Showing posts with label lawan rasuah. Show all posts
Showing posts with label lawan rasuah. Show all posts

Thursday, 15 February 2018

[Video Dr M & Rafizi LAWAN RASUAH kena penjara, ditarik pingat tapi Najib Umno dapat TAN SRI] Veteran dan anggota tentera, polis diseru mengundi tanpa rasa takut.

Khamis, 15 Februari 2018

Image result for gambar atm dan polis

Veteran dan anggota tentera, polis diseru mengundi tanpa rasa takut

Veteran dan anggota tentera, polis diseru mengundi tanpa rasa takut
Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) menyeru veteran serta anggota tentera dan  polis yang masih berkhidmat dapat mengunakan hak mereka sebagai pengundi tanpa berasa takut untuk  membuat pilihan dalam menentukan kerajaan yang bakal memerintah.

Presidennya Brid Jeneral (B) Datuk Mohd Arshad Raji berkata, patriot sebagai sebuah persatuan yang membela kebajikan veteran tentera dan polis juga menolak tindakan pihak tertentu dalam kempen undi rosak pada Pilihan Raya Umum ke-14 kali ini.


“Kami patriot menghargai ‘undi’ kami untuk memilih pemimpin negara kita.
“Hari ini kami lebih patriotik dalam melaksanakan undi kami.
“Ketika saya dalam perkhidmatan selama 32 tahun saya tidak pernah mengundi, kertas undi pun saya tidak lihat.Begitu juga apa yang dialami di kalangan veteran yang lain.
“Ini bukan bermakna saya atau veteran lainnya tiada sifat patriotik tetapi ketika kami berkhidmat dalam tentera memerlukan pengorbanan yang besar lebih-lebih lagi ketika menjalankan operasi di hutan yang kami menyukarkan kami menerima kertas undi.
“Kehidupan berkeluarga juga tidak normal dan bebas seperti kebanyakan orang awam  kerana tugas  kami yang mempertahankan negara pada zaman darurat dan konfrantasi.
“Singkatnya setiap keputusan kami mengikut perintah dan melaksanakan tugas secara profesional tanpa sebarang aduan atau persoalan.
“Kami juga tidak tahu apa-apa tentang politik ketika itu dalam menjaga keamanan dan kedaulatan negara.
“Kami adalah lebih patriotik ketika itu sekalipun tidak membuang undi.
Mohd Arshad juga menyentuh mengenai kempen  undirosak yang mana Patriot ujarnya, tidak mempercayai ada pihak yang sanggup  berbuat demikian untuk kepentingan diri sendiri atau kecewa dengan parti politik tertentu.
“Kami menyeru agar rakyat Malaysia keluar mengundi untuk menunjukkan patriotisme rakyat terhadap kesejahteraan negara masa depan.
” Kami tidak percaya kepada usaha pihak tertentu sengaja untuk merosakkan undi.
“Ia (membuat keputusan) terserah kepada anda untuk memilih mana-mana calon dan parti,” ujarnya.
Kempen supaya pengundi merosakkan undi pada PRU14 dikatakan dibuat pihak tertentu sebagai tanda protes terhadap Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).
MD.
Read More

Wednesday, 23 March 2016

Haji Hadi, lawan bangsa lain atau lawan rasuah lebih penting? Presiden PAS itu sudah ketandusan isu - Datuk Dr Mujahid

Rabu, 23 Mac 2016

Page Liked · 13 hrs 
 
Rasuah RM100 juta:
KJ - I know nothing?

Begitu ramai bapak menteri kat Msia ni yg tido lena...sehinggakan penyelewangan melewati 100juta pun xsedar...kalau begini lah perangai menteri2 semua, eluk la mereka ni kasi tido semua...kasi org lain yg lebih bertanggung jawab untuk uruskn. Patutlah belia dn sukan kat Msia hancur lebur semuanye...

Hadi, lawan bangsa lain atau lawan rasuah lebih penting?

DAP jawab tuduhan PAS dan mahu Hadi jelaskan kepada rakyat manakah yang mematuhi ajaran Islam.
Tony-Pua-Hadi-Awang
KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu membuat pendirian adakah melawan bangsa lain selain Melayu lebih penting berbanding melawan rasuah dan penyelewengan.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata, Hadi perlu menjelaskan pendirian itu susulan seruan beliau supaya umat Islam bersatu menentang DAP.
“Adakah lebih penting Hadi melawan bangsa lain (bukan Islam) melawan isu rasuah, isu penyalahgunaan kuasa dan isu penyelewengan (oleh pemerintah), jadi Hadi kena pilih yang mana mematuhi ajaran agama,” katanya di Parlimen, hari ini.
Pua berkata, tuduhan Hadi bahawa DAP mahu menguasai negara ini tidak masuk akal kerana parti itu hanya bertanding tidak sampai 50 kerusi.
“Pertama DAP tidak dapat menjadi kerajaan Persekutuan, atas (kekuatan DAP) sahaja, DAP hanya bertanding tidak sampai 50 kerusi dan jumlah keseluruhan ada 222 kerusi, jadi macam mana nak jadi kerajaan kalau menang semua kerusi yang DAP bertanding itu pun tak mungkin kami dapat menjadi kerajaan,” katanya.
Sementara itu, Naib Presiden AMANAH, Datuk Dr Mujahid Yusof Raya berpendapat Presiden PAS itu sudah ketandusan isu untuk diketengahkan.
“Itu isu lama yang dibawa beliau ,” katanya ringkas.
FMT.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena