Thursday 23 February 2017

[Video Rafizi BONGKAR RM237 Juta Skandal MARA Annuar Musa!] PEMBIAYAAN UNIKL RM237 juta: Annuar Musa BERBOHONG!

Khamis, 23 Februari 2017

Foto Rafizi Ramli.
MASALAH PEMBIAYAAN UNIKL: ANNUAR MUSA BERBOHONG UMUM KELULUSAN PEMBIAYAAN BERJUMLAH RM237 JUTA?
Pendedahan saya mengenai masalah pembiayaan pelajar-pelajar di Institusi Pendidikan MARA (IPMa) dan kenaikan yuran di 3 kampus UniKL akhirnya mendapat perhatian menteri terbabit, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob.
Maklumbalas beliau yang dilaporkan oleh Sinar Harian
http://www.sinarharian.com.my/…/menteri-perjelas-isu-tajaan…
boleh saya ringkaskan seperti berikut:
1. Beliau mengakui bahawa pendedahan saya mengenai kenaikan yuran di kampus-kampus UniKL kepada RM150 sebulan (dari RM120 sebulan iaitu peningkatan 25%) adalah benar. Sebab itu beliau sekadar menyebut yuran asrama di kampus-kampus UniKL dikekalkan kepada RM120.
Sementara saya ucapkan terima kasih kepada beliau kerana mendengar rintihan rakyat, saya juga berharap beliau lebih prihatin kepada masalah yang berlaku dan tidak hanya bersuara atau mengambil tindakan setelah masalah itu didedahkan. Jika tidak, lebih baik beliau jangan menjadi Menteri MARA.
2. Pelajar IPMa yang masih belum menerima kemudahan pinjaman MARA sedang dalam tindakan dan akan diusahakan dalam masa terdekat.
Sekali lagi saya hargai keterbukaan beliau yang tidak menyerang peribadi saya apabila saya bersuara mengenai nasib pelajar-pelajar ini dan keluarga mereka, bukan seperti reaksi Pengerusi MARA yang digantung, Tan Sri Annuar Musa ketika saya mula-mula membangkitkan isu ini.
Masalahnya, saya telah membangkitkan isu ini sejak setahun lalu. Setiap kali saya bersuara, pimpinan tertinggi Umno yang bertanggungjawab mengendalikan urusan MARA akan memberi jaminan masalah akan diselesaikan dalam masa terdekat tetapi sehingga kini masih belum selesai.
Saya berikan rentetan peristiwa (beserta gambar) untuk menunjukkan “tempoh masa yang terdekat” mengenai isu ini yang telah berlanjutan lama:
i. 10 Februari 2016 – saya membuat sidang media menuntut supaya MARA menyediakan bantuan pembiayaan kepada pelajar-pelajar di IPMa yang terbabit. Rujuk http://rafiziramli.com/…/masalah-pembiayaan-di-universiti-…/
ii. 12 Februari 2016 – Prof. Dato’ Dr Mazliham Mohd Su’ud, Presiden/CEO mengumumkan di laman Facebook beliau keputusan MARA yang diumumkan oleh Tan Sri Annuar Musa untuk menaja SEMUA pelajar-pelajar IPMa berdasarkan 3 jenis pembiayaan. Rujuk
https://www.facebook.com/ProfMazliham/photos/a.122402514611746.1073741828.121512901367374/474888126029848/?type=3&theater
iii. 13 Februari 2016 – Tan Sri Annuar Musa, Pro-Canselor UniKL dan Pengerusi MARA dengan gah memperlekehkan isu masalah pembiayaan MARA di laman Facebook beliau. Rujuk https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1010494519022873&set=a.239004476171885.58693.100001870036702&type=3
iv. 15 Februari 2016 – Tan Sri Annuar Musa, Pro-Canselor UniKL dan Pengerusi MARA konon turun ke UniKL untuk menyampaikan surat kelulusan penajaan MARA kepada 10,000 pelajar Bumiputra di IPMa dengan peruntukan berjumlah RM237 juta. Rujuk https://www.facebook.com/tansri.annuarmusa/posts/1011703252235333

Oleh itu, apabila Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jawapan bahawa masalah pembiayaan pelajar IPMa yang tertunggak sedang diuruskan dan akan diselesaikan “dalam masa terdekat”, saya ingin mengingatkan supaya beliau menyemak dahulu surat kelulusan pembiayaan yang disampaikan oleh Tan Sri Annuar Musa kepada pelajar-pelajar IPMa (terutamanya pelajar UniKL) lebih setahun lalu.
Sudah tentu jawapan beliau yang memberi tempoh masa “terdekat” itu menimbulkan kemarahan rakyat kerana setahun lalu, Tan Sri Annuar Musa memberitahu dunia bahawa MARA telah bersetuju untuk membiayai kesemua pelajar di IPMa. Malah, beliau turut menyampaikan surat kelulusan pembiayaan kepada pelajar-pelajar.
Sebab itu saya menyiarkan rintihan seorang bapa yang juga pesara yang menunggu saban bulan bermulanya pembiayaan MARA kepada pelajar-pelajar IPMa seperti yang diumumkan Tan Sri Annuar Musa tahun lalu.
Saya menggesa supaya Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jawapan berkenaan kepada rakyat:
1. Adakah Tan Sri Annuar Musa berbohong apabila beliau mengisytiharkan bahawa MARA telah meluluskan pembiayaan kepada kira-kira 10,000 pelajar Bumiputra di IPMa berjumlah RM237 juta?
2. Dengan pendedahan ini yang menunjukkan lagi ketempangan kepimpinan Tan Sri Annuar Musa sebagai Pengerusi MARA, adakah Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengesyorkan kepada Perdana Menteri untuk terus menggugurkan Tan Sri Annuar Musa sebagai Pengerusi MARA atas kegagalan beliau menyelesaikan masalah pembiayaan pendidikan pelajar Bumiputra di IPMa?
Saya akan membawa isu ini ke Parlimen dalam sesi yang akan datang yang bermula Mac ini.

RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN

Rakaman penuh sidang media boleh ditonton di:

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena