Sunday, 18 February 2018

[Video Darjah Sultan Ditarik, Apa Salah Tun Mahathir?] AMANAH bertanding sebab Pas tidak sibuk lawan Umno.

Isnin, 19 Februari 2018

AMANAH bertanding sebab Pas tidak sibuk lawan Umno

AMANAH bertanding sebab Pas tidak sibuk lawan Umno

Ahli Jawatankuasa AMANAH Nasional, Hanipa Maidin berkata, tindakan partinya meletakkan calon di kerusi yang sebelum ini ditandingi Pas ekoran pendirian parti diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu sudah berubah.
Menurut Pengerusi Biro Undang-undang AMANAH (Kanun) berkenaan, Pas pada masa ini tidak lagi sibuk menentang ‘parti sarkas’ yang dipercayai merujuk pada Umno sehingga turut mengundang kekeliruan rakyat.
“Kami (AMANAH) sibuk di situ sebab parti Pak Aji (Abdul Hadi) dah tak sibuk nak lawan parti sarkas lagi kat situ.
“Hingga ada rakyat yang dah tak nampak lagi beza parti suci dan parti sarkas,” sindirnya dengan menggelar Pas sebagai ‘parti suci’.
Reaksi Ahli Parlimen Sepang berkenaan yang dipetik dari status Facebbok beliau itu ekoran wawancara Abdul Hadi di akhbar Mingguan Malaysia hari ini.
Hadi dalam wawancara panjang lebih separuh halaman akhbar itu mendakwa penubuhan AMANAH memecah-belahkan umat Islam, undi Melayu serta memberi talian hayat kepada Umno untuk menang pilihan raya akan datang.
Naib Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia berkenaan juga menganggap AMANAH ‘sibuk masuk kerusi Pas yang menjadi tradisi pertandingan Umno-Pas sejak puluhan tahun’.
“Lihat saja wawancara Pak Aji. Mana ada cuit parti sarkas macam mana Pak Aji cuit AMANAH dan DAP.
“Parti sarkas dan MO1 (Malaysian Official 1) tak tercuit. Kalau cuit sikit-sikit tu sajalah nak ‘berlakon’, konon kami juga lawan parti sarkas,” selar Hanipa.
Beliau berpendapat, pertikaian Abdul Hadi yang dipanggil sebagai ‘wirid’ tersebut akan sama disebut ulang penyokong tegar parti yang bermusuhan dengan Pakatan Harapan itu.
“Wirid beliau (Abdul Hadi) yang akan selepas ini dibasahi di bibir ahli bawah seperti mana burung belatuk ber’wirid’.
“Betul, ke salah, tak penting dalam tradisi orang berwalak (setia). Itu yang pemimpin macam dia seronok,” bidasnya.
Hanipa juga berkata, Pas banyak kali membantu Umno melalui kenyataan dan sikap pimpinan parti tersebut ketika kononnya mengamalkan politik matang dan sejahtera.
“AMANAH yang lawan parti sarkas bersama PH (Pakatan Harapan) dikira pemecah belah, habis yang selalu bagi nyawa kat parti sarkas digelar apa ya, Pak Aji?” sinisnya lagi.
Ekoran ruang yang diberi oleh akhbar dikuasai Umno-BN itu kepada Abdul Hadi, Hanipa menyifatkan Pas sekarang menggunakan ‘peluru’ sama yang pernah dipakai oleh Umno sebelum ini.
“Dulu parti sarkas yang istiqamah tuduh parti suci pemecah belah. Sekarang, peluru yang sama parti suci guna.
“Memang ada ‘chemistry’ betullah parti suci dan parti sarkas sekarang. Moga terus bahagia begitu,” sinisnya lagi.
 Malaysia Dateline

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena