Friday 17 February 2017

[Video Pengakuan Kerjasama Pas-Umno] Tokoh perpaduan Pas Umno di pentas RUU 355 Sabtu ini

Jumaat, 17 Februari 2017

Foto Suara Rakyat.
"PAS itu parti mengajar ajaran sesat. Parti yang akan memesongkan akidah. Berapa surau, masjid yang PAS bangunkan? Yang mereka tahu, pecah belahkan kita. Memesongkan akidah kita" - Tengku Adnan Tengku Mansor, 2/11/2014.
Hari tu MENGUTUK KEJI HINA PAS, kini TERUS JILAT PAS SAMPAI LUPA DIRI... Umno Oh Umno 

Tokoh perpaduan Pas Umno di pentas RUU 355 Sabtu ini

Para pelopor perpaduan antara Pas dengan Umno bakal memberikan ucapan masing-masing dalam Himpunan Menyokong RUU 355 yang dianjurkan oleh Pas di Padang Merbok Sabtu ini.
Antaranya bekas naib presiden Pas yang dipecat, Datuk Dr Hassan Ali akan memberikan pidato ke 17 di samping Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang akan memberikan tazkirah di perhimpunan itu.
Turut akan memberikan pidato adalah Dr Yusri Mohamad dan Datuk Profesor Mohamnad Naser Disa.
Kesemua mereka adalah pihak yang terlibat sejak dari awal lagi dalam usaha untuk menyatukan Pas dengan Umno.
Yusri, Jamil dan Naseer antara yang berada di belakang usaha penyatuan Pas dan Umno.Yusri, Jamil dan Naseer antara yang berada di belakang usaha penyatuan Pas dan Umno.Dr Hassan dipecat dari menjadi ahli Pas pada 8 Januari 2012 melalui mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat.
Ketika mengumumkan perkara itu, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, “Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa Pas Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini (8 Januari 2012), Pas Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Datuk Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli Pas berkuatkuasa serta merta.
"Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Datuk Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Pas.”
Sebelum itu, Hassan telah menerima surat tunjuk sebab hasil keputusan mesyuarat khas jawatankuasa pusat Paspada 28 Oktober 2009 yang diadakan susulan desakan Mursyidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar muktamar khas dipanggil bagi membincang "beberapa kerat pemimpin bermasalah", termasuk Dr Hasan.
Ini kerana terdapat beberapa kenyataan pemimpin Pas Selangor itu, yang dianggap tidak selari dengan kepentingan kerajaan Pakatan Rakyat negeri.
Hassan Ali dalam video klip ini mendedahkan usaha penyatuan Pas dan Umno yang didokong oleh beliau.Hassan Ali dalam video klip ini mendedahkan usaha penyatuan Pas dan Umno yang didokong oleh beliau.Dr Hassan dalam satu video klip mendedahkan, usaha untuk menyatukan Pas dan Umno tidak akan boleh berlaku selagi adanya Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana beliau adalah penghalangnya.
"Selagi Nik Aziz ada, selagi Anwar Ibrahim ada, selagi 'parasit-parasit' Anwarinas ada dalam, maka jalan ke arah penyatuan Pas dan Umno adalah sukar. Ustaz Hadi tak boleh buat apa-apa (berusaha menyatukan Pas + Umno) kerana peranan ulama kecil dalam Pas,"  kata Hassan Ali dalam ucapan di Kem Permata Resort, Alor Gajah Melaka.
Beliau juga berkata, ia juga tidak akan berlaku kerana Pas dikuasai oleh kumpulan yang beliau sifatkan sebagai parasit, anai-anai dan anwarinas (penyokong Anwar) bukannya golongan ulama.
Oleh itu, mereka ini perlu disingkirkan dari Pas.
Pada Muktamar Pas 2015, hampir kesemua golongan yang disifatkan oleh Hassan sebagai parasit, anai-anai dan anwarinas disingkirkan dari Pas selepas 18 dari mereka yang menduduki Jawatankuasa Pas Pusat dikalahkan melalui satu pemilihan yang berasaskan 'cai'.
Sejak itu, hubungan antara Pas dan Umno semakin rapat dan Sabtu ini Hassan akan kembali ke pentas yang dianjurkan oleh Pas dalam himpunan menyokong RUU 355 ini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena