Sunday 26 February 2017

[Video] UMNO Parti Najib & PAS Parti Hadi! MUSTAHIL Zahid boleh kalah di Bagan Datuk...AMBOIII, Dah macam jawapan pemimpin Umno Encik SOMI?

Ahad, 26 Februari 2017

MUSTAHIL ZAHID BOLEH KALAH DI BAGAN DATUK, KECUALI...


Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi nampaknya benar-benar bimbang dengan kedudukannya di Bagan Datuk dalam pilihanraya umum akan datang ini.

Dengan hanya menang sejumlah majoriti 2018 undi pada PRU 13 lalu dan baru-baru ini pula Zahid mendedahkan wujud gerakan mahu mengalahkannya sebagai Ahli Parlimen dalam PRU 14, beliau  kini seperti sudah terasa bahang kekalahan makin dekat menghampirinya.

Kata Zahid, apa yang dikhuatirinya ialah pengaruh pengundi-pengundi yang mendaftar di Parlimen Bagan Datuk tetapi tinggal di luar dan kemudian mempengaruhi ibu bapa mereka untuk tidak mengundi BN.

"Saya yakin, nelayan-nelayan di Parlimen Bagan Datuk yang hadir hari ini (semalam) akan mengundi BN tetapi saya kurang yakin dengan anak-anak kita, saudara-saudara kita, yang duduk di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Singapura dan bandar lain.

"Mereka mendaftar sebagai pengundi Parlimen ini, bila balik ke kampung untuk mengundi, pengaruh ibu bapa mereka sehingga ibu bapa mereka mula goyang-goyang," katanya  lagi.


Setakat ini sudah dua kali Zahid meluahkan kebimbangan mengenai kedudukannya di Bagan Datuk. Kali pertama, beliau mengatakan wujud gerakan yang ingin mengalahkannya sebagai Ahli Parlimen dan kini, Zahid secara terbuka menzahirkan kerisauannya mengenai pengundi luar pula.

Zahid kemudian seperti merayu dengan berkata, "Jangan kata Zahid tipu kerana Zahid akan bantu rakyat Bagan Datuk. Jangan mahu Zahid yang baru, ini Zahid sudah ada di sini.

"Kalau mahu Zahid tolong Bagan Datuk, semua mesti sokong Zahid."

Ikut hukum akal, dengan kedudukan sebagai Timbalan Perdana Menteri, terlalu sukar, bahkan hampir mustahil,  untuk beliau dikalahkan di kawasan Parlimen yang sudah diwakilinya sejak sekian lama.

Melalui jawatan nombor dua dalam kerajaan, peruntukan pembangunan tanpa had dan limpahan jentera pilihanraya tentu saja memberi kelebihan terbaik untuk beliau mengekalkan kemenangan.

Malahan, belum pernah lagi ada mana-mana Timbalan Perdana Menteri yang kalah sebagai Ahli Parlimen sebelum-sebelum ini.

Mengapa Zahid terlihat begitu bimbang akan kedudukannya di Bagan Datuk?

Adakah kekalahan sudah dapat dirasai dan makin menghampirinya?

Benarkah kemungkinan kalah itu kerana pengundi luar atau ada faktor lain?

Mengapa pengundi luar Bagan Datuk yang tinggal di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Singapura dan bandar-bandar lain begitu dibimbangi oleh Zahid dan lebih mungkin tidak menyokong serta mempengaruhi ibu-bapa mereka agar tidak mengundinya?

Adakah Zahid bukan pemimpin yang baik bagi mereka?

Kalau pun pengundi-pengundi luar itu mempengaruhi ibu-bapa mereka, apakah ibu-bapa tersebut begitu mudah untuk terpengaruh dan menolak Zahid?

Apakah  isu yang benar-benar membuatkan mereka boleh tidak memberi sokongan kepada Zahid?

Adakah mereka menolak Zahid kerana isu-isu nasional atau sebab-ssbab yang lain?

Ataukah Zahid kini sedar ada pihak-pihak tertentu sedang mempengaruhi, meracuni dan mengawal pengundi-pengundi luar Bagan Datuk itu untuk melihat beliau benar-benar kalah dalam PRU 14 nanti? 

Sebagaimana disebut di awal tadi, sebagai Timbalan Perdana Menteri, terlalu sukar, bahkan hampir mustahil, Zahid dapat dikalahkan di kawasannya sendiri.

Beliau hanya mungkin dapat dikalahkan kiranya ada pihak lain dalam UMNO sendiri yang benar-benar mahu melihatnya kalah dan tidak lagi menjadi Ahli Parlimen selepas PRU 14 nanti.

Adakah perkara itu mustahil? (SH 26/02/2017).

Posted by 

AMBOIII, DAH MACAM JAWAPAN PEMIMPIN UMNO ENCIK SOMI NI...


Encik Somi yang sejak beberapa hari lalu heboh diperkatakan di laman sosial kerana menghadiahkan kereta mewah Audi Q7 kepada isterinya, akhirnya tampil memberi penjelasan.

Encik Somi (suami) yang dimaksudkan itu ialah Khairuddin Aman Razali dan selalu juga disebut sebagai Khairuddin Aman Razali At-Takiri, gelaran yang dipercayai digunakan kerana beliau berasal dari Seberang Takir, Terenggganu.

Khairuddin ialah Ahli Parlimen Kuala Nerus  dan juga merupakan Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat.

Ia menjadi bualan ramai berikutan satu status di Facebook oleh seorang wanita bergelar Datin yang meluahkan kegembiraan kerana dihadiahkan sebuah kereta mewah Audi Q7 oleh Encik Somi (suami).
Wanita berkenaan turut memaparkan kereta berwarna putih tersebut dan pengintip-pengintip di laman sosial kemudian mengenalpasti beliau adalah isteri Khairuddin, selain memaparkan gambar mereka berdua sebagai buktinya.

Dalam penjelasannya, Khairuddin berkata, beliau berhak membeli apa saja yang dimahukannya kerana mampu untuk berbuat demikian.

Saya boleh beli lori atau kapalterbang, itu bukan urusan mereka, katanya.

Amboii...cantiknya jawapan!!

Tak terlihat langsung seperti jawapan seorang pemimpin Islam yang berjiwa rakyat, apatah dalam masa yang sama juga memegang jawatan Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas.

Apakah jawapan yang sebegitu kasar patut diberikan oleh seseorang yang berstatus Ahli Parlimen dan berjawatan Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas?

Tidak bolehkah memberi jawapan yang lembut dan berhemah, sesuai dengan status dan jawatan yang disandangnya?

Memanglah tidak salah membeli kereta mewah, lori atau kapalterbang sekali pun, tetapi apakah dibolehkan menunjuk-nunjuk semua pembelian tersebut?

Mungkin tidak menghairankan jika jawapan "saya boleh beli lori atau kapalterbang, itu bukan urusan mereka" dihamburkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO seperti Nazri Aziz, Bung Mokhtar Radin atau Jamal Md Yunus, tetapi tentulah terlihat sedikit ganjil apabila pemimpin Pas yang menjaja akhlak Islam ke sana sini dan berjawatan penting pula dalam Dewan Ulama, turut sama berbuat demikian.

Adakah ini tanda-tanda UMNO dan Pas dah hampir-hampir serupa atau penyakit riak, sombong dan suka bermewah yang biasa  ada dalam diri pemimpin UMNO sudah mula menjangkiti pemimpin Pas? (SH 23/02/2017).

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena