Ahad, 16 Ogos 2015
Catatan Dari Seorang Peserta NUNJI'15
Selepas Nunji di Shah Alam

Selepas Ustaz Ridzwan mengumumkan Nunji'15 telah pun berlabuh tirai aku terkenang peristiwa 2 tahun dahulu. Peristiwa mikrofon dirampas dan pelbagai peristiwa yang memalukan. Hari ini Ustaz Ridzwan Abu Bakar dapat berucap dengan tenang dan penuh hikmah.

Terasa damai berada dalam program Nadwah Ulamak Nahdhah Jadiah. Tidak terasa 10 jam kami berada dalam majlis ilmu itu.

Ketika kaki ini sedang meninggalkan PPAS Shah Alam, para pimpinan Harapan Baru beratur dan berdiri berdekatan dengan pintu dan bersalam dengan setiap peserta. Ada yang memeluk, terasa ukwah ini terbina atas nama islam. Tidak ada prasangka, tidak ada dendam, tidak ada prejudis, yang ada silaturrahim ini benar-benar tercipta keranaaNYA.

Kami keluar dengan hati gembira dan damai. Terasa tugas besar diluar harus kami pikul yakni memastikan imej islam itu indah dan tema " Islam Rahmatan Lil Alamin " itu dapat diterjemahkan dalam membimbing perjalanan politik Malaysia.

Tidak seperti program sebelum ini. Apabila keluar dewan atau sesudah mendengar ucapan penceramah, aku terasa susah untuk bernafas dek kerana memikul persepsi, fitnah adu domba dan prejudis antara satu sama lain.

Sidang hari ini juga menampilkan banyak ulama yang jarang ditonjolkan mana-mana parti. Dato' Dr Siddiq Fadhil, Dato' Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad dan beberapa tokoh lagi ditonjolkan dalam Nunji.

Mereka membentang kertas kerja secara bijaksana dan segala percanggahan dalam islam ditangani dengan kebijaksanaan siyasah syariah.

Kertas kerja para pembentang juga tidak terhad kepada isu populis semata-mata tetapi turut memperjuangkan bahawa syariat islam perlu dipersembahkan dalam mafhum menyeluruh dan tidak terikat dengan hudud semata-mata.

Diantara kertas yang paling menarik ialah kertas kerja Dato' Dr Siddiq Fadhil yang mengajak para asatizah merenung kembali idea Fiqh Malayzi atau Fiqh Malaysia. Dengan harapan Fiqh Malayzi ini menjadi panduan rakyat Malaysia.

Ucapan tahniah kepada Yb Dato' DrMujahid Yusof Rawa II selaku Pengarah Nunji15 dan seluruh jawatankuasa yang bertukus lumuh dan berjaya menjayakan majlis sinergi ini dan dapat membina politik baru di Malaysia.

Diharap majlis seperti ini akan diteruskan diseluruh Malaysia. Sesungguh rakyat Malaysia memerlukan pendekatan dakwah sebegini.

Islam Rahmatan Lil Alamin

Hazmi Hassan
Ketua Anak Muda Harapan Baru Kelantan
15 Ogos 2015 
[Rakaman audio NUNJI '15]

1. Ucapan Pengarah - Dr Mujahid Yusof Rawa :http://bit.ly/1TGUgUJ

2. Slot 1 : Membina Siyasah Syar'iyyah atas Dasar Rahmatan Lil Alamin - Ustaz Haji Ahmad Awang : http://bit.ly/1IU0LOZ

3. Slot 2 : Rakaman video khas - Syeikh Musa Ibrahim :http://bit.ly/1EuRo6A

4. Slot 3 : Politik Islam Pasca Arab Spring di Negara Umat Islam ; Bagaimana Penglibatan Berkesan Politik Islam dalam Kerangka Negara dan Kedaulatan Undang-Undang -Syeikh Muhammad Sayyid Ferjani (Orang Kanan Syeikh Ganoushi) : http://bit.ly/1PsgglY
Sesi soal jawab : http://bit.ly/1TGVPCa

5. Slot 4 : Prinsip Penetapan Fiqh Waqie & Maslahah Muktabarah di Malaysia - Dato' Dr Siddiq Fadzil : http://bit.ly/1gKPAkn
Sesi soal jawab : http://bit.ly/1IU2rrN

6. Slot 5 : Perlaksanaan Syariah di Malaysia : Mewujudkan Suasana Kondusif dan Cabaran Semasa - SS Dato' Dr Wan Salim WM Noor :http://bit.ly/1Njjglt
Ulasan Kertas Kerja oleh Dr Maszlee Malik :http://bit.ly/1THtdxV

7. Slot 6 : Fiqh Muwathonah : Satu Perkongsian dalam Membina Sebuah Negara (Sesi Soal Jawab) - Dr Mohd Mohd Parid Sheikh Ahmaddan Dr Zulqarnain Lukman (Pengulas) : http://bit.ly/1DWbkEz

8. Slot 7 : Forum Mengasaskan Politik Rahmatan Lil Alamin Untuk Malaysia : Peranan Ulamak, Umarak dan Ummah - Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus dan Dr Siti Mariah Mahmud : http://bit.ly/1PfoLzW

9. Slot 8 : Resolusi : Ketetapan Bersama NUNJI '15 - Dato' Dr Mujahid Yusuf Rawa : http://bit.ly/1PfqBRt

10. Ucapan Penutup NUNJI '15 : Haji Mat Sabu :http://bit.ly/1MuiN0uLike
Posted By 
Read More

Siapa kata GHB pinggir Ulama? NUNJI'15 berjaya menghimpunkan para ulama sedunia...

Sabtu, 15 Ogos 2015

SIAPA KATA HARAPAN BARU PINGGIRKAN ULAMA?

Gerakan Harapan Baru (GHB), kumpulan yang lahir daripada perpecahan PAS telah menganjurkan himpunan ulama mereka sendiri pada hari ini bagi mencari formula pendekatan Islam dalam bernegara dan melahirkan 'fikah Malaysia'. Himpunan yang dinamakan Nadwah Ulama Nadwah Jadidah 2015 atau Nunji'15 menghimpunkan para ulama dan asatizah (pemberi kuliah agama) untuk mengkaji pendekatan fikah kenegaraan untuk Malaysia. Pada hari ini 15 Ogos di auditorium Perpustakaan Awam Selangor, Shah Alam, GHB menyambung perjalanan di mana 10 pembentang sedang memberikan pandangan masing-masing termasuk ulama dari luar negara (nunji.org). 

Dewan hanya untuk 300 peserta. Tetapi seramai 500 peserta telah hadir sehingga memenuhi ruang di luar dewan. Lebih separuh (lebih kurang 300 orang) adalah ulama.

Ini bukan bermakna selebihnya itu si tongong tak tahu agama. Ini kerana yang hadir juga pemimpin-pemimpin GHB yang telah lama ditarbiyyah dan memiliki pengisian Islam oleh Almarhum, Tuan Guru Yusuf Rawa, Tuan Guru Fadzil Noor dan Tuan Guru Nik Aziz.

NUNJI juga disertai oleh ahli NGO Islam seperti IKRAM, ABIM dan lain-lain. Mungkin ada yang hadir sebagai individu, bukan mewakili NGO.

Ramai juga yang hadir itu orang biasa yang ingin mengenal kembali Islam yang syumul.  







Ok. Kehadiran bukan puluhan ribu atau ratusan ribu. Tidak seperti Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah yang dibuat di Terengganu. 

Tapi ini seminarlah. Bukan perhimpunan. 

Tahniah GHB. Satu initiatif yang amat baik demi melangkah terus untuk menubuhkan sebuah parti Islam yang membawa Rahmat Untuk Semua.

Ya, masih banyak liku-liku jalan, gunung dan jeram yang harus dilalui.

Tetapi...

Jangan toleh ke belakang lagi.
Jangan u-turn.

Terima kasih kepada dpedas fm, kerana yang tidak hadir pun dapat mendengar dengan jelas.

Read More

Saturday, 8 August 2015

Apa itu NUNJI'15 yang dianjurkan oleh #GHB...'Kebangkitan Baru' dari sudut pemikiran Islam yang INKLUSIF'

Ahad, 9 Ogos 2015

Apa itu NUNJI'15 yang dianjurkan oleh #GHB

Dr Mujahid Yusof Rawa
KENYATAAN MEDIA

HARAPAN BARU ANJUR NADWAH ULAMAK NAHDHAH JADIDAH 2015 (NUNJI'15)


1. Bagi memposisikan diri sebagai sebuah parti Islam baru dalam politik negara ini, Harapan Baru akan menganjurkan satu seminar yang dipanggil Nadwah Ulamak Nahdhah Jadidah 2015 (NUNJI'15) pada 15 Ogos ini.

2. Dinamakan sebagai Nadwah Ulamak Nahdhah Jadidah, sebagi merujuk kepada 'Kebangkitan Baru' dari sudut pemikiran Islam yang Inklusif.

3. Kami memilih tema "Islam dan Kenegaraan" bagi merungkaikan masalah perlaksanaan Islam dalam kerangka sebuah negara serta perundangan yang ada.

4. Ia antara lain akan membincangkan tajuk penetapan kaedah fiqh dalam operasi setempat dan lokal. Ia juga akan melihat aspek cabaran menyediakan suasana perlaksanaan syariah serta bagaimana perpindahan konsep kewarganegaraan dari kerangka fiqh klasik kepada realiti konsep warganegara dapat dilakukan.

5. Slogan untuk NUNJI'15 ini ialah "Al- Islam Rahmatan Lil Alamin" (Islam Rahmat Untuk Semua), berpandukan kepada surah Al Anbiya ayat 107. Seminar ini akan berusaha untuk membumikannya dalam bentuk dasar-dasar negara.

6. Nadwah ini diharapkan dapat membentuk pemikiran ke arah Fiqh Malaysia dengan mengambil kira suasana kepelbagaian agama dan budaya.

7. Bagi memenuhi maksud itu, penganjur NUNJI'15 menampilkan barisan para ilmuan dan ulamak berwibawa dari dalam dan luar negara untuk berkongsi pengalaman dengan masalah yang dihadapi bersama dalam isu politik Islam dan isu kenegaraan ini.

8. Di akhir program ini, satu resolusi akan dihasilkan yang akan menjadi panduan lembaran baru kepada perjalanan politik Islam dan isu yang memerlukan kepada pendirian sikap yang jelas.

DATO' DR MUJAHID YUSOF RAWA
Pengarah NUNJI'15

6 Ogos 2015
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena