Monday 27 February 2017

[Video SPRM] Skandal tanah Johor: Semua Exco digesa isytihar harta, tangani rasuah seperti P. Pinang, Selangor

Isnin, 27 Februari 2017


Foto Otai BERSIH.

Ahmad Fauzan (25 tahun) anak kepada Exco kerajaan negeri Johor, YB Datuk Abd Latif Bandi (ADUN Endau) dari parti *UMNO/Barisan Nasional* bersama pegawai khas dan 4 individu lain telah ditangkap SPRM atas salah guna kuasa dan rasuah.
Foto Otai BERSIH.
Foto Otai BERSIH.
Foto Otai BERSIH.

Skandal tanah Johor: Semua Exco digesa isytihar harta, tangani rasuah seperti P. Pinang, Selangor


JOHOR BAHRU, 27 FEB: Skandal rasuah yang melibatkan penyelewengan tanah di Johor menonjolkan krisis kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Khaled Nordin.
Ini kerana Khaled merupakan Pengerusi Jawatankuasa Hasil Bumi, iaitu badan utama berkaitan hal ehwal tanah di Johor. Namun, sehingga hari ini beliau hanya mendiamkan diri tanpa mengambil apa-apa tindakan terhadap skandal itu.
Justeru, DAP Johor mendesak agar Khaled selaku Menteri Besar melaksanakan enam langkah bagi membanteras budaya rasuah yang sedang berleluasa dalam mengembalikan keyakinan rakyat.
Pertama adalah melaksanakan dasar pengisytiharan harta untuk semua ahli Exco Kerajaan Negeri Johor bagi mencegah perbuatan khianat di kalangan Eksekutif, seperti yang dilaksanakan di Pulau Pinang dan Selangor, kata DAP Johor dalam satu kenyataan hari ini.
Selain itu, Khaled juga mesti menggantung tugas Exco yang mempunyai kaitan dengan skandal tanah tersebut sehingga namanya dibersihkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Ketiga, Khaled harus melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Hasil Bumi dan melantik Setiausaha Kerajaan Negeri untuk memangku jawatan itu dalam tempoh siasatan SPRM dijalankan.
“Beliau juga wajar membekukan semua kelulusan tanah yang terlibat dalam skandal berkenaan,” jelas kenyataan tersebut.

Ahli-ahli DAP Johor bersama kenyataan media hari ini.
Dalam pada itu, DAP Johor turut mencadangkan agar Khaled menubuhkan sebuah jawatankuasa terpilih Dewan Negeri yang dipengerusikan ahli pembangkang bagi memantau siasatan skandal tersebut.
“Kemudian, jawatankuasa itu akan membentangkan satu laporan terperinci mengenainya kepada Dewan,” jelasnya.
Khaled juga, diminta bertanggungjawab menyemak semula semua permohonan tanah yang telah diluluskan dalam tempoh lima tahun bagi mengesan sebarang unsur penyelewengan yang mungkin wujud.
Ia berikutan laporan media bahawa SPRM bakal menahan lebih ramai individu dalam skandal tanah berkenaan termasuk pegawai-pegawai kerajaan negeri yang lain.
“Sebagai ketua kerajaan negeri, Khaled Nordin harus mengambil tindakan segera dan memberi penjelasan untuk mempertahankan reputasi ‘Team Johor’ beliau.
“Keputusannya mendiamkan diri bukan satu langkah bijak malah menimbulkan syak wasangka tentang sejauh mana penglibatan pemimpin dan pegawai kerajaan negeri yang lain, termasuk beliau sendiri dalam skandal tanah ini.
“Kes penyelewengan tanah negeri merupakan pengkhianatan besar terhadap rakyat dan kedaulatan negeri Johor. Tanah negeri dijual beli melalui perbuatan rasuah dan bukan berasaskan kepentingan awam,” tegas DAP Johor. – Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena