Tuesday 21 February 2017

[Video] Husam Hadir Dalam 'Ceramah Husam Lari Debat Baiah'...TAHNIAH Husam, menunjukkan akhlak yg cukup BAIK, tiada KEKECUHAN ditimbulkan oleh Husam.

Selasa, 21 Februari 2017


Husam dakwa ada fatwa, bai'ah cerai talak tiga isteri terbatal


Berikut ialah senario kehadiran Husam semalam: 
Husam dijemput hadir oleh ustaz Azarizal(ustaz Jaa). Husam hadir.
Dia akur.

Husam duduk dibawah. Ditempat penonton.
Dia akur.

Husam dijemput naik ke pentas oleh Wan Ismail. Husam naik ke pentas.
Dia akur.

Husam minta dengan pengerusi majlis-Nazman utk bagi ruang sedikit utk berucap. Nazman bincang dengan Nasaruddin. Dan Nazman maklumkan Nasaruddin x bagi Husam berucap. Husam duduk diam di pentas.
Dia akur.

Penyokong pas datang dan buat provokasi.keselamatan program datang dan gocoh penyokong pas sendiri.husam tak kata apa.
Dia akur.

Penganjur berjumpa husam. Dan minta husam balik dan tidak berada di ceramah tersebut.
Dia akur.

Husam beransur.tidak berada di tempat program.
Dia akur 
 Dicatat oleh 

Foto Parti Amanah Negara.

KECOH : Husam Hadir Ceramah "Husam Lari Dari Debat Bai'ah"


Ceramah anjuran Dewan Pemuda PAS Kelantan bertajuk "Husam lari dari debat bai'ah" malam tadi bertukar menjadi kecoh apabila Datuk Husam Musa hadir di pentas itu bersama penyokongnya. Ceramah yang bermula jam 9.30 malam itu diadakan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, dihadiri kira-kira 500 penyokong PAS. 

Husam dan penyokongnya tiba di ceramah berkenaan pada jam 11 malam ketika Yang Dipertua PAS Ketereh, Wan Ismail Wan Jusoh, sedang menyampaikan ucapan, sebelum duduk bersama pemimpin PAS di pentas utama. Kekecohan bermula apabila seorang penyokong tidak dapat menahan kemarahan dan tampil ke hadapan pentas mencabar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor itu berdebat di hadapan mereka. 


Ketika itu, Ketua Penerangan PAS negeri, Datuk Nassuruddin Daud, sedang memberi ucapan berhubung tindakan Husam yang mengkhianati bai'ah apabila menyertai Parti Amanah Negara. 


Tindakan lelaki itu menyebabkan beberapa penyokong lain mula mara ke pentas untuk bersemuka dengan bekas Naib Presiden PAS itu, namun dihalang anggota unit amal PAS dan berlaku pertengkaran mulut antara kedua-dua penyokong. 

Akibat kekecohan itu, Husam dibawa keluar bagi meredakan kemarahan penyokong. Keadaan kembali tenang apabila Husam meninggalkan majlis berkenaan.

1 comments:

Zahid Hamidi said...

Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...




Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena