Monday 20 February 2017

[Video Pyongyang tak yakin, kecam siasatan polis M'sia] Amanah ajak jaga keselamatan negara dari ancaman kuasa asing.

Isnin, 20 Februari 2017

Amanah ajak jaga keselamatan negara dari ancaman kuasa asing

 | MALAYSIA DATELINE
Negara sedang terancam dari segi keselamatan, dakwa Salahudin.
Negara sedang terancam dari segi keselamatan, dakwa Salahudin.
Amanah mengajak semua rakyat negara ini untuk bersama-sama pertahankan negara tercinta ini dari terus dicerobohi secara sedar dan sengaja oleh kuasa-kuasa asing yang sememangnya akan mengambil kesempatan terbaik dari tercalarnya imej negara di mata dunia luar hari ini.
Timbalan Presiden Amanah, Salahudin Ayub dalam satu kenyataannya berkata, isu keselamatan yang melibatkan kedaulatan negara perlu dipertahankan oleh semua kaum di negara ini.
Ini kerana ianya bukan permainan isu perkauman yang cuba diambil kesempatan oleh sesetengah pihak yang cenderung mengunakannya bagi tujuan keuntungan politik menjelang pilihan raya umum akan datang.
Bagi beliau, isu 1MDB, MO1, misteri kehilangan MH 370 dan pembunuhan Altantuya telah cukup untuk rakyat semua kaum di negara ini faham bahawa pintu keselamatan dan kedaulatan negara telah menjadi peluang kepada campur tangan kuasa asing dalam apa bentuk sekalipun.
"Kita tidak boleh melihat isu pemilikan bebas hartanah, pelaburan dan pinjaman dari negara asing seperti China dan negara-negara asing yang lain yang mencapai ratusan billion USD secara berleluasa sebagai isu perkauman yang sempit," kata Salahudin dalam satu kenyataannya.
Bagi beliau, isu lain seperti lambakan pekerja asing dari Indonesia, Vietnam, Bangladesh dan Pakistan yang bukan sahaja menjejaskan peluang pekerjaan rakyat tempatan tetapi telah melebar luas ke sektor perniagaan dan pemilikan hartanah di negara ini.
"Penyelesaian isu kadaulatan dan keselamatan negara tidak boleh dilalaikan dengan isu perkauman dan agama tetapi rakyat dari semua kaum mesti berani untuk bersuara dan bertindak menentang segala urus tadbir negara yang pincang dan penyelewangan dasar-dasar utama negara yang membahayakan masa depan negara," katanya.

1 comments:

Zahid Hamidi said...

Ass.. Salam kenal dan salam sejahtera bagi temen smua.. Jgn mudah prcaya dari komentar orang, jujur sye nak udah kena tipu 2kli pada orang yg tak sye kenal. Baru kali ini sye merasakan kemenangan dlam pusingan nombor 6D kedai TOTO. Bila anda nak btuh nombor 4D/6D untuk kedai SPORT TOTO, MAGNUM, KL, sila nak waps +6282346667564 / 082346667564 atas nme ABAH WIRANG..


Salam anak rantau..
Johor dan sekitarNy


Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena