Wednesday, 1 February 2017

[Video] Janji K'jaan Campuran PH-PPBM Apabila Berkuasa...GST dihapuskan! Harga minyak dunia jatuh, tapi mengapa harga petrol Malaysia naik?

Rabu, 1 Februari 2017


Foto Otai BERSIH.
BN = Barang Naik

 Foto Suara Rakyat.
Minyak oh Minyak !!

Awal Januari 2017...Najib anak-beranak bercuti ke Australia, MINYAK NAIK 20 SEN !!!
Awal Februari 2017...Najib & Rosmah senyap2 pergi Indonesia MINYAK NAIK LAGI 20 SEN !!!

NAMPAK TAK.. Duit siapa yang tanggung 'mereka' terbang ke luar negara itu ??!!
Foto Otai BERSIH.
Apa kata macai UMNO? Setuju?

Harga minyak dunia jatuh, tapi mengapa harga petrol Malaysia naik?

KUALA LUMPUR, 1 FEB: Mengapa rakyat Malaysia terpaksa berdepan kenaikan drastik harga minyak petrol sedangkan harga minyak mentah dunia menurun pada Januari lalu?
Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua berkata, tidak ada alasan kukuh kerajaan mewajarkan kenaikan harga petrol bermula hari ini (1 Februari), tambahan pula ia telah pun meningkat sebanyak 0.20 sen seliter pada bulan lepas.
“Semasa harga petrol naik pada Januari, ia boleh difahami kerana harga minyak mentah dunia meningkat (dari AS$51.48 kepada AS$56.73) pada bulan Disember.
“Tapi sekarang minyak mentah Brent menurun kepada AS$55.86.  Jadi mengapa harga petrol meningkat pula?” kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu.
Menurut Tony, nilai mata wang Ringgit yang lemah juga tidak boleh dijadikan alasan kepada kenaikan tersebut, kerana Ringgit dilihat sedikit kukuh untuk bulan Januari berbanding bulan-bulan sebelumnya.
“Oleh itu, Perdana Menteri mestilah menjelaskan langkah menaikkan harga petrol ini. Atau adakah kerajaan sebenarnya mengenakan cukai tersembunyi kepada pengguna kerana bajet tidak cukup?
“Melalui kenaikan itu, adakah sebenarnya rakyat ‘dipaksa’ membayar untuk semua projek ‘mesra rakyat’, supaya kredit untuk semua projek itu kemudiannya diperoleh oleh kerajaan pimpinan Najib?” soalnya.
Harga petrol RON95 dan RON97 masing-masing meningkat sebanyak 20 sen bermula 1 Februari (hari ini), kepada RM2.30 dan RM2.60. Manakala harga minyak diesel meningkat sebanyak 10 sen kepada RM2.15.
Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak mahu ada kementerian yang menggunakan alasan ‘tidak cukup peruntukan’ untuk melaksanakan projek ‘mesra rakyat’.
“Tidak memperoleh peruntukan atau tidak ada dana yang cukup bukanlah alasan kepada mana-mana kementerian tidak melaksanakan projek,” katanya pada minggu lalu. – Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena