ADAKAH BN SUDAH 'GOYANG' DI LANGKAWI?
Tiga hari lalu, Ahli Parlimen Langkawi, Nawawi Ahmad meluahkan harapan agar Tun Mahathir Mohamad tidak meneruskan hasrat untuk bertanding di pulau tersebut dalam PRU 14 akan datang nanti.
Kata beliau, meskipun sumbangan Tun Mahathir adalah besar di pulau itu, tetapi dengan bertandingnya Pengerusi Pakatan Harapan itu, ia sudah tentu akan mengundang kata-kata yang "menyakitkan hati" terhadapnya ketika kempen berlangsung.
Semalam pula, "kepala bapak" BN iaitu Najib Razak sendiri turun ke Langkawi untuk berkempen dan bertemu pengundi Cina di situ.
Dalam perjumpaan itu, Najib mengajak pengundi Langkawi untuk memilih parti yang kuat berbanding kedudukan seseorang individu.
Sejak mengumumkan Langkawi adalah salah satu kawasan yang mungkin ditandinginya dalam pilihanraya akan datang, beliau dilihat semakin kerap menghadiri program di pulau itu.
Setiap kali kunjungannya pula, pastilah ribuan datang dan hadir untuk mendengar ceramah Tun Mahathir.
Selepas Nawawi meluahkan harapannya agar Tun Mahathir tidak bertanding di Langkawi dan kemudian Najib sendiri turun padang ke pulau lagenda itu, adakah semua ini adalah petanda BN sudah mulai "goyang" di Langkawi?
Selepas ini, mungkinkah lebih ramai pemimpin UMNO dan BN akan turut bersilih ganti turun ke Langkawi untuk memastikan kalahnya Tun Mahathir dan seterusnya menghalang beliau menjadi Perdana Menteri sekali lagi?
Adakah Tun Mahathir peduli kata-kata yang menyakitkan hatinya berbanding iltizamnya untuk menyelamatkan negara ini daripada kerakusan kleptokrasi?
Dan dapatkah Tun Mahathir dikalahkan di Langkawi? (ShahbudinHusin 17/02/2018)
0 comments:
Post a Comment