Friday 17 February 2017

[Video Azmin Warning Pas] AMANAH RAKAM TAKZIAH kepada YAB MB S'gor...'PAGI LAIN, PETANG LAIN' - ADAKAH Pas Pening Kepala (mumet ndasku)?

Sabtu, 18 Februari 2017

Image result for Gambar kepala pusing
 Pusing KEPALA!
Foto Parti Amanah Negara.
Suka Halaman Ini · 5 jam 

KENYATAAN MEDIA
AMANAH RAKAM TAKZIAH KEPADA YAB MENTERI BESAR SELANGOR

Parti Amanah Negara (AMANAH) merakamkan ucapan takziah kepada Menteri Besar Selangor YAB Dato' Seri dan keluarga di atas pemergian bondanya Hajjah Che Tom Yahaya yang telah kembali kepangkuan pencipta pagi ini.

Berita pilu kehilangan insan tersayang di sisi beliau ini diterima kami, Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional yang sedang dalam program pemukiman Rapat Kerja Nasional di Pulau Pinang yang masuk hari ketiga dan terakhir hari ini.

Mewakili seluruh kepimpinan tertinggi, ahli dan penyokong AMANAH, saya mendoakan semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkan almarhumah di kalangan orang-orang yang soleh dan segala amalan beliau diterima sebagai kebaikan di sisi Allah SWT

HJ MOHAMAD SABU
Presiden
Parti Amanah Negara

Saturday, February 18, 2017

PAGI LAIN, PETANG LAIN - ADAKAH PAS PENING KEPALA UNTUK MEMBUAT PENDIRIAN?

Muktamad tidak ada kerjasama - ini pendirian Pas pada sebelah pagi semalam seperti yang dinyatakan sendiri oleh Hadi Awang di Terengganu.

Kata beliau, dasar Pas tidak akan menjalin kerjasama dengan mana-mana pihak yang mempunyai hubungan dengan DAP dan Amanah adalah muktamad.
Bagaimanapun, pada sebelah petang selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat di Gombak, Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan parti itu akan terus mengadakan rundingan ke arah kerjasama dengan Bersatu.

Rundingan itu, kata Timbalan Presiden Pas itu, akan diteruskan dan tidak terikat dengan tempoh masa tertentu.

Tuan Ibrahim turut menjelaskan, walaupun ada rundingan dengan Bersatu, keputusan muktamad terletak pada Majlis Syura.
Kenapa pagi lain pendirian dan petang pula lain pendirian?
Mana satu yang boleh dipakai?
Mengapa kali ini, selepas mengeluarkan kenyataan di Terengganu, Hadi tidak hadir ke ibu negara dan membawa pendirian tegasnya itu dalam mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat?

Kenapa diserahkan kepada Tuan Ibrahim untuk mempengerusikan mesyuarat petang semalam?

Apakah Pas sengaja berbuat demikian untuk "memeningkan kepala" pemimpin-pemimpin UMNO dan Bersatu yang pada anggapan mereka begitu memerlukan Pas atau Pas sendiri sebenarnya yang "pening kepala" untuk membuat pendirian yang nyata? (SH 18/02/2017)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena