Veteran dan anggota tentera, polis diseru mengundi tanpa rasa takut
Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) menyeru veteran serta anggota tentera dan polis yang masih berkhidmat dapat mengunakan hak mereka sebagai pengundi tanpa berasa takut untuk membuat pilihan dalam menentukan kerajaan yang bakal memerintah.
Presidennya Brid Jeneral (B) Datuk Mohd Arshad Raji berkata, patriot sebagai sebuah persatuan yang membela kebajikan veteran tentera dan polis juga menolak tindakan pihak tertentu dalam kempen undi rosak pada Pilihan Raya Umum ke-14 kali ini.
“Kami patriot menghargai ‘undi’ kami untuk memilih pemimpin negara kita.
“Hari ini kami lebih patriotik dalam melaksanakan undi kami.
“Ketika saya dalam perkhidmatan selama 32 tahun saya tidak pernah mengundi, kertas undi pun saya tidak lihat.Begitu juga apa yang dialami di kalangan veteran yang lain.
“Ini bukan bermakna saya atau veteran lainnya tiada sifat patriotik tetapi ketika kami berkhidmat dalam tentera memerlukan pengorbanan yang besar lebih-lebih lagi ketika menjalankan operasi di hutan yang kami menyukarkan kami menerima kertas undi.
“Kehidupan berkeluarga juga tidak normal dan bebas seperti kebanyakan orang awam kerana tugas kami yang mempertahankan negara pada zaman darurat dan konfrantasi.
“Singkatnya setiap keputusan kami mengikut perintah dan melaksanakan tugas secara profesional tanpa sebarang aduan atau persoalan.
“Kami juga tidak tahu apa-apa tentang politik ketika itu dalam menjaga keamanan dan kedaulatan negara.
“Kami adalah lebih patriotik ketika itu sekalipun tidak membuang undi.
Mohd Arshad juga menyentuh mengenai kempen undirosak yang mana Patriot ujarnya, tidak mempercayai ada pihak yang sanggup berbuat demikian untuk kepentingan diri sendiri atau kecewa dengan parti politik tertentu.
“Kami menyeru agar rakyat Malaysia keluar mengundi untuk menunjukkan patriotisme rakyat terhadap kesejahteraan negara masa depan.
” Kami tidak percaya kepada usaha pihak tertentu sengaja untuk merosakkan undi.
“Ia (membuat keputusan) terserah kepada anda untuk memilih mana-mana calon dan parti,” ujarnya.
Kempen supaya pengundi merosakkan undi pada PRU14 dikatakan dibuat pihak tertentu sebagai tanda protes terhadap Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).
MD.
0 comments:
Post a Comment