Wednesday 22 February 2017

[Video Terkini Kerajaan PAS Kelantan Membunuh Kehidupan Orang Asli] Amanah mahu Orang Asli dilayan seperti warganegara lain.

Rabu, 22 Februari 2017

Amanah mahu Orang Asli dilayan seperti warganegara lain

Amanah mengadakan dialog dengan masyarakat Orang Asli Gua MusangAmanah mengadakan dialog dengan masyarakat Orang Asli Gua Musang
Masyarakat Orang Asli terutama bagi mereka yang sudah tinggal tetap di perkampungan pilihan mereka atau tanah adat rancangan penempatan sementara (RPS) perlu diberi layanan seperti warganegara lain di negara ini terutama berkaitan pemilikan tanah.
Pengerusi jawatankuasa hal ehwal Orang Asli Parti Amanah Negara (Amanah) Dr Mariah Mahmud berkata adalah janggal jika semua warganegara Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama berpeluang untuk memiliki tanah sekurang-kurangnya untuk tapak rumah tetapi dinafikan bagi Orang Asli.
"Saya sendiri sebelum ini tidak memahami perkara ini sehinggalah selepas mempengerusikan jawatankuasa ini dan melawat sendiri penempatan mereka.
"Rupa-rupanya Orang Asli hanya tinggal di kawasan yang ditanda secara persefahaman sahaja tanpa ada hitam putih berkaitan hak milik ke atas tanah yang sudah turun temurun mereka diami.
"Perkara ini tentulah pelik kerana tentu ia bercanggah dengan hak asasi manusia dan pentadbiran baik bagi sebuah masyarakat bertamaddun," katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat jawatakuasa itu di pejabat Amanah Gua Musang kelmarin.
Beliau yang berada selama dua hari di Gua Musang mengadakan beberapa pertemuan dengan pihak-pihak yang berurusan dengan Orang Asli di daerah itu.
Semalam beliau mengikuti ekspedisi khas ke kampung Orang Asli di sekitar Pos Chawas dan menyertai majlis khas bersama mereka berhampiran tempat blokade yang dimusnahkan oleh pihak penguasa hutan baru-baru ini.
Pada program itu rombongan Awan nasional, Awan negeri, pemuda Amanah negeri, jawatankuasa Amanah Gua Musang juga jawatankuasa Amanah negeri mengiringi presiden Mohamad Sabu berdialog dengan penduduk Orang Asli di sekitar Pos Chawas.
Amanah turun melihat sendiri blokade yang dimusnahkan di Pos Chawas
Amanah turun melihat sendiri blokade yang dimusnahkan di Pos Chawas
Turut hadir pasukan peguam Amanah diketuai Wan Anwar Wan Ibrahim dan Prof Dr Tarmizi yang merupakan keturunan suku kaum Temiar.
Pihak Awan negeri turut menyediakan set kelengkapan kesihatan diri dihadiahkan kepada penduduk di situ.
Jamuan untuk seluruh penduduk juga disediakan oleh pihak Amanah Gua Musang sempena ekspedisi tersebut.
Dr Mariah yang juga ahli parlimen Kota Raja berkata beliau akan membangkitkan perkara ini di parlimen kerana yakin banyak pihak yang belum memahami situasi sebenar yang dihadapi Orang Asli.
"Ada pihak yang memberi alasan sekiranya geran hak milik tanah diberi kepada Orang Asli, mereka akan terus menjual untuk mendapatkan wang segera.
"Dalam pemerhatian saya ketika melawat mereka, mungkin alasan ini perlu dinilai semula kerana perubahan telah banyak berlaku kepada cara hidup mereka sekarang," katanya.
Situasi ini menurutnya mungkin sesuai bagi masyarakat Orang Asli yang betul-betul terpisah dari dunia luar dan mereka masih berpindah randah.
"Realitinya sekarang cara hidup Orang Ali sudah begitu hampir dengan masyarakat lain di negara ini.
"Sebahagian mereka kini bekerja di sektor-sektor perladangan, perkhidmatan dan binaan dengan mendapat gaji dan bukan lagi bergantung hidup kepada pencarian hasil hutan semata-mata," katanya.
Dari segi kemudahan asas pula kata beliau memang jelas Orang Asli mendapat layanan yang amat menyedihkan.
Kemudahan asas seperti tenaga elektrik, bekalan air bersih dan jalan perhubungan memang jelas amat tidak berkualiti.
"Akses anak-anak sekolah memang begitu sukar dan tentulah ramai yang tercicir dari yang dapat meneruskan pengajian ke peringkat tinggi.
"Latihan-latihan kemahiran seperti yang dinikmati masyarakat lain juga seperti tiada langsung dan seolah-olah tidak pernah ada rancangan untuk tujuan tersebut," katanya.
Parti Amanah menurut beliau melalui jawatankuasa ini akan merangka cadangan-cadangan khas kepada Pakatan Harapan untuk dikemukakan sebagai manifesto dalam pilihanraya akan datang.
"Saya sendiri secara peribadi amat terkejut mendapati ada kelompok manusia dilayan buruk seperti ini dalam sebuah negara merdeka yang kaya raya dengan para pemimpin berlagak seperti maharaja," katanya.


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena