Friday 10 February 2017

[Video] Tun M dedah pertemuan dengan Anwar & Pas terima duit dari Umno, Husam pertahan ucapannya.

Jumaat, 10 Februari 2017

Husam pertahan ucapan, tindakan mahkamah boleh buktikan kebenaran

 | BORHAN AHMAD
Husam pertahankan ucapannya bahawa Affin Bank digunakan untuk Pas terima duit dari Umno.
Husam pertahankan ucapannya bahawa Affin Bank digunakan untuk Pas terima duit dari Umno.
Datuk Husam Musa mempertahankan apa yang beliau ucapkan dalam ceramah beliau di Selising, Pasir Puteh, Kelantan pada 6 Februari lalu bahawa Affin Bank telah digunakan untuk penyaluran dana kepada Pas.
Sehubungan itu, beliau yakin, tindakan mahkamah mungkin satu cara untuk membuktikan kebenaran isu yang dibangkitkan, kata Husam dalam satu kenyataannya hari ini.
Bagi Husam, kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mahu menyaman beliau ekoran kenyataannya itu dibuat tanpa penelitian.
"Saya berpendapat, kenyataan Datuk Timbalan Presiden Pas adalah tanpa penelitian, serta mungkin beliau tidak tahu hujung pangkal isu berbangkit," katanya.
Husam juga berkata, beliau tidak dapat memastikan apakah kenyataan Tuan Ibrahim itu kenyataan pribadi atau pendirian rasmi Pas.
Husam dakwa Tuan Ibrahim tidak perhati betul-betul ucapannya.
Husam dakwa Tuan Ibrahim tidak perhati betul-betul ucapannya.
"Saya tidak pasti kenyataan beliau berkenaan tindakan mahkamah adalah kenyataan peribadi atau pendirian rasmi Pas," katanya.
Sebelum ini, Tuan Ibrahim dalam satu kenyataannya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa Pas menerima dana RM90 juta dari Umno dan ia dibuat melalui Affin Bank sebagaimana didakwa Husam.
Beliau menyifatkan tuduhan itu sebagai jahat dan mahu mengambil tindakan undang-undang ke atas penasihat Amanah Kelantan itu.
Dalam satu kenyataan ringkas empat perenggan yang disiarkan portal rasmi parti itu, Harakahdaily, timbalan presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan dakwaan Husam itu sebagai "sambungan rantaian fitnah" yang pernah dibuat oleh Sarawak Report yang ujarnya kini dalam tindakan perundangan.
"Pas akan mengambil tindakan undang-undang ke atas beliau (Husam) sebagaimana kita ambil tindakan kepada Sarawak Report.
"Pihak guaman Pas diminta meneliti kenyataan dan tuduhan jahat ini dan mengemukakan saman fitnah dalam masa terdekat," kenyataan ringkas itu dipetik.
Husam dalam satu majlis ceramah di Kelantan mendakwa Pas menerima dana dari Umno melalui sebuah bank tempatan iaitu Affin Bank.
Ogos tahun lalu (2016) Sarawak Report mendakwa, Pas menerima dana RM90 juta dari Umno.
Ekoran itu, Pas berkata, pihaknya akan menyaman laman berita ang berpangkalan di London itu.
Pada 13 Disember lalu, PAS secara rasminya telah menyerahkan surat tuntutan kepada editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.
Surat berkenaan dihantar kepada Brown menerusi alamat beliau di London, United Kingdom.
"Notis tuntutan "Letter of Claim Pursuant to the Pre-Action Protocol for Defarmation" itu berkuat kuasa selama tujuh hari bermula dari tarikh surat pada 13 Disember 2016.
Namun sehingga kini tidak ada sebarang saman yang difailkan oleh Pas terhadap Clare.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena