Showing posts with label Selamatkan Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Selamatkan Malaysia. Show all posts

Thursday, 5 October 2017

[Video Tun M & ANWAR mampu SELAMATKAN MALAYSIA] 'Sayalah yang persetankan DAP'.

Jumaat, 6 Oktober 2017

Foto Parti Amanah Negara.

'Sayalah yang persetankan DAP'


Ramai orang Melayu percaya jika Umno dan BN kalah maka DAP akan memerintah Malaysia. Lebih dari itu Lim Kit Siang akan jadi Perdana Menteri.
Ada di antara mereka yang anggap saya sudah mengkhianati Melayu dengan bekerjasama dengan Kit Siang dan DAP. Mereka tidak boleh terima DAP sama sekali kerana DAP ini anti-Melayu.
Sebenarnya sayalah orangnya yang mempersetankan DAP. Dalam politik jika kita nak kalahkan musuh, kita terpaksa memburukkan imej musuh. DAP adalah musuh parti saya dan saya sendiri.
Pendekatan saya amat berkesan walaupun saya juga dipersetankan oleh DAP.
Demikian kesannya usaha saya dan rakan-rakan dalam mempersetankan DAP sehingga orang Melayu tidak boleh terima DAP dan sesiapa yang mendampingi DAP sama sekali.
Hari ini saya sendiri yang mendampingi DAP. Maka pada ramai orang UMNO terutamanya, saya sudah khianati mereka.


Saya tidak akan berbuat demikian jika DAP benar-benar syaitan. Sebelum saya ramai juga pemimpin tertinggi Melayu yang bekerjasama, bahkan menyokong DAP. Antaranya Tunku Abdul Rahman, Tengku Razaleigh Hamzah dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang biasa memeluk Kit Siang dan berada dalam Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat dalam beberapa pilihan raya umum (PRU) yang lalu. PAS menang besar apabila disokong oleh orang Cina DAP.
Tak seburuk disangka
Saya mula bekerjasama dengan Kit Siang apabila beliau menyokong Deklarasi Rakyat yang bertujuan menjatuhkan Kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Razak.
Pada ketika itulah perjuangan politik kami menjadi sama. Kami berdua berpendapat menjatuhkan Najib lebih penting daripada sengketa antara kami.
Hakikatnya ialah di Malaysia yang berbilang kaum, tidak ada satu parti atau satu kaum yang boleh menang dalam PRU sehingga dapat menubuhkan kerajaan. Hanya parti campuran sahaja yang boleh menguasai cukup kerusi untuk mendirikan kerajaan.
Umno dengan sendirinya tidak mungkin menang dan tubuh kerajaan. Hari ini pun parti itu hanya mempunyai 88 wakil rakyat dalam Dewan Rakyat yang mempunyai 220 kerusi. Umno perlu sokongan MCA, MIC dan banyak parti-parti lain.
Demikian juga dalam parti-parti yang menentang BN. Tidak ada satu parti yang boleh mendirikan kerajaan dengan sendirinya. Hanya parti campuran yang boleh menewaskan BN.
Pengundi Cina kurang dari pengundi Melayu. Tetapi Melayu berpecah kepada empat buah parti iaitu Umno, PKR, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Apabila Umno berlawan dengan parti lain, sama ada dua penjuru atau tiga atau lebih, undi pengundi Cina yang akan menentukan parti itu menang atau tidak. Demikian juga dengan parti lawan.
Menyedari hakikat ini maka parti lawan juga perlu mendapat sokongan pengundi Cina. Sebab itulah Pakatan Harapan bekerjasama dengan DAP. DAP juga sedar untuk menang lawan dengan MCA atau Gerakan, pengundi Melayu diperlukan.
Setelah menyetujui DAP menjadi rakan dalam Pakatan Harapan, gabungan ini dapati DAP bukanlah seburuk seperti dikatakan oleh saya dahulu.
Teruslah menderita
DAP bukan parti Cina. Tidak seperti MCA, DAP terbuka kepada semua kaum. Kepimpinannya, bahkan wakil rakyatnya bukan semuanya Cina seperti MCA. Ada wakil rakyat Melayu dan India dalam DAP.
Sebagai parti berbilang kaum, DAP tidak boleh guna hanya bahasa Cina sahaja seperti MCA. DAP mengguna bahasa Kebangsaan dalam mesyuaratnya. Wakil rakyat Cina dari DAP boleh bertutur dalam bahasa kebangsaan lebih baik dari wakil MCA.

DAP tidak dapat memiliki lebih dari 50 wakil rakyat dalam Dewan Rakyat kerana jumlah kawasan parlimen Cina terhad. Bukan semua wakil rakyat DAP terdiri dari orang Cina.
Jika Pakatan Harapan menang, DAP tidak boleh menuntut jawatan perdana menteri untuk partinya. Dan Kit Siang tidak mungkin jadi perdana menteri. Dakwaan bahawa Kit Siang akan jadi perdana menteri ini digunakan Najib untuk menakutkan Umno dan orang Melayu.
Majoriti dari wakil rakyat, jika Pakatan Harapan menang akan terdiri dari orang Melayu. Ramai dari mereka berminat untuk menjadi Perdana Menteri. Mereka tidak akan serah keputusan kepada DAP untuk pemilihan Perdana Menteri.
DAP dan Kit Siang sendiri juga telah mengatakan DAP tidak akan tuntut jawatan Perdana Menteri.
Sebaliknya sila teliti dasar-dasar Najib. Ia percaya orang Melayu boleh ditakutkan dengan cerita Kit Siang menjadi perdana menteri. Pendapat Najib ialah orang Melayu lebih mudah disuap dengan wang. Kerajaan Najib yang ada sekarang berharap wang yang dicuri dari 1MDB boleh beli orang Melayu.
Percayalah jika Najib menang orang Melayu akan menderita kerana dasar-dasar Najib hanya untuk mengekalkan dirinya sebagai perdana menteri. Hari ini pun orang Melayu merasai tekanan.
Pakatan Harapan bukan milik DAP atau Kit Siang. Pakatan Harapan adalah untuk Malaysia yang berjaya dan dihormati seluruh dunia.

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD ialah bekas perdana menteri yang kini menjadi pengerusi Pakatan Harapan serta Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Rencana ini disiarkan pertama kali di blog Dr Mahathir. Ia adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

malaysiakini
Read More

Wednesday, 24 May 2017

[LIVE TANAH MERAH Selamatkan Malaysia & Selamatkan Kelantan ("ambo ni tetap nak lawan UmnoBN jugak")] Razman PJ Pas Perak rayu keputusan mahkamah.

Khamis, 24 Mei 2017


[LIVE] CERAMAH SELAMATKAN MALAYSIA SELAMATKAN KELANTAN (I)
Barisan Penceramah: 
YB DATO HUSAM MUSA
CIKGU WAN AB RAHIM
DATO SAZMI MIAH
DATO DR SAMSU ADABI
Foto Parti Amanah Negara.
Razman rayu keputusan mahkamah
IPOH: Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria hari ini membuat rayuan kepada Mahkamah Tinggi Ipoh terhadap keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Sesyen sebelum ini.
Mahkamah sebelum ini membatalkan Tuntutan Balas yang dikemukakan oleh pimpinan Pas itu terhadap Timbalan Pengerusi AMANAH Perak, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.
Di dalam tuntutan balas tersebut, Razman mendakwa bahawa Mohammad Nizar telah memfitnah beliau melalui kenyataan bersama Pakatan Rakyat Perak pada tarikh 21 Mac 2015 berhubung isu perlaksaan hukuman hudud di negeri Perak.
Katanya, tindakan Mantan Menteri Besar Perak itu yang membuat kenyataan bersama tanpa persetujuan beliau merupakan satu fitnah ke atas dirinya selaku Pesuruhjaya Pas Perak.
Peguam Razman, Harith Ibrahim dalam penghujahannya hari ini juga berkata bahawa tindakan Mohammad Nizar yang membelakangkan Razman selaku Pesuruhjaya Pas Perak dianggap sebagai perbuatan "misfeasans".
Peguam Mohammad Nizar, Asmuni Awi walaubagaimanapun berhujah, bahawa tuntutan balas tersebut tidak mendedahkan apa-apa kausa tindakan kerana kenyataan bersama yang didakwa fitnah tersebut tidak dinyatakan secara jelas di dalam tuntutan balas Razman.
Katanya lagi, tuntutan balas tersebut seolah-olah dikemukakan atas kapasiti beliau sebagai Pesuruhjaya Pas Perak sedangkan tindakan tersebut bercanggah dengan Akta Pertubuhan 1966 yang hanya membenarkan pegawai awam yang didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) untuk mengambil tindakan bagi pihak parti.
Asmuni menjelaskan, isu "misfeasans" tidak relevan di sini kerana Mohammad Nizar bukanlah seorang pejawat awam, malahan perkara tersebut tidak pernah dinyatakan oleh beliau di dalam Tuntutan Balas Razman.
Setelah mendengar penghujahan daripada kedua-dua belah pihak, Hakim Anselm Charles Fernandis menetapkan 5 Jun ini untuk keputusan bagi rayuan tersebut.
Razman sebelum ini diarahkan oleh Mahkamah Sesyen untuk membayar kos sebanyak RM8500 setelah beliau dilihat cuba melengah-lengahkan pembayaran kos tersebut kepada Mohammad Nizar.
Read More

Sunday, 16 April 2017

[LIVE CERAMAH SELAMATKAN MALAYSIA DI TAIPING PERAK] 'Menggelar syaitan besar, syaitan kecil bukan cara Islam'.

Ahad, 16 April 2017

Foto Parti Amanah Negara.
Ceramah Malam Ini

Ceramah Perdana Selamatkan Malaysia
16 April 2017 | Ahad | 9 Malam

Depan Pusat Khidmat Adun Cangkat Jering
Taman Damai,Simpang.Taiping

Penceramah
●Hj Salahuddin Ayub (Timbalan Presiden AMANAH)
● Hj Asmuni Alwi (Pengerusi AMANAH Perak) ● Ds.Mohamad Nizar Jamaluddin ( ADUN Cangkat Jering)
● Yb Chua Yee Ling (ADUN Kuala Sepetang)
● Yb Nga Kor Ming (Ahli Parlimen Taiping)
● Ahmad Faizal Azumu (Pengerusi PPBM Perak)
● Ir Megat Shariffudin (Timbalan Ketua Kawasan AMANAH Bukit Gantang

Orang Ramai Di Jemput Hadir

Foto Parti Amanah Negara.

'Menggelar syaitan besar, syaitan kecil bukan cara Islam'

 | MALAYSIA DATELINE
Ustaz Ahmad Awang
Ustaz Ahmad Awang
Tindakan memanggil pihak yang mengkritik Rang Undang-undang (RUU) bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, atau RUU 355 sebagai syaitan besar dan syaitan kecil jauh tersasar dengan cara Islam.
Penasihat Umum Amanah Ustaz Ahmad Awang berkata, RUU 355 harus dibawa sebagai salah satu kerja dakwah yang bergerak dalam konteks demokrasi melalui ruang perbahasan di parlimen.
"Memanggil mereka yang tidak bersetuju dengan RUU 355 sebagai syaitan kecil dan syaitan besar adalah jauh lebih tersasar dengan cara Islam. Islam mendidik agar kita sentiasa mengekalkan kedamaian.
"Seharusnya kita membawa isu RUU 355 sebagai salah satu kerja dakwah yang bergerak dalam konteks demokrasi. Gunakan ruang perbahasan di Parlimen untuk memberikan penerangan. Itulah jalan dakwah kita. Berdakwahlah dengan lebih berhikmah agar masyarakat lebih mudah memahami," tulisnya di Facebook hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam yang menganggap RUU 355 diganggu oleh syaitan besar dan syaitan kecil.
"Disebabkan setiap perjalanan menuju Islam itu pasti diganggu oleh syaitan yang sentiasa mengekori di sepanjang jalan dan masa, termasuk perkara paling asas dan mudah seperti mengambil wuduk dan sembahyang pun ada was-was syaitan.
"Maka, begitulah RUU 355 terus menghadapi gangguan syaitan besar dan kecil, sekurang-kurangnya mewas-waskan hati manusia. Apatah lagi perkara Mahkamah Syariah yang hendak dimuliakan itu bergelumang dengan masyarakat umum yang masih dibejati karat semangat penjajah, menjadikan RUU 355 diganggu begitu rupa," katanya.
Mengulas lanjut, Ahmad berkata memberi gelaran buruk kepada orang lain bukan jalan penyelesaian sebaliknya menyebabkan permusuhan dalam masyarakat.
"Memberikan gelaran buruk bukan jalan penyelesaian. Malah inilah yang paling disukai oleh syaitan kerana masyarakat akan berpecah belah dan saling bermusuhan.
"Abu Hurayrah RA bahawa Rasulullah saw bersabda: "Tidak sepatutnya seseorang yang benar itu menjadi pelaknat" (Riwayat Muslim)," katanya.

Read More

Sunday, 2 April 2017

Selamatkan Malaysia CERAMAH DI GOPENG PERAK (Siaran Tertunda) & Zaid: PAS jadi bahan jenaka, Pakatan jangan pujuk.

Ahad, 2 April 2017

Foto Pemuda Amanah Gopeng.

Zaid: PAS jadi bahan jenaka, Pakatan jangan pujuk

 | April 2, 2017
Zaid berkata, tidak perlu ada usaha untuk memasukkan PAS dalam Pakatan Harapan dengan mengambil risiko merosakkan segala-galanya.
zaid-pas
PETALING JAYA: Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menyifatkan PAS sebagai bahan jenaka kerana mempercayai Umno untuk bekerjasama dalam usaha untuk memperkenalkan hukuman syariah yang berat di Malaysia.
“PAS menjadi bahan jenaka negara kerana mempercayai Umno untuk membantu mencapai misi sesat mereka,” kata beliau dalam entri terbaru di blog beliau hari ini.
Zaid yang menyertai DAP pada 7 Februari lalu mengingatkan Pakatan Harapan tidak tertarik dengan idea untuk bekerjasama dengan PAS kerana parti itu pernah tegang dengan Umno.
“Tidak perlu memasukkan PAS dalam Pakatan Harapan dengan mengambil risiko merosakkan segala-galanya.
“Mari kita tinggalkan PAS kepada penyokong dan pemimpin mereka saja,” katanya sambil menegaskan, adalah mustahil PAS dan Umno untuk bersama lagi walaupun mereka kelihatan sangat serasi sekarang.
“Dalam tempoh ‘bulan madu’ PAS-Umno sekarang adalah perkara yang terbaik untuk Pakatan Harapan, tetapi bukan di luar hubungan mereka dalam mengukuhkan hubungan kerja sekali lagi.
“Saya fikir mereka masih dalam misi asal untuk memecahbelahkan pembangkang, walaupun ada halangan dalam menggubal Akta 355.”
Pada 29 Mac lalu, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan tidak akan mengambil alih atau membentangkan rang undang-undang ahli persendirian mengenai pindaan yang pada asalnya dibentangkan oleh presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat pada Mei tahun lepas.
Zaid juga melahirkan kebimbangan seolah-olah ada usaha dalam Pakatan Harapan untuk kembali terlibat dengan PAS.
“Sekarang parti itu ditinggalkan (sekurang-kurangnya buat masa ini) oleh semua orang, saya bimbang beberapa pencinta PAS dalam Pakatan Harapan, kebanyakan di Selangor dan Johor akan terdorong menjemput PAS menyertai politik baru pembangkang.”
Beliau menegaskan PAS akan memecahbelahkan parti yang baru bergabung walapun masih rapuh.
Beliau berkata, parti komponen Pakatan Harapan iaitu PKR, DAP, Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) perlu memberi fokus kepada pendaftaran simbol, manifesto dan kerusi peruntukan gabungan itu pada pilihan raya umum ke-14.
“Banyak kerja yang perlu dilakukan, jangan ganggu kami. Belajar menghargai sesama sendiri dan menjadi lebih harmoni.
“Belajar untuk tidak membangkitkan kemarahan penyokong untuk kekuatan parti masing-masing,” tambah beliau.
Malah katanya, sekarang adalah masa untuk bekerja keras untuk membuktikan penyatuan barisan pembangkang untuk menjadi barisan hadapan.
Zaid juga memuji ahli politik di Sabah dan Sarawak yang bertindak untuk menghentikan RUU 355.
“Jika tidak untuk Malaysia Timur, Akta 355 sudah pasti menjadi rang undang-undang kerajaan.
“Saya percaya ahli politik BN di Sabah dan Sarawak benar-benar komited menolak undang-undang ini menjadi asas kepada sistem keadilan jenayah kita.”
FMT.

Read More

Wednesday, 8 March 2017

[Video SERUAN JATUHKAN NAJIB Untuk Selamatkan Malaysia!] 'Kerajaan, Kurangkanlah GILA Pleaseee...' 17 teras manifesto Akur Janji dicapati? & Aiman Tino 'Ku Rela Dibenci' dapat kereta Audi R8 (RM1 juta)..

Rabu, 8 Mac 2017


Foto Otai BERSIH.
Mmg dh mkin menjadi2..!!!!
Skrg kita plak buat kempen tukar kerajaan! Amcm?

Foto Otai BERSIH.
Akhirnya kerajaan BN berjaya menunaikan janjinya selepas pru13 setelah 17 teras manifesto nya diumumkan.. dan dia mintak utk rakyat mengundi supaya dpt memerintah sepenggal lagi.

1. MENANGANI KOS SARA HIDUP - drpd rendah kpd tinggi.


2. MEMPERTINGKATKAN KEHIDUPAN WARGA BANDAR - yg semakin meningkat kadar miskin bandar.

3. MENYEDIAKAN RUMAH MAMPU MILIK - drpd banglo hggakan bawah jambatan penuh penduduk.

4. PELUANG MENDAPAT KHIDMAT KESIHATAN BERKUALITI - yg dulu percuma di hospital dan kini berkualiti di farmasi.

5. KE ARAH KECEKAPAN PENGANGKUTAN TERHEBAT - yg dulu naik beca tapi kini MRT yg dah berkurun di negara luar dan baru di malaysia.

6. PEMBANGUNAN INFRA TARAF DUNIA DAN TRANFORMASI LUAR BANDAR - dunia yg mundur di luar dan kini dimasukkan di Malaysia.

7. BINA EKONOMI MAPAN, DINAMIK DAN INOVATIF - dgn meningkatkan kadar tukaran wang asing.

8. MEMBINA KECEMERLANGAN PENDIDIKAN NEGARA - Dgn meningkatkan bajet utk permata dan mengurangkan bajet U.

9. MENINGKATKAN KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM - dgn menubuhkan SOSMA supaya rakyat takut utk bersuara.

10. MEMPERKASA PENYERTAAN WANITA - dgn membanyakkan pusat / rumah urut dipekan2 kecil.

11. MEMENUHI ASPIRASI BELIA - dgn mewujudkan banyak program2 nyanyi kat tv3.

12. MERANCANG JARINGAN KESELAMATAN SOSIAL - dgn menangkap org yg dirogol dan lepaskan perogol.

13. MEMPROMOSIKAN AGAMA ISLAM KEBEBASAN DAN KEHARMONIAN AGAMA - dgn menangguhkan ruu355.

14. MEMERANGI GEJALA RASUAH - dgn menubuhkan 1mdb dan memecat dan memenjara sesiapa yg menyoal ttg 1mdb.

15. MEMPERKUKUH PERKHIDMATAN AWAM DAN TADBIR URUS YG BAIK - dgn melantik mereka yg ada rekod muflis dan memecat mereka yg pakar.

16. GERAKAN KESEDERHANAAN SOSIAL - dgn melembapkan kelajuan internet.

17. MEMELIHARA SUMBER SEMULAJADI - dgn membotakkan hutan2 simpan dan menjadikan hutan sbg bandar baru.

maka Najib Razak telah berjaya menunaikan janjinya.
SEBARKAN..

Aiman Tino dapat hadiah kereta RM1 juta



Sebuah syarikat produk kecantikan mengumumkan akan menghadiahkan penyanyi sedang meningkat naik Aiman Tino sebuah kereta mewah bernilai hampir RM1 juta.
Aiman adalah rakan strategik perniagaan syarikat itu.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Wonder Glow Cosmetic Sdn Bhd Datuk Ryzal Jamaludin, kereta Audi R8 itu bakal menjadi milik Aiman pada pertengahan bulan ini.
"Majlis penyerahan kereta akan diadakan pada 23 Mac ini di Mydin Senawang, Negeri Sembilan bersama peminat," katanya ketika ditemui pada sidang media pelancaran produk Aiman Sweet di Kuala Lumpur hari ini.
Kenderaan itu diberi kepada Aiman untuk menyenangkan penyanyi itu mempromosikan produk dan menjalankan kerjayanya berkaitan seni.
Bagaimanapun, menurut Ryzal, 40, kereta berkenaan masih berada di bengkel selepas ia didapati tidak menepati warna tema produk yang dikeluarkan syarikatnya.
"Kereta itu sebenarnya sudah dipandu uji oleh Aiman baru-baru ini, bagaimanapun saya tidak berpuas hati dengan warna asalnya.
"Kereta itu kemudian dihantar semula ke bengkel untuk dicat dengan warna merah jambu," katanya.

Belum ada lesen

Oleh kerana Aiman atau nama penuhnya Mohd Aiman Yusri, 17, belum memiliki lesen memandu, seorang pemandu akan turut disediakan bagi memudahkan rutin harian penyanyi Ku Rela Dibenci itu.
Sementara itu, Aiman berkata, pemberian itu diharap memudahkannya mempelajari selok belok bidang perniagaan.
"Saya memang minat berniaga dan sudah terbiasa membantu keluarga di restoran di Kuala Kubu Bharu, Selangor sebelum ini.
"Justeru, dengan menjalin kerjasama ini diharap saya dapat belajar menjadi usahawan muda berjaya," katanya.
Malaysiakini.
Read More

Sunday, 24 April 2016

Program Deklarasi Rakyat di Stadium Sultan Mohamad IV & Semangat Juang Presiden Amanah yang prihatin dan peduli meskipun dilarang masuk ke Sarawak.

Ahad, 24 April 2016
Program Deklarasi Rakyat di Stadium Sultan Mohamad ke 4






Presiden Amanah yang prihatin dan peduli.

Presiden Amanah meraikan petugas Pilihanraya Amanah yang akan ke Sarawak di KLIA dan KLIA2 seawal jam 5 pagi tadi. Walaupun beliau dilarang masuk ke Sarawak tetapi Semangat Juang beliau akan dibawa oleh petugas-petugas yang akan bekerja pada PRUN 11 Sarawak bagi memenangkan calon-calon Amanah.
Presiden Amanah yang prihatin dan peduli.



Read More

Wednesday, 23 March 2016

Selamatkan Malaysia "Dewan pasti penuh." Ahli Umno mungkin kumpulan terbesar 27 Mac ini, kata Zaid

Khamis, 24 Mac 2016

Ahli Umno mungkin kumpulan terbesar 27 Mac ini, kata Zaid

Geraldine Tong
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menjangkakan sejumlah besar ahli Umno akan muncul untuk program ‘Selamatkan Malaysia’ anjurannya pada Ahad ini.
"Siapa tahu, kumpulan terbesar yang akan datang pada Ahad ini mungkin adalah ahli Umno. Ramai ahli Umno mohon untuk datang. Saya telah beri seberapa banyak mana (jemputan) yang boleh diisi dalam dewan," kata Zaid kepada Malaysiakini hari ini.
Antara pemimpin Umno yang akan membuat penampilan pada majlis di Pusat Konvensyen Shah Alam itu adalah timbalan presiden Umno yang digantung jawatannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri besar Kedah yang disingkirkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Apabila disoal sama ada terdapat pemimpin Umno terkenal lain akan turut bersama, Zaid berkata mereka bukan mahukan pemimpin yang menonjol tetapi berani.
"Janganlah kita harapkan ahli kabinet akan datang," katanya secara berseloroh.
Perhimpunan yang berdasarkan atas dasar jemputan sahaja akan bermula pada 1 tengah hari kerana ia adalah Hari Easter, katanya dan ia dijangka berakhir sekitar jam 6 petang.
Menurut Zaid, satu sidang media dengan 19 pemimpin akan diadakan selepas itu.
Antara mereka yang dijangka itu ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Muhyiddin, Mukhriz, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang, Presiden Amanah Mohamad Sabu, bekas Setiausaha Agung MIC S Murugesan, bekas Presiden Badan Peguam Malaysia Datuk Ambiga Sreenevasan dan Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah.
Zaid berkata, walaupun pada mulanya beliau hanya mengundang 1,000 tetamu tetapi kini menganggarkan sekitar 1,500 jemputan akan hadir pada Ahad ini.
"Dewan pasti penuh," katanya.
Malaysiakini.
Read More

Thursday, 17 March 2016

SELAMATKAN MALAYSIA, 12.30 - 6.30pm, 27 Mac di SACC...Jamal Yunos (Umno) dan Armand Azha (Umno) harus ditahan.

Jumaat, 18 Mac 2016
SELAMATKAN MALAYSIA


Jamal Yunos dan Armand Azha harus ditahan

Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengecam sekeras-kerasnya tindakan samseng sekumpulan pemuda yang diketuai oleh Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos dan Exco Pemuda UMNO, Armand Azha.
Semalam, sekumpulan orang yang diketuai oleh dua orang pemimpin UMNO tersebut telah melakukan vandalisme dengan melekat sekeping kain rentang di atas papan tanda milik kerajaan tempatan.
Mereka juga telah mengasari saudara Rozan Azen Mat Rasip, pegawai kepada Ahli Parlimen Batu, yang cuba menghalang perbuatan jenayah mereka.
Sejurus selepas mereka lakukan vandalisme, Armand Azha telah mengulangi ancaman yang dibuat oleh Jamal Yunos, iaitu mereka akan membakar papan-papan tanda ini sekiranya gambar Dato Seri Anwar Ibrahim tidak diturunkan dalam tempoh 7 hari.
Kedua-dua pemimpin UMNO ini jelas telah menyalahi undang-undang dengan melakukan kesalahan “menakutkan secara jenayah” (criminal intimidation).
AMK memandang serius perkembangan kes ini. Kami tidak berasa hairan dengan perangai samseng pemimpin UMNO. Kami faham perbuatan ini hanya semata-mata sandiwara untuk mengaburi mata rakyat jelata tentang skandal yang dikaitkan dengan Presiden UMNO.
Namun, kami lebih bimbang tentang integriti dan reputasi institusi penguatkuasa Negara kita, khasnya Polis DiRaja Malaysia.
Dalam sebuah negara yang menjunjung kedaulatan undang-undang, tiada sesiapa yang harus diberi kekebalan. Jamal Yunos dan Armand Azha telah melakukan beberapa kesalahan jenayah yang jelas.
Pihak polis harus menahan mereka dengan serta-merta. Kegagalan pihak polis untuk mengambil tindakan akan menyebabkan rakyat kehilangan kepercayaan terhadap institusi penguatkuasa ini.
Angkatan Muda Keadilan akan terus memantau perkembangan kes ini dan akan memastikan orang yang bersalah dihadap ke muka pengadilan.

CHANG LIH KANG Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK).
Malaysiakini.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena