Friday 24 February 2017

[Video Ganasnya VX NERVE Racun Yang Membunuh Jong-Nam] Bagaimana agen VX boleh masuk ke Malaysia? Waw, cantik dan seksinya pelaku pembunuhan Jong Nam!

Jumaat, 24 Februari 3027

Waw Cantik dan Seksinya Pelaku Pembunuhan Kim Jong Nam, Lihat Foto Aslinya

Waw Cantik dan Seksinya Pelaku Pembunuhan Kim Jong Nam, Lihat Foto Aslinya
Tersangka pembunuh kakak tiri Kim Jong Un, Kim Jong Nam ternyata memiliki wajah yang cantik dan tubuh seksi.
BANJARMASINPOST.CO.ID - Tersangka pembunuh kakak tiri Kim Jong Un, Kim Jong Nam ternyata memiliki wajah yang cantik dan tubuh seksi.
Fotonya terlihat di akun facebook milik Doan Thi Huong, perempuan 28 tahun dari Vietnam yang kini ditahan pihak kepolisian Malaysia.
Di postingan terakhir Duan, ia bahkan memosting foto selfie di akun facebook dengan mengenakan kaus serupa, yang bertuliskan LOL.
Diketahui Doan juga merupakan salah satu kontestan ajang Pop Idol di Vietnam pada Juni lalu.
Terdapat rekaman ketika juri memanggil kontestan dengan nomor 67.816 yang kemudian bernyanyi.
Sayang, aksinya dihentikan oleh salah satu dari tiga juri yang hadir dan ia pun berlalu ke belakang panggung.
Dilansir dailymail, akun facebook milik Doan bernama Ruby Ruby, postingan terakhir yakni satu hari sebelum Jong Nam terbunuh.
Berupa foto selfie dengan kaus bertuliskan LOL. Akun ini diketahui dari sepupunya yang berusia 18 tahun, Dinh Thi Quyen.
Serta keterangan dari seorang fotografer bernama Keow wee Loong yang diketahui berteman dengan Huong.
FOtonya terlihat dari beberapa negara, seperti di Phnom Penh, Kamboja, dan di Kuala Lumpur, Malaysia.

Polis siasat bagaimana agen VX boleh masuk ke Malaysia

Polis akan menyiasat bagaimana bahan kimia 'Ethyl S-2-Diisopropylaminoethyl Methylphosphonothiolate atau Agen Saraf VX dibawa masuk ke negara ini dan digunakan dalam kes pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata bahan kimia itu dilarang dibawa masuk ke Malaysia kerana ia disenaraikan sebagai senjata kimia di bawah Jadual 1, Akta Konvensyen Senjata Kimia Malaysia 2005 dan Konvensyen Senjata Kimia (CWC) 1997.
"Bahan kimia itu memang diharamkan...kerana ia adalah senjata maut. Jika dibawa masuk dengan jumlah yang kecil susah kita nak kesan," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas ke Makkah untuk menunaikan ibadat umrah hari ini.
Pada 13 Feb lepas, Jong-nam yang merupakan abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) untuk penerbangan ke Macau apabila dua wanita didakwa menyapu muka mangsa dengan tangan mereka yang dipercayai telah disembur bahan beracun.
Jong-nam, yang memasuki negara ini dengan menggunakan pasport tertera nama Kim Chol, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.
Ditanya sama ada tempat kejadian dicemari radioaktif, Khalid berkata polis juga akan menyiasat.
Terdahulu, dalam kenyataan, Khalid berkata laporan awal analisis Jabatan Kimia Malaysia mendapati bahan kimia Agen Saraf VX dikaitkan dalam kes pembunuhan itu.
Mengenai laporan bahawa waris Jong-nam akan datang ke Malaysia dalam waktu terdekat untuk menuntut jenazah dan memberikan sampel DNA, Khalid berkata laporan tersebut adalah tidak tepat.
"Belum lagi ada aturan untuk waris mangsa datang ke Malaysia. Kami telah meminta Kedutaan Korea Utara untuk memaklumkan kepada waris dan masih menunggu respons daripada mereka," katanya.
Selain itu, katanya, polis tidak akan menghantar pasukan ke Macau untuk mendapatkan sampel DNA waris tetapi akan menunggu waris untuk datang dan membuat pengecaman mayat serta memberi sampel DNA.
Ditanya sama ada beliau berhubung dengan Kedutaan China mengenai waris Jong-nam, beliau menjawab: "Tidak".
Ditanya sama ada pembunuhan Jong-nam merupakan satu komplot jahat Korea Utara, Khalid berkata beliau tidak mahu membuat kesimpulan awal.
"Kami akan menjalankan siasatan menyeluruh mengenai kematiannya," katanya.
Katanya, adalah terlalu awal untuk menghadapkan suspek dalam kes tersebut di mahkamah kerana siasatan masih belum lengkap.
"Biar selesai siasatan, kita akan mengemukakan kes ini kepada Peguam Negara untuk tindakan susulan," katanya.
Susulan pembunuhan Jong-nam, polis Malaysia menahan empat suspek - seorang wanita menggunakan pasport Vietnam, seorang wanita warga Indonesia, seorang lelaki rakyat Malaysia dan seorang lelaki warga Korea Utara.
Lelaki warga Malaysia itu dibebaskan dengan jaminan polis.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena