Friday 10 February 2017

[Video 'Celaka' Punya Pemimpin!] Bayaran pinjaman PTPTN di 11 IPTA lewat & Rafizi dakwa pembiayaan JPA, MARA juga lewat.

Jumaat, 10 Februari 2017

Image result for Lambang PTPTN
Foto Suara Rakyat.

Bayaran pinjaman PTPTN di 11 IPTA lewat

Penuntut di 11 universiti awam berdepan kelewatan pembayaran pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Dalam kenyataan dimuat naik di Facebook, PTPTN berkata kelewatan itu disebabkan agensi berkenaan belum menerima butiran pengesahan status pengajian daripada universiti terbabit.
"Dijangkakan maklumat tersebut akan diterima oleh PTPTN pada minggu ketiga Februari dan bayaran akan dikreditkan ke akaun pelajar antara 7 Mac hingga 10 Mac 2017," kata kenyataan itu hari ini.
Institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang terlibat dalam kelewatan itu ialah Universiti Sains Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia - Space, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Malaysia Sarawak, Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Malaysia Terengganu, Universiti Malaysia Pahang, Universiti Teknikal Melaka dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.
Untuk perhatian pelajar Universiti Awam berkenaan kelewatan bayaran pinjaman PTPTN. Mohon share kepada rakan-rakan anda.
Sekian, terima kasih.

Berdasarkan jadual awal IPTA sepatutnya mengemukakan butiran berkenaan pada pertengahan Januari dan pembayaran daripada PTPTN dibuat pada akhir Januari lalu.
Ekoran kelewatan itu, sesetengeh penuntut menyatakan kekecewaan mereka pada akaun Facebook PTPTN.
Uddin Saini misalnya, berkata: "Ermmm.. kalau lambat seminggu bolehlah terima... ini sebulan kot.... orang dah berhabis duit nak beli tiket.... dengan harapan pt keluar minggu pertama kuliah......tak faham dengan PTPTN ni........ minta bayar bukan main laju....gerammmm."
Bagaimanapun Dablo Haruki pula berkata, PTPTN tidal patut dipersalahkan atas kesilapan universiti.
"Yang aku faham la. Kelewatan duit PTPTN sampai ke pelajar sebab universiti tu sendiri yang lambat update (kemas kini) ke PTPTN berkenaan status pelajar.
"So yang berlaku kepincangan dalam pengurusan ni pihak pentadbiran universiti la. Sebab dulu duit PTPTN aku masuk lambat, aku call bahagian pengurusan pelajar. Dia orang cakap aku masuk dalam kelompok kedua sebab universiti sendiri yang lambat update ke PTPTN," katanya.
Malaysiakini.

Rafizi dakwa pembiayaan JPA, MARA juga lewat

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata beliau menerima pelbagai aduan daripada pelajar di bawah program biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenai kelewatan bayaran elaun kepada mereka.
Rafizi berkata masalah itu sama dengan kelewatan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membuat bayaran pinjaman kepada penuntut di 11 universiti awam (UA).
"Saya juga mendapat aduan yang sama dari pelajar-pelajar di bawah tajaan MARA di luar negara yang mendakwa berlaku kelewatan pembayaran elaun; serta pelajar-pelajar di Institut Pendidikan Guru (IPG).
"Oleh yang demikian, kelewatan pembayaran oleh PTPTN dan kelewatan pembayaran pembiayaan oleh badan-badan kerajaan yang lain seperti JPA bukan sesuatu yang berlaku sekali sahaja (“isolated cases”)" katanya.
Terdahulu, PTPTN berkata kelewatan itu disebabkan agensi berkenaan belum menerima butiran pengesahan status pengajian pelajar daripada universiti terbabit.
Timbalan Ketua Eksekutif PTPTN, Mastura Mohd Khalid
dilapor berkata agensi itu mempunyai polisi dalam menetapkan jadual pembayaran pinjaman kepada UA dan institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS).
Sehubungan itu pinjaman yang sepatutnya diagihkan akhir Januari lalu, kini ditangguhkan hingga awal Mac.
Bagaimanapun, Rafizi melahirkan kebimbangan bahawa kelewatan pembayaran pembiayaan membabitkan PTPTN, JPA dan MARA mungkin disebabkan kekurangan dana.
Beliau turut berkongsi dua daripada 15 e-mel aduan pelajar yang diterimanya berhubung kelewatan itu.
"Saya menyeru supaya menteri-menteri yang bertanggungjawab iaitu Datuk Seri Idris Jusuh (Menteri Pendidikan Tinggi) dan Dato’ Seri Johari Ghani (Menteri Kewangan II) memberi maklumbalas segera dengan menyiarkan rekod pembayaran pembiayaan pendidikan kepada pelajar-pelajar tajaan (biasiswa atau pinjaman) badan-badan kerajaan supaya rakyat boleh menentukan bahawa kelewatan ini bukan berpunca dari meruncingnya kedudukan kewangan kerajaan," katanya.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena