Showing posts with label macai Umno. Show all posts
Showing posts with label macai Umno. Show all posts

Wednesday, 1 February 2017

[Video] Janji K'jaan Campuran PH-PPBM Apabila Berkuasa...GST dihapuskan! Harga minyak dunia jatuh, tapi mengapa harga petrol Malaysia naik?

Rabu, 1 Februari 2017


Foto Otai BERSIH.
BN = Barang Naik

 Foto Suara Rakyat.
Minyak oh Minyak !!

Awal Januari 2017...Najib anak-beranak bercuti ke Australia, MINYAK NAIK 20 SEN !!!
Awal Februari 2017...Najib & Rosmah senyap2 pergi Indonesia MINYAK NAIK LAGI 20 SEN !!!

NAMPAK TAK.. Duit siapa yang tanggung 'mereka' terbang ke luar negara itu ??!!
Foto Otai BERSIH.
Apa kata macai UMNO? Setuju?

Harga minyak dunia jatuh, tapi mengapa harga petrol Malaysia naik?

KUALA LUMPUR, 1 FEB: Mengapa rakyat Malaysia terpaksa berdepan kenaikan drastik harga minyak petrol sedangkan harga minyak mentah dunia menurun pada Januari lalu?
Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua berkata, tidak ada alasan kukuh kerajaan mewajarkan kenaikan harga petrol bermula hari ini (1 Februari), tambahan pula ia telah pun meningkat sebanyak 0.20 sen seliter pada bulan lepas.
“Semasa harga petrol naik pada Januari, ia boleh difahami kerana harga minyak mentah dunia meningkat (dari AS$51.48 kepada AS$56.73) pada bulan Disember.
“Tapi sekarang minyak mentah Brent menurun kepada AS$55.86.  Jadi mengapa harga petrol meningkat pula?” kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu.
Menurut Tony, nilai mata wang Ringgit yang lemah juga tidak boleh dijadikan alasan kepada kenaikan tersebut, kerana Ringgit dilihat sedikit kukuh untuk bulan Januari berbanding bulan-bulan sebelumnya.
“Oleh itu, Perdana Menteri mestilah menjelaskan langkah menaikkan harga petrol ini. Atau adakah kerajaan sebenarnya mengenakan cukai tersembunyi kepada pengguna kerana bajet tidak cukup?
“Melalui kenaikan itu, adakah sebenarnya rakyat ‘dipaksa’ membayar untuk semua projek ‘mesra rakyat’, supaya kredit untuk semua projek itu kemudiannya diperoleh oleh kerajaan pimpinan Najib?” soalnya.
Harga petrol RON95 dan RON97 masing-masing meningkat sebanyak 20 sen bermula 1 Februari (hari ini), kepada RM2.30 dan RM2.60. Manakala harga minyak diesel meningkat sebanyak 10 sen kepada RM2.15.
Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak mahu ada kementerian yang menggunakan alasan ‘tidak cukup peruntukan’ untuk melaksanakan projek ‘mesra rakyat’.
“Tidak memperoleh peruntukan atau tidak ada dana yang cukup bukanlah alasan kepada mana-mana kementerian tidak melaksanakan projek,” katanya pada minggu lalu. – Roketkini.com
Read More

Thursday, 7 August 2014

Phergh! Macai Umno Tergolek Dhoq! Pesta Bogel disertai bekas Ketua Wanita GERAKAN dari BN...

Khamis, 7 Ogos 2014
Phergh, Macai Umno Tergolek Dhoq!... 
Page by Nur Fadah - Kira-kira dua bulan lalu, ada satu acara yang diadakan di Pulau Pinang dikenali sebagai Sukan Bogel Malaysia 2014 yang menampilkan 18 orang peserta yang ...

Bekas ketua Wanita Gerakan sertai pesta sukan bogel 

Seorang daripada peserta terbabit dalam pesta sukan bogel di kawasan pantai terpencil dalam kawasan Taman Negara Teluk Bahang Pulau Pinang adalah bekas ketua Wanita Gerakan Kedah. 

Timbalan Presiden Gerakan Datuk Dr Cheah Soon Hai berkata, wanita itu yang pernah menjawat jawatan pemimpin sayap pergerakan itu pada 1980-an bagaimanapun kini bukan lagi ahli parti itu.

Beliau berkata, keahlian wanita itu tamat tempoh apabila beliau berhenti membayar yuran selama lebih 20 tahun dan insiden di Teluk Bahang berkenaan tiada kena mengena dengan parti.

“Saya tidak kenal dia secara peribadi dan saya tidak tonton video acara bogel itu. Beberapa wartawan yang mengetahui mengenai wanita itu kemudian bertanya kepada Gerakan.

“Saya minta Gerakan Kedah membuat siasatan dan ia mengesahkan beliau bekas ahli. Beliau adalah bekas ketua Wanita parti di Kedah ketika muda semasa berusia 20-an. Beliau berasal dari Lunas dan kini 54 tahun.

“Gerakan juga terkejut dengan acara bogel yang berlaku di Pulau Pinang itu. Ia sesuatu yang tidak dijangka,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider, hari ini.

Awal minggu ini, klip video sekumpulan lelaki dan perempuan menyertai acara sukan bogel di Pulau Pinang tersebar luas di Internet.

Berbogel di tempat awam tidak dibenarkan di Malaysia dan polis kini menjejaki 15 orang dalam klip video itu. Tujuh daripadanya rakyat Malaysia.

Dr Cheah mengadakan siding akhbar di ibu pejabat Gerakan Kedah di Alor Star hari ini dan mengutuk tindakan pengguna media social Facebook yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Sultan Abdul Halim Badlishah.

Pengguna Facebook yang menggunakan nama profil "Chandra Lawan Tetap Lawan" memuat naik gambar kemalangan negeri yang disunting dan memasukkan imej Agong.

Dr Cheah berkata, kenyataan tidak sensitif mengenai kaum dan agama semakin kerap berlaku akhir-akhir ini di media sosial.

“Kini, kerabat diraja juga menjadi sasaran. Ia menunjukkan ada sebahagian golongan dalam masyarakat kita yang suka mencipta ketegangan di kalangan rakyat.

“Bagi mengelak keadaan ini, polis perlu siasat dan cari siapa yang melakukannya dan dakwa mereka di mahkamah.

“Jika polis tidak dapat kumpul cukup bukti untuk bawa kes ke mahkamah, mereka perlu memaklumkan kepada masyarakat supaya tidak timbul tuduhan polis berat sebelah ketika mengendalikan kes seumpama itu,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai tidak sepatutnya percaya apa yang dilihat di media sosial dan bertindak terburu-buru.

“Ada pihak di luar sana yang akan mengambil kesempatan mengganggu sentimen jadi jangan percaya semua yang anda lihat,” katanya.

Katanya, orang ramai juga tidak sepatutnya mengaitkan semua kejadian dengan isu perkauman, contohnya kes Kiki dalam satu kemalangan jalan raya di Kuantan bulan lalu.

“Ia tiada kaitan dengan kaum atau agama. Ia adalah kes ancaman oleh seseorang kepada seseorang yang lain.

“Ia menjadikan insiden itu berbeza dan tidak sepatutnya dikelirukan dengan sesuatu berbentuk perkauman dan agama,” katanya, merujuk kepada kejadian klip video seorang wanita muda mengancam lelaki warga emas dengan pengunci stereng selepas keretanya dilanggar dari belakang.

Dilaporkan semalam Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bekerjasama dengan polis menyiasat pengguna Facebook yang menuduh Agong itu.

Pengerusi Suruhanjaya Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata dalam satu kenyataan malam tadi semua pihak ditegah membuat spekulasi mengenai isu itu, kerana ia boleh menjejaskan siasatan dan mengganggu institusi diraja. -TMI 
Posted By Green Boc 



Semalam TKM 1 Pulau Pinang Tuan Haji Rashid Hasnon telah melawat sendiri kawasan yang dikatakan menjadi tempat sukan bogel yang menggemparkan negara dua hari  yang lepas.

Sejurus kejadian ini para macai-macai dan blogger UMNO dengan tanpa usul periksa terus mengaitkan peristiwa ini dengan DAP dan juga menyalahkan PAS yang tidak bersuara.

Hakikatnya kerajaan negeri Pulau Pinang langsung tidak tahu menahu akan kewujudan program ini. Terdapat dua point yang nyata telah menutup terus mulut macai-macai dan blogger UMNO daripada terus memainkan isu ini dan menyalahkan kerajaan negeri Pulau Pinang.

Yang pertama kawasan terlibat iaitu Teluk Kampi sebenarnya mempunyai chalet yang dikhaskan untuk kakitangan kerajaan sahaja. 

Yang kedua Taman Negara Penang itu sendiri sebenarnya di bawah kawalan Kerajaan Persekutuan bukannya di bawah kawalan Kerajaan Negeri. Lihatlah sendiri dekat papan tanda yang di tunjukkan oleh Tuan Haji Rashid jelas menunjukkan Taman Negara ini dikawal selia oleh Kerajaan Persekutuan.

Jadi tidak timbul langsung kelulusan diberikan oleh pihak kerajaan negeri Pulau Pinang. Inilah kebodohan macai-macai UMNO BN. Belum pun disiasat sudah membuat fitnah.

Tikaqbuluh.
Read More

Sunday, 6 July 2014

GELAGAT KETUA PEMUDA UMNO KLUANG menaikkan darah macai Umno... Wahh.. Abg Long Basar dah berlakon ya?

Ahad, 6 Julai 2014

Wahh.. Abg Long Basar dah berlakon ya?
 —

GELAGAT KETUA PEMUDA UMNO KLUANG YANG PASTI AKAN MENAIKKAN DARAH PARA MACAI UMNO ... BERSAMA-SAMA DENGAN YB-YB DAP EDAR KURMA DAN BUBUR LAMBUK SAMBIL MACAI UMNO YANG BERLAGAK SAMSENG MENGHALANG DULU TERUS MENGHILANGKAN DIRI



Mula-mula Ketua Pemuda Kluang tidak mengaku macai yang halang beberapa YB DAP/PR dari mengedar buah kurma kepada para pengunjung sebuah Bazaar Ramadhan di Kluang dengan alasan perlu adanya surat kebenaran .. kini hari ini Ketua Pemuda UMNO Kluang bertindak lebih berani dan dahsyat lagi .. dia jemput YB-YB DAP yang dihalang termasuk beberapa pemimpin PAS dan PKR sama-sama ditempat yang sama mengedar buah kurma sambil beliau mengedar bubur lambuk kepada pengunjung .. Tahniah .. ini baru dinamakan politik dinamika .. politik bersih.

Yang seronoknya macai-macai UMNO berlagak samseng taik kucing tempoh hari menghalang langsung tidak nampak batang hidung terus menghilangkan diri.

Macai Beend Nak Tunjuk Samseng Biar Bertempat ?..
Ini Negara M,sia ....Bukan Negara Israel Yahudi ?...
..
Read More

Tuesday, 6 May 2014

PEMIMPIN & Macai Umno dah pening...Rakyat mula beratur menyertai pembangkang - Penganalisis Politik

Selasa, 6 Mei 2014

ANALISIS DARI PENGANALISIS POLITIK TANAH AIR YANG BUAT PARA PEMIMPIN UMNO TERMASUK MACAI-MACAINYA BERTAMBAH PENING KEPALA ... LAGI DITUDUH PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT KEMAHKAMAH LAGI KUAT SOKONGAN RAKYAT!!!


Tindakan Putrajaya untuk membawa dua lagi wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat (PR) ke mahkamah hari ini atas tuduhan hasutan dan perhimpunan haram akan mengukuhkan lagi pakatan pembangkang tetapi menghakis sokongan kepada parti pemerintah, Umno dan Barisan Nasional (BN), kata penganalisis. 


Pemimpin PR bengang dengan dakwaan hasutan yang terbaru terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan dakwaan semula atas kesalahan gagal memberikan notis awal bagi mengadakan perhimpunan terhadap Timbalan Speaker DUN Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad.


Tindakan mengugut ahli politik pembangkang menerusi saluran undang-undang mungkin menyebabkan pemimpin utama dalam Umno berpendapat parti itu “berlagak kuat”, tetapi ia hanya dugaan kecil bagi Pakatan Rakyat, kerana ada ramai lagi yang akan bangkit menentang perkara itu, kata penganalisis politik, Khoo Kay Peng kepada The Malaysian Insider.



“Orang ramai akan beratur untuk menyertai pembangkang,” kata Khoo.


Pemimpin pembangkang lain yang berdepan hukuman penjara ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas didapati bersalah dalam kes liwat keduanya dan Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang yang kini disiasat atas kesalahan menghasut.


Mendiang Karpal Singh yang juga bekas pengerusi DAP juga disabitkan kesalahan menghasut Februari lalu tetapi ahli Parlimen Bukit Gelugor itu maut dalam nahas jalan raya bulan lalu ketika rayuannya masih berlangsung di mahkamah.


Tetapi dakwaan baru terhadap Nik Nazmi mencetuskan rasa jengkel Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia itu dan penyokongnya kerana beliau dibebas dan dilepaskan daripada kesalahan berkenaan pada 25 April oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang sebulat suara mendapati Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012 – yang membabitkan kesalahan jenayah kerana gagal memberikan notis 10 hari sebelum perhimpunan – tidak mengikut perlembagaan.


Nik Nazmi didakwa kerana tidak memberikan notis untuk perhimpunan bantahan besar-besaran Black505 di Stadium Kelana Jaya tahun lalu terhadap keputusan pilihan raya umum pada 5 Mei.

“Black505 berlaku lagi tetapi jika mereka rasa ia akan menjejaskan semangat rakyat, tidak langsung.

Perjuangan adalah perjuangan,” kata Adun dua penggal itu dalam akaun Twitternya malam tadi.

Anwar hanya berkata:”Penindasan!” sebagai reaksi awalnya terhadap berita pendakwaan terhadap Nik Nazmi.

Kok akan didakwa atas tuduhan menghasut berhubung klip video Onederful Malaysia, yang dianggapnya sebagai parodi dan dimuat naik di laman YouTube sempena sambutan Tahun Baru Cina lalu.


“Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok akan didakwa menghasut kerana video Onederful Malaysia, esok. Ini adalah pemahaman Najib terhadap Malaysia sebagai demokrasi terbaik dunia,” kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang, malam tadi.


Penganalisis Politik, Profesor James Chin, berkata walaupun tindakan undang-undang digunakan untuk mengganggu pembangkang dan mungkin menjejaskan mereka, ia juga mencetuskan tindak balas terhadap Umno.


Bagaimanapun, katanya, ia adalah akibat yang perlu ditanggung kerajaan pemerintah.

“Ini hanyalah cerita sampingan, perkara utama di Malaysia sekarang ialah hudud,” kata Chin.

Ditanya jika gangguan kepada pembangkang akan memburukkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa, Chin berkata, Malaysia tidak pernah peduli mengenai pendapat dunia jika ia membabitkan perkara politik atau sosial.


“Itu sebabnya apabila Obama datang dan membuat kenyataan mengenai kepelbagaian dan peluang kepada minoriti, media arus perdana tidak menyiarkannya, hanya media alternatif saja,” katanya merujuk kepada lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke Malaysia, baru-baru ini.


“Mereka akan hanya risau jika ia ada kaitan dengan ekonomi, perdagangan atau pelaburan asing, tetapi bukan isu awam dan politik,” kata Chin, dan menambah ia adalah punca Malaysia belum memeterai sebarang konvensyen antarabangsa mengenai isu sosial, hak asasi manusia dan kebebasan.


Pengarah Merdeka Center, Ibrahim Suffian, berkata cubaan untuk menyekat pembangkang dalam jangka panjang boleh mengurangkan keyakinan terhadap sistem yang mengendalikan negara.


Katanya, ia juga akan menyebabkan kekurangan sokongan kepada parti pemerintah, terutama sekali dengan wujudnya bantahan terhadap peningkatan kos sara hidup dan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bermula April tahun depan.


“Secara tradisinya, mereka yang menyokong pembangkang diketahui mampu berfikir untuk diri sendiri dan menggunakan sosial media dan internet untuk berkongsi pandangan mereka. Jadi sebarang langkah untuk memecahkan pembangkang akan dicabar,” katanya.


Khoo turut bersetuju dan berkata, tindakan menakut-nakutkan dnegan mendakwa pemimpin pembangkang dengan pelbagai kesalahan tidak akan menghalau penyokong atau mematahkan Pakatan.


Katanya, apa yang lebih bahaya ialah apabila pakatan pembangkang bersetuju sesama mereka mengenai isu utama.


“Ia lebih bahaya, contohnya isu hudud yang menyebabkan mereka berpecah buat masa sekarang,” katanya.

Posted by Omak Kau!!
Read More

Tuesday, 11 March 2014

N25 Kajang: Skuad Tempur Macai Umno pertahan calon MCA... & Skuad Berkuda PR...

Selasa, 11 Mac 2014

\

PRK KAJANG!!! Mai tengok Skuad Macai UMNO yang buat demo tempur pertahan calon MCA

 Skuad Tempur Macai Umno...

Posted by PASPB 

SEKITAR PENAMAAN CALON KAJANG


Posted & copy by 



Wan Azizah dijangka menang besar... 




Pemilihan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon mengganti suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon PKR di kerusi Dun Kajang dijangka akan meningkatkan bilangan undi bagi PR. 

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Shamsul Adabi Mamat berkata, pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) itu akan memberikan undi simpati terhadap Wan Azizah ekoran kes yang melibatkan Anwar yang juga Ketua Umum PKR. Menurutnya, Wan Azizah juga mampu menyaingi kredibiliti Anwar untuk menang besar di kawasan tersebut seperti persepsi masyarakat umum yang dikeluarkan terhadap Ketua Pembangkang itu. "Saya percaya kredibiti Wan Azizah adalah sama dengan Anwar dan berkemungkinan jumlah undi akan lebih meningkat daripada jangkaan pengundi untuk Anwar. "Ini kerana ada undi simpati terhadap Wan Azizah," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini. 

Semalam, media melaporkan Wan Azizah diumumkan sebagai pengganti suaminya Anwar untuk bertanding pada PRK Dun Kajang, 23 Mac ini. Pengumuman tersebut dilakukan sendiri oleh Anwar yang juga Ketua Pembangkang itu dalam satu sidang media khas di Batu 12, Kajang, pada Ahad. Wan Azizah dipilih sebagai calon ganti ekoran Anwar hilang kelayakan untuk bertanding selepas disabitkan kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan serta dijatuhkan hukuman lima tahun penjara. Sebelum ini, pada Januari lalu, bekas Adun Kajang, Lee Chin Cheh telah meletak jawatan sekaligus PR telah memilih Anwar sebagai calon PRK Dun Kajang. 

Dalam pada itu, Shamsul juga berkata, pemilihan Wan Azizah sebagai calon dapat menyambung legasi Ketua Pembangkang itu di Selangor. "Kita boleh katakan ini sebahagian daripada politik Anwar di mana dia sudah tidak boleh bertanding di Kajang. "Dengan menggantikan Wan Azizah iaitu calon yang berkaitan dengan dirinya (Anwar), isu di Kajang akan tetap membawa kehangatan tentang Anwar. "Jadi ia mampu membawa Anwar kembali ke dalam Kabinet Selangor walaupun dikenakan penjara," katanya. - SH/Gaya Peneroka

Read More

Sunday, 7 April 2013

* Video Panas Macai UMNO ni Tak Sekolah Ke? Jangan Gelak-gelak Aku Tangan Nanti! Jangan GELAK-GELAK!

Ahad, 7 April 2013
Macai UMNO Johor: JANGAN GELAK-GELAK!
Read More

Friday, 22 March 2013

SELALU DOK PERLI PAS "TAKE BEER": KALAU TAK MABUK BUKAN UMNO LA NAMANYA...

Sabtu, 23 Mac 2013



SATURDAY, MARCH 23
Ugut bunuh, berdepan penjara 2 tahun


MACAI UMNO MABUK ARAK, PUAK-PUAK NI LA YANG SELALU DOK PERLI PAS "TAKE BEER" KALAU TAK MABUK BUKAN UMNO LA NAMANYA.... KAHKAHKAH...

KOTA BHARU – Seorang penganggur mengaku bersalah mengugut bunuh seorang lelaki yang didakwanya berjalan sambil membawa bendera Pas dan DAP, 18 Mac lalu.

Hukuman terhadap lelaki berusia 40 tahun itu bagaimanapun ditangguhkan Mahkamah Majistret di sini, semalam berikutan fakta yang belum lengkap.

Noor Rozi Harun, 40, mengaku mengugut Mohamad Zahari Ibrahim, 53, dengan berkata ‘kalu mu tok buang aku bunuh mu dan tikam mu’ di tepi jalan Bandar Madrasah Pasir Puteh, jam 6.10 petang.

Pada prosiding semalam, tertuduh mengaku mabuk ketika melakukan kesalahan itu.

Dia dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad di hadapan Majistret Nik Habri Muhamad.

Kes bersambung 20 Mei depan sementara tertuduh dibenarkan diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin. -sinarharian


Harussani pertikai orang bertakbir dalam ceramah
MUFTI Perak, Tan Sri Harussani dalam sebuah wacana anjuran Sinar Harian yang turut dihadiri oleh Tuan Ibrahim Tuan Man, mempertikaikan amalan bertakbir di dalam ceramah.

Kritikan itu dilihat ditujukan kepada para penyokong Parti Islam, PAS yang sering bertakbir dalam setiap ceramah yang dianjurkan mereka. Menurut Harussani, sepanjang 72 umurnya beliau tidak pernah melihat amalan itu kecuali kebelakangan ini.

Beliau juga menjelaskan, amalan bertakbir di dalam ceramah ini boleh mengganggu penceramah yang sedang bersyarah. Beliau menyifatkan ia sebagai "bukan tempatnya" untuk bertakbir di dalam ceramah-ceramah.

Apa pun, Tuan Ibrahim Tuan Man diakhir rakaman mengulas ringkas, "Saya rasa takbir ni lebih baik daripada hidup melayulah. Daripada kita dok ceramah hidup Melayu, hidup Melayu pahala tak dapat apa pun tak dapat".

Tambah beliau lagi "Sekurang-kurangnya jika kita takbir, kita ingat pada Allah, kita tak lagha. Tan Sri kata terganggu penceramah mungkin sebab tak biasa dengar, kalau biasa dengar (orang bertakbir) ok..."


Takbir...Allahuakabar!
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena